AKU rasa ramai di antara kita yang suka baca komik kenal dengan komik di atas ni. Komik Alam Perwira karya pelukis Hong Kong, Tony Wong ni cukup popular tak salah aku dalam pertengahan hingga akhir tahun 90-an dulu.
Selain Alam Perwira, karya Tony Wong lain yang turut popular ialah Jejak Wira, Anak-Anak Wira dan Dewata Raya. Ini termasuk Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing yang gempak dengan karakter Penjejak Awan, Penjejak Badai dan Pendekar Tanpa Nama.
Pedang Setiawan pernah difilemkan di Hong Kong iaitu Storm Rider lakonan Aaron Kwok dan Ekin Cheng.
Ketika komik ni mencetus fenomena dulu, aku masih lagi kat ITM Shah Alam. Tak salah aku daripada beribu-ribu
student lelaki yang duduk di hostel Kolej Perindu tu, hampir 90 peratus gilakan komik ni!
Tapi tukang belinya tak ramai, tukang baca dan tukang pinjam paling ramai. Biasa la tu...
Errr... aku tak pernah berada dalam kategori tukang beli masa tu, tapi aku cukup arif dengan komik-komik tu. Heheh.
Secara kebetulan, aku berkongsi bilik dengan dua orang budak Sarawak bernama Pian dan Kenon yang memang gila komik. Pian lebih kepada komik Barat daripada Marvel, DC dan sebagainya dan si Kenon pulak lebih kepada komik-komik Hong Kong ni.
Jadi bilik aku tu penuhlah dengan macam-macam komik dan tentulah menjadi
port budak-budak untuk lepak sambil baca/pinjam komik tu hampir setiap masa dan setiap hari!
Aku ingat lagi kalau si Kenon tu balik bawak komik Hong Kong
issue terbaru setiap minggu, kitorang yang ada dalam bilik masing-masing berebut nak ambil
turn selepas dia!
"Aku nombor dua!""Aku nombor tiga!"...Dan seterusnya. Sapa cepat dia dapat.
Bukan budak-budak bilik aku je (kat Perindu kitorang diletakkan lapan orang dalam satu bilik, tapi kadang-kadang boleh jadi 14 orang termasuk yang 'diharamkan'), tapi jugak bilik lain yang sibuk tumpang baca komik-komik tu. Ada yang sementara nak ke bilik air, singgah kat bilik aku dulu baca komik. Syaratnya baca kat situ je, bawak balik jangan!
Fenomena komik Hong Kong ni buat kitorang betul-betul terpengaruh dengan karakter-karakternya. Alam Perwira dengan watak seperti Ji Fat, Ji Kao, Tok Jiang, Maharaja Zhao, Rahib Esa, Tok Harimau Bintang, Ifrit Utama, Biduanda Layang, Nenek Merbuk, Budak Petir Tunggal dan macam-macam le lagi memang cukup popular.
Walaupun popular, tapi bagi aku komik ni sebenarnya kelakar. Bukan kelakar apa, tapi sebab apabila ia
ditranslate ke Bahasa Melayu, susunan ayatnya yang kadang-kadang skema dan
over buatkan ia jadi kelakar!
Paling popular ialah nama-nama hikmat yang digunakan watak-watak tu semasa bergasak. Antaranya Hikmat Alam Semesta, Lima Guntur Membelah Neraka, Api Syurga Meragut Lalang, Seribu Bayang Syaitan, Hikmat Laut Biru Nila dan macam-macam la lagi. Aku tak tau la sapa punya idea ni tapi kadang-kadang macam entah hapa-hapa! Hahah!
Ia juga banyak menggunakan perkataan aura dalam hikmat-hikmat pendekar tu. Aura Biru Nila la, aura itu dan aura ini. Tak salah aku komik ni lah yang mempopularkan perkataan aura kat sini. Sebelum tu rasanya jarang orang guna perkataan tu.
Selain tu dialog-dialog yang digunakan agak skema dan tak natural. Ye la, sebab
translate kan. Antara dialog yang paling aku ingat :
"Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata!" Macam pelik kalau dalam bahasa Melayu, mungkin ia
direct translation dari bahasa Kantonis.
Selain tu, bunyi
effect tumbukan, penerajang, apa semua tu pun kelakar. Bukannya ditulis Dush! Kaboom! Prak! Debush! Dusyum! atau Crash!... Tapi Hong! Po! Hu! Wah! Chu! Yak! Peng! Sha! Zi! dan entah apa-apa la lagi!
Apapun, bagi aku apa yang membuatkan komik-komik ni menjadi tarikan ialah lukisannya yang
detail, jalan cerita menarik dan karakter-karakter yang kuat.
Ok. Tamat imbas kembali.
Sebenarnya masa bercuti raya kat Ipoh baru-baru ni, aku terjumpa balik komik Alam Perwira dan Anak-Anak Wira di kedai buku
second hand, Novel Hut di Ipoh Parade. Walaupun tak
complete, tapi aku dapat Alam Perwira dari
issue 89 hingga 125. Anak-Anak Wira pulak dari
issue 15 sampai 35. Semua tu dia jual RM17 je dan tanpa pikir panjang aku rembat je.
Puas aku baca balik dan sampai hari ni pun tak habis lagi. Sayang sekali, aku tak jumpa Pedang Setiawan. Mana nak cari ya?