AKU baru balik dari majlis sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat negeri Kedah tadi.
Majlisnya biasa saja, cuma aku seronok dengar ceramah khas Maal Hijrah daripada seorang penceramah bergelar doktor yang aku lupa pulak namanya.
Dia bercerita pelbagai peristiwa dalam Hijrah Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah. Antaranya termasuk la peristiwa semasa Rasulullah dan sahabat, Saidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di Gua Tsaur ketika dalam perjalanan ke Madinah.
Korang pun tau peristiwa labah-labah membuat sarang di pintu gua supaya musuh tidak tahu baginda dan sahabat berada di dalam gua itu sebelum seekor cicak berbunyi membuatkan rahsia itu diketahui Abu Lahab yang ketika itu berada di luar gua itu.
Aku petik kata-kata menarik daripada penceramah itu :
"Orang putih dok buat cerita Spiderman yang baik menentang jenayah. Kita kat sini pulak dok buat ceghita Cicakman! Apa punya 'al-bangangin' ni!"
Heheh...
Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah. Semoga kita semua menerima keberkatan daripada-Nya.
The King and U
9 hours ago
5 comments:
kat surau taman aku dia x sentuh pasal tu suma. cerita tu dah macam biasa2 dah.dia citer pasal palestin.dari awal sampi la kena takluk. cuma aku nak gitau kat ko, setiap rokok yang ko beli tu, ada tax untuk di salurkan kat rejim yahudi. tu sebab peluru diorang manjang x berabis. sebab ramai umat islam yang bantu diorang beli peluru. kesudahan nya umat sendiri yang bunuh sesama sendiri.
rokok memang HARAM. aku dah berenti beli rokok sejak 3thn lepas. selamat Awal Muharram...
alamak, baru cadang nak tgk cicakman 2. Someone kena bgtau yusri psl ni...untuk kebaikan industri filem tempatan gak kannnn?
Zairi,
Pasal rokok tu mmg aku tau dah. Thanks sbb bgtau. Btw, aku pun dh tak hisap rokok. Selamat berjuang kepada kawan2 yg nak berhenti rokok.
Ajako
Takpe, nak g tgk apa salahnya. Takpalah, niat diorg baik utk buat filem tu.
kena inform org yg buat cicakman tu... sebab jika kita terus menyokong, pasti ada cicakman 3, 4 dan seterusnya... manusia mana penah puas!
gua ni kalau pasal cicak, mampos diorang kena lastik getah 'gundu'...
Aku suka ceramah agama yang menceritakan kisah lain dari yang lain.
Macam cerita hijrah. Bersepah orang bercerita pasal hijrah nabi dari Mekah ke Madinah. Tapi amat jarang yang sentuh peristiwa di sebalik hijrah, intipati hijrah, kesan hijrah..etc...
BTW...aku suka kiasan "labah-labah & cicak" tu..
Post a Comment