Saturday, July 25, 2009

POLITIK YANG BANGANG

JUMAAT, 24 Julai lalu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, Sungai Petani, Kedah diarahkan tutup seminggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri apabila lapan pelajarnya dijangkiti Influenza A atau H1N1 atau selesema babi.

Jadi, sebagai orang surat khabar aku dan rakan-rakan kenalah dapatkan komen Pengarah Kesihatan Negeri, tapi tak dapatlah pulak.

Sebagai alternatif, kitorang call Exco Kesihatan Negeri dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Pas.

Nak tau apa dia jawab?

"Saya tak boleh bagi komen lah. Saya Exco Pas, kes ini Exco Barisan Nasional (BN) je yang boleh jawab."

Boleh tak dia jawab macam tu? Aku tak faham. H1N1 ni kes nasional, kes serius membabitkan rakyat dan ia sepatutnya melepasi sempadan politik dan tidak dipolitikkan.

Fuck you, moron!

Untuk rekod, sebelum ini UiTM Perak dan UiTM Pulau Pinang juga ditutup akibat H1N1, tetapi kedua-dua exco negeri itu dari Pakatan Rakyat boleh bagi komen tanpa mengira sempadan politik.

Sama seperti kematian Teoh, H1N1 juga nampaknya cuba dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Ehmmm...

Tuesday, June 16, 2009

SAIGON KICK










BUKAN nama band rock orang putih tu, tapi baru-baru ini aku bersama teman-teman satu department dari seluruh Malaysia ditaja company ke Ho Chi Minh, Vietnam yang dulunya dikenali dengan nama Saigon.

Walaupun sudah ditukar nama ke Ho Chi Minh sejak lebih 30 tahun, tetapi ramai penduduknya masih memanggil Ho Chi Minh dengan Saigon.

Macam Teluk Intan dengan Teluk Anson. Alor Setar dengan Alor Star. Tapi orang Kedah tetap panggil Aloq Staq jugak.

Entah kenapa, teman-teman lain yang tak dapat pegi ada yang dengki satu macam.

Tak adil la korang je pegi...

Wei...aku pun buat keja jugak...

Kalau aku la dapat offer macam ni, aku tak pergi sebab aku rasa macam tak fair...

Hmmm...biasa la tipikal Melayu. Lantak koranglah.

Apa-apapun, Vietnam mahallah, kecuali beg.

Tuesday, June 02, 2009

HEBAT KAWAN AKU NI...

BUAT teman aku, D Shahril Hakime dari Ipoh, Perak - aku nak ucapkan tahniah setinggi bintang buat mike sekeluarga kerana dikurniakan seorang bayi lelaki yang juga anak kedua kome yang selamat dilahirkan secara normal di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, 1 Jun lalu.

Apa yang menarik, beliau yang aku panggil Dee yang juga anak jati Ipoh menamakan puteranya itu dengan nama MUHAMMAD NIZAR AMSYAR...

Menarik, bukan? Respek mike, yob!

Tahniah Dee, dan selamat berpuasa.

BINTANG BATU...


GAMBAR ini aku ambil sendiri sewaktu Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru di Seberang Jaya, Pulau Pinang, awal Mei lalu.

Arwah mak aku cukup menyampah dengan mamat ini sebab dia suka nyanyi menjerit-jerit - merujuk kepada lagu "Fantasia Bulan Madu" dan "Mentari Merah Di Ufuk Timur" yang aku pasangkan di radio JVC rumah aku sekitar 1987 dulu.

"Rambut panjang mengerbang-ngerbang! Tah hapa-hapa. Macam pompuan!" kata arwah yang meminati Cliff Richard.

Tapi, bagi aku dia cukup hebat. Dia ada kelasnya tersendiri. Dia betul-betul rockstar!

Siapa sangka, daripada memujinya dari jauh, aku boleh berada kurang satu meter daripadanya. Aku (dan teman baikku) akan buat yang terbaik untuk dia.

Itu pasti. Jika tidak mampu menggapai bintang, bolehlah melastik ke bintang.

Monday, May 11, 2009

NIZAR VS ZAMBRY


Pix NSTP


BUBARKAN saja DUN. Suruh rakyat yang buat pilihan.
Eeee... pening la. Malu siott!!

Wednesday, April 29, 2009

GUA MAU PULANG KE IPOH



INI minggu gua mau pulang ke Ipoh. Gua mau pekena koteaw kicap dan Yong Tau Foo kari Merdeka Garden (yang sebenarnya dan pindah dan bukan lagi di Merdeka Garden).

Hmmm... mencari kat Penang pun ok jugak ni!

Monday, April 27, 2009

APASAL KALAU AKU BELI YONG TAU FOO MESTI JADI BANYAK?



AKU adalah peminat tegar makanan bernama Yong Tau Foo dan beberapa makanan Cina lain yang halal.

Dulu masa duduk di KL aku suka sangat dengan Yong Tau Foo di Kelana Jaya. Spesifiknya di Medan Selera Subang Ria, Kelana Jaya depan Wisma FAM. Pagi-pagi Ahad pekena Yong Tau Foo kat situ memang menggiurkan. Angelina Jolie lalu belakang gua masa tu pun gua buat dek je, apatah lagi Maya Karin!

Masalah aku ni ialah bila beli Yong Tau Foo, selalu 'terbeli' banyak. Kadang-kadang aku rasa aku ambik sikit, tapi bila si penjual tu dah rebus, potong-potong, masuk dalam plastik, mak datuk! Banyak la pulak!

Baru-baru ni aku ke pasar malam Jitra dan seperti biasa beli Yong Tau Foo. Ok, aku tekad akan ambik sikit je. Dan, memang sikit pun. Tapi apahal kena sampai RM11 pulak?

Baru aku perasan, aku pilih items yang mahal. Cis!

Jadi aku perlu bercuti untuk menikmati Yong Tau Foo buat sementara waktu.

Ah! Teringat pulak koteaw kicap Merdeka Garden, Ipoh dengan Yong Tau Foo karinya yang sedap tak ingat dunia!!

Thursday, April 23, 2009

AKU DI PULAU...

MALAM tadi aku dibuai oleh mendiang Bon Scott dan Brian Johnson sampai terlena. Aku tiba-tiba teringat aku pernah berada di sebuah pulau. Pulau yang paling maju dan happening di Malaysia.

Baru-baru ni aku ke sana, dan aku nak ke sana lagi. Bukan di pulau, tapi di tanah besar berhampiran dengan pulau dalam negeri yang sama itu.

Aku nak ke sana. Aku nak bersuka ria. Bukan daripada mendiang Bon Scott atau Brian Johnson, mereka tak pernah datang Malaysia.

Tapi daripada anak tempatan... aku nak pergi situ.












Sekian, terima kasih.