Saturday, December 12, 2009

DUGAAN MAHA HEBAT DARIPADA-NYA


INI Teh Affifah Shahirah Abd Hamid. Umur baru 23 tahun dan masih menuntut di University Auckland, New Zealand.

Aku nampak dia di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis, kelmarin.

Dia nampak tenang walaupun air mata mengalir tak putus-putus.

Aku nampak dia lagi di majlis kenduri arwah yang sepatutya menjadi majlis persandingannya semalam di Taman Kancil, Alor Star.

Dia juga nampak tenang walaupun air matanya mengalir tak putus-putus.

Dalam majlis itu, pelamin sudah disiapkan, bilik pengantin sudah dihias cantik, malah baju pengantinnya juga ada di situ.

...tapi semuanya bertukar sebab Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lelaki yang baru dinikahinya pada jam 10 pagi di Masjid Intan Safinaz, Alor Star maut apabila terbabit dalam kemalangan di Kangar - tiga jam selepas dia sah menjadi suami kepadanya.

Kalau aku berada dalam kasut Teh Affifah...macamana la keadaan aku agaknya.

2 comments:

speedrider said...

innalillah... memang besar dugaan ni.

eddie dewanaga said...

ikuti juga tentang kemalangan maut itu dalam paper... tumpang sedih, kerana ayah dan ibu mangsa serta kawan merangkap photographer juga terlibat.