Sunday, December 13, 2009

NOSTALGIA CENDOL

Pic pinjam from vkeong.com


LEPAS hujan tak henti-henti sampai banjir di beberapa daerah kat Kedah sebelum ni, sekarang negeri Jelapang Padi ni dah mula panas terik, membakar, menggigit dan membahang! Orang Kedah panggil 'angin timoq'. Tu dia...

Dan, bila time panas-panas macam ni, kalau pekena cendol memang best. Bayangkan menghirup cendol di bawah pohon ketapang sambil dihembus angin dari tepi sawah. Ishhh...

Satu hari di tengah panas yang menggigit selepas selesai satu tugasan di Jerlun, seorang teman yang tanah tumpah darahnya di Alor Star mencadangkan aku supaya makan..err..minum... cendol.

"Hmm...idea cantik tu. Apa lagi, jom le. Tapi kat mana," kata aku, dan teman itu membalas...

"Ha! Kat Aloq Stag ni kalau nak pekena cendoi baek punya, kita pi kat Jalan Gangsa. Situ dia punya cendoi memang kaw!!" katanya penuh confident.

Dalam beberapa minit, kami tiba di gerai yang dimaksudkan. Stall cendol biasa, tepi jalan dan err...tak la bersih sangat. Belasah je lah!!

Selepas order tak sampai 10 minit, dua mangkuk cendol dihantar di meja kami dan, aku terus frust!

Pasal apa? Pasal cendol dia taruh ketul ais, bukannya ais yang dimesin atau disagat. Tak sedap langsung! Hmm...seingat aku, aku tak pernah lagi tengok cendol diminum dengan ketul ais. Selalunya aku minum cendol dengan ais yang dimesin, macam ais kepal tu.

Potong betul!

Terus aku flashback hampir 20 tahun lalu. Aku teringat dengan gerai cendol yang selalu aku lepak di Batu Gajah, Perak, masa zaman sekolah dulu.

Gerai (kereta tolak sebenarnya) milik uncle India yang tua itu lokasinya di Taman Permainan Kanak-Kanak, Changkat, tak jauh dari pekan Batu Gajah. Selalunya kat taman tu la bebudak baru cuba-cuba nak dating atau paling bodoh pulak lepak-lepak je.

Apa yang aku ingat cendol dia memang best giler. Bila hirup, campuran santan dan gula merah yang mengalir laju dalam tekak tu cukup nyaman! Sedap giler! Dan..err...dia tak pakai ketul ais, ok!

Sekarang gerai tu dak takde, atau dah pindah tempat lain aku tak tau. Bila aku balik kampung dan lalu di kawasan tu memang dah takde. Dulu sebelum aku keluar dari pekan tu, gerai tu masih ada tapi dah diambil alih anaknya. Aku yakin uncle tu sekarang dah tak ada atau meninggal.

Kemudian, dalam tahun 2001 hingga 2002 ketika aku bekerja di Taman Tun Dr Ismail, KL, ada lagi satu gerai cendol yang aku tak boleh lupa. Juga dijual seorang uncle India dengan menaiki basikal roda tiga dan meronda sekitar Taman Tun terutama di Lorong Rahim Kajai.

Cendolnya tak la sedap sangat, boleh la dan biasa je. Tapi aku tertarik sebab dia masih menjual cendol dengan cara yang klasik. Dia tak sagat ais guna mesin, tapi masih guna papan yang dilekatkan mata pisau, dan ada lubang di tengah-tengah papan itu untuk menyagat ais. So old school! Tak salah aku, orang guna benda alah tu masa zaman-zaman dulu. Tak salah aku masa 80-an pun dah susah nak jumpa. Dan, dia still guna lagi dan the best part, dia jual cendol klasik tu di kawasan Taman Tun, yang dikatakan antara kawasan paling urban di KL.

Dan, dia pun tak taruh ketul ais dalam cendol, ok!

2 comments:

pyan said...

Mana nak cari lagi cendoi mcm dulu2 tu, Yatt... Yg ada la ni nampak santan je, gula merah dah kacau pun x clear lagi. Penuh ais jer... Cendoi dah le sikit, kecik2 pulok tu!

Saya said...

cendol penuh ais...hmm..betul2x