MESJID Zahir, Alor Star dibina pada 1912 dan sampai hari ni masih tersergam cantik di tengah-tengah bandar raya Alor Star. Tapak asalnya ialah kubur yang menyemadikan hero-hero Kedah yang tumbang semasa perang dengan Siam pada 1821.
Sejenis tumbuhan parasit. Orang kampung aku panggil pokok Langsuyor atau Langsuir. Arwah mak aku yang tanam dalam pasu kat kampung di Kampung Ara Payung, Batu Gajah, Perak. Rasanya aku balik kampung baru-baru ni pokok ni dah takde.
Lepas 10 tahun merantau kat KL, sekarang tercampak kat Kedah. Tak handsome, pakai handphone Nokia murah, suka shopping kat bundle, pengumpul CD second hand, penyokong industri DVD lanun, pakaian paling mahal jean Levi's kat bundle je.