Friday, June 20, 2008

LU TERLALOK LUPA... LU TERLUPA!

ASYIK cerita bola je. Bosan la pulak. Dah la Portugal kena balik awal. Ish!!

Malam tadi sementara nak tunggu game Portugal vs Germany (bola lagi!), saja aku layan album Wings - Bazooka Penaka. "Satelit Puaka" adalah antara lagu favourite aku dalam album yang dirakamkan di Australia ada awal 90-an dulu ni.

Tak salah aku Wings melepaskan geram mereka kepada RTM dalam album ini. Sebelum itu semua orang tahu semua lagu-lagu tak dibenarkan siaran di RTM gara-gara isu rambut panjang. Isu remeh itu akhirnya 'ditamatkan' dengan majlis memotong rambut Wings dan Search oleh Tok Mat (masa tu Menteri Penerangan paling glamour!).

Sebagai balasan, selepas itu lagu-lagu Wings boleh diputarkan di stesen radio RTM (masa tu RTM je ada radio, private radio takde lagi. So, diorang sesuka hati je la nak banned mana artis yang diorang tak suka).

Malangnya, janji hanya tinggal janji. Lagu Wings masih tidak diputarkan di radio RTM dan masih tidak dibenarkan muncul di TV RTM walaupun diorang dah potong rambut tinggal separuh.

Kalau korang ada album ni, cuba tengok lirik lagu seperti "Bazooka Penaka", "Satelit Puaka" dan "Bernafas Dalam Lumpur". Semuanya pasal ketidakpuasanhati diorang kat RTM - rasa akulah.

Dan, dengan senario politik negara kita sekarang ni pun relevan dengan lirik "Satelit Puaka" kat bawah ni.




Gantung sampai mati
Puaka semalam lu
Itu saja jawapannya
Atau dilontarkan

Mana nak kulontarkan
Puaka durjana ini
Gantungkan di langit pertama
Bagaikan satelit

Satelit puaka
Lu patut diibaratkan
Tergantung di angkasa
Bersaksikan desa

Satelit puaka lu diibaratkan
Lu saksikanlah lu punya dosa
Lu renung ke bumi sedar diri sendiri
Lu taburi pasir batu di rongga
Apakah salah dosa
Adakah terlalu berkuasa
Terlalok lupa
Lu terlupa

Lu taburi janji palsu temberang
Berjanji hancing dan kotor
Adakah kerna lu berkuasa
Lu terlalok lupa

Lu terlupa

-Nasir Jani-

1 comment:

eddie dewanaga said...

salam...
bro, gua setuju 110%,
satelit puaka tu dan byk lagi lagu wings berkisar tentang rasa tak puas ati kepada rtm...
dulu bila gua cerita benda ni dgn member2, masing2 tak pecaya,

mcm lagu sakit bantal empuk tu contohnya...

politik tempat kita ni dah tahap
busuk yg meloyakan...