"YATT, hang nak main bola lawan UUM malam ni?" kata S,
photographer aku pada satu pagi baru-baru ini.
Dengan selamba aku bagi persetujuan walaupun dalam hati ada sikit tak
confident pasal kali terakhir aku main bola di padang besar ialah pada 2006. Tapi sebab aku aktif main futsal, aku
confident sikit walaupun senario dan keadaannya berbeza.
Kelab Media Kedah (KMK) ada
team bola sepak yang terdiri daripada
staff organisasi akhbar yang beroperasi di Kedah ini. Disebabkan kerja yang tak tentu masa, kitorang memang tak pernah la
training dan sebagainya. Kalau ada
game, pemilihan pemain selalunya melalui
phone call saja.
"Petang ni hang free tak? Jom turun kita lawan bola dengan polis."Itu antara contoh kitorang nak mencukupkan korum sekurang-kurangnya 11 orang. Takde
training apa semua. Menang tak penting, yang penting keharmonian dan keakraban yang terhasil selepas sesuatu
game itu.
Senang cerita, setiap
game itu bukanlah terlalu serius dan bermain sekadar untuk seronok-seronok saja.
Sejak ditukarkan ke Kedah, Mac tahun sudah, aku tak pernah lagi
joint team ini untuk bermain di padang besar atau stadium. Selalunya aku main futsal seminggu sekali ataupun sebulan sekali.
Main padang besar sebenarnya aku tak
confident sangat sebab aku dah tak larat nak lari jauh-jauh dan laju-laju. Keadaan fizikal dan faktor umur membuatkan aku tak mampu lagi nak mengejar bola di bahagian sayap kiri seperti Cristiano Ronaldo sebagaimana aku lakukan kira-kira 17 tahun dulu.
Atau paling busuk macam P Ravindran aka Kinta Express,
ex-player Perak paling laju awal 90-an dulu.
Jadi, aku difahamkan
team UUM itu terdiri di kalangan kakitangan mereka. Okaylah, aku ingat kalau diorang turunkan
team bola UUM yang rata-rata dibarisi
player atau
student berusia 21 tahun ke bawah, masaklah aku! Aku bayangkan
team diorang malam itu akan dibarisi
player-
player yang rata-ratanya berusia 3o tahun ke atas atau majoritinya memiliki ukur lilit pinggang 36 inci.
Jadi aku mula berangan untuk bermain posisi
midfield dan beraksi laksana Steven Gerrard, Xabi Alonso ataupun Javier Mascherano versi aku sendiri. Heheh. Alaaa... tak yah lari-lari sangat. Tolak je bola kat
striker atau
flanker.
Aku balik awal petang itu semata-mata nak main bola dan sebaik tiba di rumah, aku terus capai but aku yang dah agak bersawang di celah-celah rak kasut dan terus masukkan dalam beg. Lepas Maghrib, dalam keadaan hujan agak lebat, aku terus ke UUM, Sintok yang juga tempat jin bertendang! Hahah!
Tiba di UUM, dari jauh aku dah nampak lampu stadium diorang dinyalakan menandakan ada game malam itu. Sampai di stadium, aku nampak
player UUM sedang buat
streching di tengah padang.
Player KMK pulak aku cuma kenal tiga orang saja, yang lain-lain sekor pun aku tak kenal. Sapa pulak diorang ni? Rupa-rupanya semua
player import sebab geng-geng media tak ramai yang dapat turun. Hampeh!
Sangkaan aku UUM akan turunkan
team yang
playernya sama kualiti dengan aku salah sama sekali. Sebaliknya diorang turunkan kakitangan pusat sukan UUM yang semuanya
fit dan muda-muda belaka! Tugas harian diorang antaranya ialah
training bola! Hah! Gila! Lagi syok, empat daripada diorang ialah
ex-player Piala Presiden Kedah! Peh...
First half aku tengok diorang main laju nak mampus! Ni kalau aku masuk mati aku nak mengejar diorang ni. Aku setakat main suka-suka boleh la.
Last-last aku buat keputusan... tak yah la aku main. Kang silap-silap boleh memudaratkan aku (kes
injured dan pancit).
So, tanpa disedari sapa-sapa, aku senyap-senyap berjalan ke kereta dan terus balik rumah. Hehehe.
Nak kutuk, kutuk lah, tapi aku tau setakat mana kemampuan aku dan aku takkan buat kalau aku rasa tak boleh dan boleh memudaratkan aku.
Besoknya di ofis aku tanya kepada S keputusan
game itu.
"Kena titik 12-0!" kata S tanpa memandang langsung kat aku. Bengang la tu...
5 comments:
nasib awak tak main. kalo tak, mau kena 20-0 kot? hahahahaha...
Uih..berangan nak jadi yang hebat2 jer..
Cuba la berangan nak jadi Syukur Adan ke..Khalid Jamlus ke.. Paling2 pun jadi Olubumi Adigun ke..mesti ko leh main nyer..hehehe
Nana
Sebab x main kena 12-0 je. Kalau main mau kena 2-0. Je?
Zan
Daripada Olumbumi Adigun, baik Peter Niekieten, Marlon Ricardo Van Der Sander, Abukari Damba, Marian Valach atau Aung Tun Tun. Wakakakak!
12-0?
ya Allah!
toksah duk cerita le lain kali!
heheheehhe
:p
One Love
Sbb aku tak main la kena 12-0 tu. Game tu ibarat team Sek Keb Ulu Kenas, Kuala Kangsar lwn Liverpool. Tu yg kena smpi 12 tu. Wakakakak!
Post a Comment