ALAMAK! Jiwang pulak heading kali ni! Errr... ni bukan coretan aku, tapi kawan baik aku... Mizmaleya namanya - orang JB dan 'sekarier' dengan aku. Selain kawan baik, dia jugak dah macam adik aku (sebab dia jauh lebih muda daripada aku).Aku suka tulisan dia. Dan, dia jugak peminat tulisan aku dan antara orang yang paling kerap kritik dan puji story-story aku yang keluar kat paper, walaupun kitorang sebenarnya bekerja di organisasi akhbar berbeza dan bersaing sesama sendiri! Heheh...CINTA & MANDI BUNGAOleh
MIZMALEYAKami naik tren di Danga Bay petang itu- Ng, J dan saya. Sebenarnya, hanya saya yang sangat teruja untuk pusing-pusing naik tren RM2, yang selalunya penuh dengan cowok dan cewek Indon yang berpasang-pasangan datang memadu kasih di Selat Tebrau ini.
Seorang teman lelaki paling rapat dengan saya- Jas, malu-malu kucing saat kami bertiga yang sudah boleh dikategorikan sebagai mak orang ini memekik, melambai ke arah dia yang berselindung di sebalik beca.
"Korang ni memang buat kerja gila", luahnya sebaik tren yang sudah berpusing-pusing di tapak 'peranginan' paling
grand bagi anak-anak berumur tiga empat tahun ini berhenti.
Kemudian, kami berempat melepak di Beach Club (tapi tak macam Beach Club di KL), pesan minuman dan layan perasaan sambil mata menancap kepada mentari yang perlahan berlabuh di ufuk Timur. Biasan cahaya perang emas tampak cantik, mengusaikan sedikit gejolak di jiwa.
Lama di situ, walau hanya memesan mineral, kami tidak pula dihalau. Tetapi selepas Jas pulang, kami bertiga menghalau diri sendiri kerana perut sudah bermain lagu dangdut, lapar, perlu diisi segera.
Warung Saga, masih berdiri utuh di situ, di kawasan perkuburan paling top di Johor, Mahmoodiah. Dan warung ini yang penuh dengan gambar-gambar nostalgia zaman P.Ramlee sehingga kerabat Diraja Malaysia serta pemimpin hebat Tanah Melayu menjadi medan diskusi sebenar jiwa kacau saya.
"Aku ingat kau kena mandi bunga!", selamba J memberi cadangan. Dan Ng yang memesan mee hailam tanpa 'binatang' (dia seorang
vegetarian) mengangguk setuju sebelum berkata:
"Ha ah, aku rasa kau memang kena mandi bunga."
Saya ketawa kuat. Bagaimana dua anak darah kacukan, Ng dengan darah Australia dan J pula darah Arab melahirkan idea kolot begitu.
Hello? Ini bukan zaman Kanchan Kirana atau Bawang Merah Bawang Putih
okay! Ini zaman
millennium, zaman serba canggih. Mana bisa mandi bunga menjadi sangat relevan lagi.
Dulu, saya pun ketawa bila orang tua-tua selalu kata
"anak, awak kena mandi bunga. Untuk dapat jodoh, untuk elak petaka dan entah macam-macam lagi". Tak sangka, hari itu, 10 September 2005, dua rakan paling setia ini melahirkan idea gila yang saya kira sangat kuno itu.
Alasannya? Tentu sahaja kerana cinta. Oh, cinta, sehingga mampu membuat dua manusia di hadapan saya menyarankan saya mandi bunga. Saya tanya mereka,
"Kau tahu ke mana nak pergi mandi bunga? Bunga apa? Berapa lama?"Tapi mereka menggeleng, berkata tak tahu dan hanya mencadangkan kerana kasihan melihat
jiwa saya yang merana.
Ada air mata bergenang di kolam mata saya. Dan Ng serta Pah, juga begitu. Kata mereka kasihan melihat saya merana. Prihatin sungguh mereka. Ya, kerana cinta, saya pun tak faham mengapa prahana ini mengelodak jiwa sejak setahun lalu.
Saya sendiri kacau bilau dengan perasaan sendiri. Kenapa dan mengapa, cinta yang satu ini sangat sukar diusir pergi. Berbalik kepada kes mandi bunga yang Ng dan J sarankan tadi, sebenarnya ia terkeluar kerana saya memberitahu perkara ini.
"Dia selalu datang dalam mimpi aku. Dan takkan lah setiap kali aku fikir nak cari lelaki lain, dia datang? Dah setahun, takkan dia tak jemu-jemu datang dalam mimpi aku. Korang fikir sebab aku terlalu ikut perasaan dan cinta mati pada dia atau pun aku sudah gila?" soal saya pada mereka yang saya kenal sejak 11 tahun lalu ini.
Dan kerana soalan seperenggan itu membuatkan mereka memberi satu cadangan
taboo itu. Mandi bunga... Saya ketawa dan ketawa. Bunga apa? Saya ada dengar mandi bunga itu adalah campuran tujuh jenis bunga, yang indah-indah dan wangi-wangi. Tapi tujuannnya saya tidak tahu, sehingga Ng dan J sarankan benda yang saya pasti mereka sendiri tidak berapa mengerti tujuan dan asal usulnya itu.
Seminggu selepas pulang ke Kuala Lumpur, di pejabat satu malam, sebelum saya menikmati makan malam bersama teman sepejabat, seorang rakan bertanya.
"Kenapa dik (adik, sebab saya antara yang paling muda di kalangan rakan pejabat). Sakit ke?". Saya jawab:
"Tidak." Dan sambung semula:
"Jiwa kacau." Kemudian bertanya lagi:
"Abang, abang percaya tak zaman sekarang masyarakat kita masih percaya amalan lama seperti mandi bunga."
Dia membulatkan mata, bercekak pinggang dan tanya saya:
"Apa dik? Mandi bunga?". Dia ketawa dan geleng kepala selepas itu. Kenapa? Kelakar ke pertanyaan saya sehingga dia ketawa pasal ayat mandi bunga.
Entah, saya pun bingung. Mandi bunga. Idea gila itu buat saya tak tidur malam. Akhirnya saya fikir, jalan terbaik ialah sembahyang, dekatkan diri pada Tuhan.
Bukan pergi mandi bunga bawah jambatan untuk buang sial atau naik seri muka dan segala bagai lagi.
Dan cinta saya? Ya, masih berbekam di situ. Lukanya bukan sahaja sudah koyak, tapi rabak sehingga saya tidak nampak ada satu ruang pun yang boleh dicantum.
Cariknya terlalu dalam, sakitnya bukan kepalang. Tapi
sorry girls, untuk mandi bunga seperti yang disarankan, tidak akan terjadi dalam hidup saya. Biar hanya waktu yang mengisi kekosongan hati saya, biar 1,000 tahun pun. Dan saya doa pada Tuhan, jika dia bukan jodoh saya, cepat temukan saya dengan jodoh lain, begitu juga dia.
Seperti kata penyanyi senior Indonesia, Dewi Yull yang saya temui baru-baru ini: "
Hidup kadang-kadang biar patah dahulu, kemudian tumbuh baru yang lebih cantik." Ya, semoga kata-kata itu benar belaka dan berpihak kepada saya.
4 comments:
PubSub releases LinkRanks blog ranking by category
Ahhh yes, the march towards Blog Search 2.0 continues - the latest is PubSub 's announcement of their LinkRanks feature which, like Technorati's Blog Finder , aims to solve the problem of finding the best ...
Howdy, I'm new around here. Like your Blog. If you are interested, go see my discount shopping site about starting a business and working from home. It's still pretty rough but I finally know what I want it to be. Anyway, you may still find something of interest.
aduhh... hancur luluh hatiku .. cair serta merta membaca betapa jiwangnyer coretanmu kali ini...
ehhh.... Gua nak ke tandas sat. (nak cover air mata meleleh...) Hilang sat title kodok gua!
Bukan aku tulih laaaaaaaaaaaaaa!!!
oooo....encik ahmad,
bila nak update blog??..
Post a Comment