Monday, September 12, 2005

'KIDALISME'?



PELIK ke jadi orang kidal? Aku patut bertanya pasal aku dilahirkan sebagai orang kidal.

“Eay, eay! Dia tulis pakai tangan kiri la!”

“Haip! Orang bagi barang tu apasal ambik dengan tangan kiri?”

“Eeiiiii! Apasal dia makan pakai tangan kiri?”

Hmmm… Ayat-ayat di atas ni memang aku dah lali sejak kecik. Aku rasa korang yang ‘sekidal’ dengan aku pun alami perkara yang sama jugak, kan? Wahai sahabat ‘sekidal’ sekalian, korang tak rasa ke ada diskriminasi terhadap orang kidal ni?

Seluruh masyarakat seolah-olah sudah sebati dengan tanggapan bahawa kanan lebih baik daripada kiri. Kiri lebih dikaitkan dengan perkara yang tidak mengikuti kepercayaan konvensional. Semua ini berpunca daripada tanggapan tradisi bahawa kiri menggambarkan penentangan, kelemahan dan kesalahan.

Kalau tidak, kenapa ada parti berhaluan kiri? Dalam organisasi pula, ada jawatan dipanggil Pegawai Kanan, Eksekutif Kanan… tapi ada ke Eksekutif Kiri? Pelik pulak bunyinya.
Hampir seluruh masyarakat memang prejudis terhadap penggunaan tangan kiri. Lihat saja reaksi orang apabila anda memberikan sesuatu kepadanya dengan tangan kiri. Manakala amalan makan dengan tangan kiri memang ditolak bulat-bulat oleh semua kaum!

Paling menyakitkan hati bila ada yang memandang rendah dengan berkata begini :

“Eeeee… kau ni guna tangan t**k la!” Semua orang sedia maklum kita membasuh selepas melepaskan hajat menggunakan tangan kiri. Hmmm… apa nak buat.

Sebenarnya tak ramai yang peduli dengan dilema orang kidal yang terpaksa berdepan kehidupan harian yang didominasi oleh masyarakat majoriti yang menggunakan tangan kanan. Barang-barang kebanyakan dicipta untuk golongan tangan kanan.

Paling ketara sekali gitar. Kalau korang ni kidal, memang payah sangat nak belajar gitar sebab gitar memang dicipta khusus untuk orang bertangan kanan. Kalau nak main jugak, kena la guna kord terbalik macamana yg dibuat oleh Man Kidal, Joe Wings, Kurt Kobain dan Jimi Hendrix.

Aku ni memang kidal 100 peratus. Baik tangan mahu pun kaki! Aku akan baling, tumbuk, pukul, cubit, makan (kalau guna sudu), tulis, lukis menggunakan tangan kidal. Begitu jugak kalau nak menyepak atau menendang! Semuanya kidal! Tapi ada jugak orang yang hanya menggunakan tangan kidal semasa menulis saja, tetapi menggunakan tangan kanan jika melakukan perkara lain. Hah! Ni bukan pure kidal…

Paling problem kalau jadi tekong masa main takraw! Kebiasaannya balingan akan dibuat oleh killer (apit kanan), tetapi tekong kidal tukang balingnya adalah feeder (apit kiri). Selalunya diorang mesti lupa, mesti si killer jugak yang nak baling kat aku!! Confuse betul diorang!!

Apapun aku bangga dilahirkan sebagai kidal, walaupun kadang-kadang terasa macam orang cacat je. Ye lah, kadang-kadang kita mudah mendapat perhatian. Selalu sangat kalau orang pertama kali tengok aku menulis, mesti kata “Waa… You ni lefthanded ye?” Hmm.. macam pelik sangat.

Selalu jugak aku dengar orang cakap orang kidal ni lebih kreatif. Tulisan mereka selalunya lebih cantik. Malah orang kidal dikatakan lebih cerdik dan jugak mati cepat! Hmm… tak taulah. Ada betul dan tak betulnya. Paling tepat ia mungkin secara kebetulan.

Menurut saintis, apabila otak kiri dominan, ia akan mengawal fungsi badan sebelah kanan. Akibatnya anggota sebelah kanan lebih berkembang dan aktif. Pada mereka yang kidal, perkara sebaliknya berlaku. Otak kanan yang mengaktifkan setiap anggota sebelah kiri. Itu saja!

Oh ya… ramai jugak orang terkenal di dunia ni kidal ye? Antaranya Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Michaelangelo, Presiden Cuba Fidel Castro, Kurt Cobain, Phil Collins dan Jimi Hendrix. Hmm… kat Malaysia kita ada Man Kidal, Joe Wings… heheh.

PALING AKU BANGGA SEBAB MAK AKU PUN KIDAL JUGAK! I LUV U MAK…


-Maklumat tambahan daripada akhbar Mingguan Malaysia & majalah Mastika -

4 comments:

Azyze said...

saya pun kidal juga..

dulu masa kecik2 asal kidal je mula la orang kata tangan taik la, tak berkat la (eg bila pass duit/apape kat orang pakai tangan kiri)...

tapi bile dah besar ni, whenever people see me writing with my left hand, semuanya macam kagum/hairan/awed. dan ayat susulann mesti "oo, you kidal ek/ wow, a lefhanded person, are you?"

it is said(by friends and relatives) that I am a creative person, but as for the writing, masyaallah...
saya rasa tulisan saya tahap cakar ayam hampeh!

Yatt said...

Laaa... u pun kidal ke? Heheh...
Tapi syok apa jadi org kidal, kan? Kita ni adalah golongan minoriti yg spesel dan unik.

Pedulik kan apa perseption org kat kite. Tapi aku kalau makan pakai sudu mmg kena pakai tgn kiri, kekok la tgn kanan...

Kau camana lak?

Edd Vedder said...

me kidal too..!! it's cool being a leftie. Sekarang ni bila orang nampak aku menulis diaorang akan cakap "..eee, awak ni kidal ek? Saya suka la..". Atau "..ooo! Patut la awak ni kreatif, kidal rupanya." So it's cool being a lefthanded person. :)

N a d i a said...

apa lagi yop...bukak le blog for the lefties...hehehehehe...