So, masa weekend terakhir cuti sekolah hari tu aku bawak le orang rumah ngan anak dara aku pegi tempat binatang yang terletak betul-betul kat sebelah Kompleks Finas dan Kampung Kemensah, Hulu Klang tu. Walaupun ramai yang rasa kelakar bila cakap nak pegi zoo, tapi aku tengok zoo penuh sesak jugak. Jenuh jugak le nak cari parking.
Orang rumah aku cakap dia last pegi zoo masa dia Form 5 (sekarang umur dia dah 28 tahun). Aku dah pegi last year sebab buat story untuk Zoo Malam. Pada aku zoo malam lagi best sebab binatang lebih aktif waktu malam. So, macam-macam aktiviti kita boleh tengok!
Kitorang tak naik tren pun kat dalam tu, jalan kaki je. Anak aku cukup suka dengan burung Flamengo yang dipanggilnya 'Kakai' (apa benda aku pun tak tau le), harimau (dia bunyikan meow meow sebab ingatkan kucing), unta dan cimpanzee. Dia sikit pun tak takut! Ada sorang budak kecik tu aku tengok meraung-raung bila bapaknya nak bawak dekat pada unta. Anak aku cool je... "Kakai, kakai," tu je la yang disebutnya.
Sebenarnya kitorang tak sempat round habis pasal hari nak hujan. So, terpaksa balik cepat takut kain yang dijemur tak sempat angkat! Heh heh heh...
Apapun pada aku Zoo Negara tetap ada kelebihannya. Mungkin ada sesetengah binatang tu kurus, poyo dan cam hampeh je, tapi sekurang-kurangnya aku terhibur dengan melihat binatang.
Aku suka tengok hippo... tapi tak sempat lak! Masa cover untuk zoo malam dulu sempat la bagi hippo tu makan ubi keledek. Mak datuk! Punya la besor dia nganga!!
Layan la gambar kat bawah ni...




7 comments:
helo ara.
kawasan unta yang disponsor Arab Malaysian ada lagi tak?
kitorang punya la bantai gelak masa tengok stall unta2 tu, siap berkipas!
bukan ke unta tu asalnya dr padang pasir? wah, datang malaysia demand2 pulak, nak kipas segala...
(to think of it, mat2 arab pun sama je, baru naik lrt dah komplen panas..)
hihihi...
orang utan tu kan main lagi kontrolnye. dari jauh siap lambai2 suruh dtg dekat dia, alih2 bile nak tangkap gambo, ngengade tutup muka pulak..cesh!!..
btw, encik ahmad...taruk le nama betui awak @ nama glamer kat blog awak ni..silap2 kang ada yg panggey awak 'payung' plak..heheheh...mende la lu!
azyze...
Unta tu ada lagi aaa! Ade 3 ekor rasenye. Time gua pegi tengok unta tu ari tu, dibantainye kencing depan gua! Cisss
En. Payung,
(heh heh.. Thanks Nadia 4 giving me the idea..)
again.. er En. Payung (waakkakaka.... Sakit perut wa...ehhh.. gua pun tak rauk nama betul kat blog gua lah..-- kantui.)
Gajah tu tak silap gua dulu ada 3. Triang Sibol and Siti. Mana 1 lagi?
ehhhh... Zoo tuuu... tempat jatuh lagi di kenang... inikan tempat gajah berak dan anak aku tengok... isssyyyy...
eh eh. Gua pun sokong selangor ler brader. Tapi bukan ler die hard fan. Perak dah keluar ni.. amacam?
Sokong perlis ke final nanti? Sokong gua ler beb. Sokong selangor.
GO PERLIS!!!
...*terpaksa nih!*...uhuk..uhukkk...takpe...sabtu ni piala FA perak punye!!..'igauan' deena jadik petanda, kan, payungku? (payungku?..hahahahaha....)
Kekekeke... hampeh lu sepet! Payung pun payung lah! Janji rock!!
Gajah tu mmg ada 3 ekoq. Lagi sekor tu tak nak enter frame, dia buat hal sendiri.
Ciss... Mat Sepet ni penyokong selangor rupanya... Cis Cis.. Anyway congrats la masuk dua2 final...
errr... gua sokong Perlis la. Heheh...
Hah... sabtu ni final FA. Dah tentu le gua sokong Perak! Ate, lahir kat Perak, membesor kat perak, sekolah kat perak, dapat awek dulu pun org perak, bini org perak... mak datuk semuanya perak!!
Cuma belajor part tinggi kat selangor dan skang pun dok kat selangor... heheh... opis je kat KL..
Post a Comment