Saturday, December 17, 2005

PULAU TEMASIK

HEHEH… Awal bulan hari tu lepas jugak aku ke Singapore. Heheh… korang jangan le gelak, sebenonya itu le first time aku sampai Singapore! Selama ni takat JB je… Heheh. Itu pun sebab aku kena pegi assignment kat sana. Kalau nak pegi sendiri entah bila la gamaknya.

Aku ingat pegi naik flight, tapi rupa-rupanya naik bas je. Sehari je pulak tu! Pegi pagi Jumaat, petang Sabtu dah balik KL. Peh!! Penat je jugak. Tapi lantak le, janji aku dapat pegi Singapore… heheh…

Kat sana aku kena buat story pasal shopping complex Cathay Cineleisure Orchard kat Grange Road (sebelah Orchard Road tempat shopping yang glamour tu). Menarik jugak, itu kira shopping complex berkonsepkan hiburan dengan target pengunjung di kalangan remaja berumur 15 hingga 25 tahun. Selain cineplex, restoran, tempat lepak dan kedai gajet-gajet komputer, paling happening kat situ ialah E2Max – port game online, playstaion, Xbox paling besar kat Singapore!! (bulan Jun tahun depan E2Max akan dibuka kat Cineleisure Damansara, Mutiara Damansara – So, check it out!)

E2Max tu memang happening la. Siap ada area khas untuk pompuan ( banyak game yang simple-simple dan feminin je la) dan paling best ada bilik private untuk main game (macam bilik karaoke tu!).

Tapi aku ni bangsa tak layan sangat game-game semua tu. So, takde la teruja sangat! Heheh…

Sebab masa agak suntuk, aku cuma sempat merayau kat area Orchard Road je. Hmmm… memang la orang cakap itu shopping paradise, tapi aku rasa barang-barang kat situ kebanyakannya mahal nak mampus!

Orang cakap kat Singapore shopping best kat Bugis Street, tapi aku tak tau kat mana dan takde sapa nak bawak aku…heheh. Aku jugak terlepas nak tengok pameran Star Wars kat Singapore Science Centre, Jurong. Lagipun aku takde duit, aku cuma bawak $68 Sing Dollar je! Wakakakakakakaka!!


Orchard Road



Cathay Cineleisure Orchard kat Grange Road - sebelah Orchard Road


Shopping complex ni ada sembilan tingkat. Beso le jugak!


Ni kat depan E2Max tu. Sapa yang bangsa gila kat games online, playstation, Xbox dan tah hapa kebenda lagi elok sangat la pegi sini. Boleh main sampai subuh pasal tempat ni bukak 24 jam masa weekend!!


Spiderman beso kat sebelah panggung Cathay Cineplex.

PULAU TEMASIK LAGI

Selat Tebrau kat Second Link. Drebar bas tak ikut Tambak sebab dia kata jem kaw-kaw punya.

Brader yang busking kat Orchard Road. Pehh!! Suara dia power wa cakap lu! Aku tak ingat dia nyanyi lagu apa, tapi lagi power daripada suara Mawi! Ekekekeke!!


Tengah merayau-rayau, tetiba ada pulak contest Tarian Hip Hop. Heheh... tengok le dressing awek baju pink tu.


Rasanya building ni ada sejarah dia tersendiri.


Sophia Road - 8.30 am pagi Sabtu.

Monday, December 05, 2005

SENTUHAN MAN KIDAL

"Kalau sehari gua tak pegang gitar, tak taulah".


Fender Strat 1978, kaler cream. Gitar favourite yang kerap diusung tatkala buat show atau recording.

“Main kidal ni kadang-kadang lebih kepada gimik. Ia jugak banyak bantu gua untuk buat kelainan dalam setiap persembahan gua".



PEH! Rockers mana yang tak teruja kalau dapat berborak, bertentang mata dan melepak kat rumah Man Kidal sambil makan bihun goreng! Hujan kat luar pulak mencurah-curah sambil sesekali menghirup air sarsi dan pekena Marlboro Lights sebatang!

Dan, aku sempat le merasanya atas satu tugasan. Heheh… One of the best guitarist tu!

Siapa yang the best tu tak penting. Pada gua, mana-mana gitaris yang boleh kasik keluar sound paling sedap sampai melekat dalam jiwa, dialah yang the best!” kata mantan gitaris Search dan Lefthanded tu.

“Gitar adalah jiwa gua. Dan… errr… mungkin jugak nyawa gua! Walaupun gua dah main gitar dan performed depan crowd sejak 25 tahun lalu, tapi sampai hari ni gua still practice at least lima jam sehari. Kalau gua free, gua akan layan gitar jek,” itulah Man Kidal dengan passionnya pada gitar.

Video ‘California Jam’ daripada Deep Purple yang ditontonnya pada 1978 menjadi pendorong Man Kidal untuk jadi seorang gitaris hebat. So, tak hairan kalau korang lihat kadang-kadang showmanship Man Kidal ni ada ala-ala Ritchie Blackmore sikit kan?

“Tiga gitaris - Blackmore, Hendrix dan Malmsteen adalah inspirasi gua sampai la hari ni,” katanya.

Seperti jugak tiga orang gitaris otai tu, Man Kidal tak terkecuali menggunakan jenama gitar yang sama – FENDER STRATOCASTER… Dia ada empat koleksi Fender Strat iaitu dua model 1978 dan masing-masing satu 1977 dan 1979.

“Sound Fender Strat model 70-an memang original. Dia ada karakter sendiri yang tak ada pada gitar lain. Contoh bodynya direka khas untuk keselesaan maksima. Tali E lebih besar, so takde problem kalau nak main note tinggi. Gua jugak gunakan pick-up yang original dan amp Marshall,” ujarnya sambil menyalakan sebatang Dunhill.

“Heheh… dah banyak sangat artis yang gua rekod. Ada sesetengah tu gua kat dalam studio gua tak tau pun itu lagu apa dan untuk penyanyi mana. Sedar-sedar gua dengar radio, lagu tu adalah lagu Jamal – Kekasih Awal dan Akhir. Heheh… gua create solo lagu tu lima minit je.

“Ada jugak gua mainkan track gitar untuk band rock lain. Tapi gua tak nak kasitau la, heheh. Tu pun gua kengkadang tak tau lagu tu untuk band mana. Tau-tau dah keluar je… heheh,”
katanya.

Thursday, November 17, 2005

BAIK PUNYA CILOK@planethollywood - KELAKAR TAHAP GABAN!

SHOW Sunday Nite Live di Planet Hollywood jarang sekali mengecewakan aku. Search, Wings, Lefthanded, Ramli Sarip, Sheila Majid, MAY dan ‘reunion’ Headwind adalah antara show yang pernah aku layan kat pusat hiburan glamour di KL tu. Semuanya memang superb!!

Jadi, bila giliran Afdlin Shauki, AC Mizal, Awie dan Hans Issac atau empat leading actor filem ‘Baik Punya Cilok’ arahan Afdlin tu buat show kat Planet Hollywood malam 13 November hari tu, peluang tu tak nak aku lepaskan, walaupun waktu show Sunday Nite Live tu sebenarnya tak berapa nak relevan sebab esoknya kene kerja! Show start 11 pm, habis dekat 1.30 am… paham-paham je lah!

Bagaimanapun terus-terang aku cakap, aku bukanlah pengikut setia lagu-lagu Afdlin. Dan, aku tak pernah dengar pun album ‘Fuyoo’ tu. AC? Masa 4U2C tau la jugak. Sapa tak kenal lagu “Fiona” kan. Hmm… Awie dah tentu le one of my favourites! Bukan album solo, tapi Wings okay! Errr… Hans Issac tu boleh ke nyanyi?

Tapi sayang, malam tu Awie tak ada. Tetiba diserang demam dan sakit tekak yang maha dahsyat! (kalau refer pada lakonan Afdlin sebagai Awie yang sedang sakit tekak malam tu la…). Apapun aku akui diorang cukup berbakat dalam bidang masing-masing.

Aku tergerak nak ke Planet Hollywood malam tu sebenarnya kerana Afdlin. Aku memang tak berapa minat dengan lagu-lagu dia, tapi aku kagum-respek-teruja dengan bakat Afdlin sebagai entertainer atau penghibur. Improvisasi, spontaneous, keselambaan kodok, lawak dan idea yang datang daripada Afdlin cukup kreatif. Cool. Memang ada yang merapu, tapi still dalam kelas dia tersendiri.

Hasilnya, lebih dua jam tertonggok kat dalam Planet cukup MENGHIBURKAN… satu perkataan paling tepat untuk menggambarkan persembahan tiga mamat ni. Tak dinafikan Afdlin adalah mastermind pada malam tu, tapi AC pun memang talented jugak walaupun dulu aku cukup menyampah dengan 4U2C! (biasa la, gua rockers!! Heheh…). Hans memang layak jadi pelakon je la kot. Tapi respek la sebab dia berani walaupun didera-dibuli si Afdlin dan AC!

Dengan perasaan selamba bercampur gabra bercampur dengan confuse, persembahan Hans kira ok la dengan lagu-lagu macam Sephia (Sheila On 7), Ada Apa Denganmu (Peterpan), Wonderwall (Oasis) dan Learn To Fly (Foo Fighters).

“Gua nyanyi ni sebab diorang je. Kalau takde diorang, jangan harap la! Gua langsung tak konfiden. Tengok, ni tangan pun still menggigil!” kata Hans masa press conference lepas show.

Kata Afdlin, hampir 90 peratus persembahan malam tu adalah spontan. Kebanyakan lawaknya sinis termasuk mengenai Akademi Fantasia yang ‘mentaksubkan’ ramai orang Melayu. So, sapa makan cili dialah terasa pedasnya! Demikian la lawak-lawak daripada diorang yang banyak menyentuh senario industri hiburan tempatan.

“Masa rehearsal buat lain. Bila atas stage lain pulak yang keluar!! Hampeh betul diorang ni! Kadang-kadang aku blur je kat atas stage tu!” kata Hans.

Gandingan Afdlin dengan Din Beramboi dalam lagu Along Bukit Beruntung aku rasa yang paling kelakar! Lagu yang simple, tapi lirik dan gaya persembahan yang cukup kreatif dan bikin orang pecah perut!!

Malam tu Afdlin jugak nyanyi lagu Seperti Manamu, Katakan Padaku, Aku Lelaki dan Harder to Breath/This Love.

AC pulak belasah lagu nostalgia era 4U2C, Fiona dan Kenangan Cinta (aku lupa la tajuk lagu ni!) serta lagu Kali Pertama, Speed of Sound (Coldplay) dan Superman (err… yang dalam soundtrack cite Smallville tu…). Paling syok dia bantai bawak lagu tema Gerak Khas dengan version Abby yang suara flat tak sampai tu! Wakakakakakaka!!

Apapun show malam tu aku kasik TIGA SETENGAH BINTANG out of lima bintang! Rasanya crowd pun tak ramai sangat. Rasa aku kawan-kawan seartis yang ramai macam Erra Fazira, Umie Aida, Dayang, Adlin Aman Ramli, Ako Mustapa, Emilia, Ahmad Tarmimi Serigar, Syanie dan ramai la lagi yang aku pun dah lupa! Geng-geng kodok pun ada gak, tapi yang mana satu korang aku pun tak tau! Heheh…

"Bila la seksa aku nak abis ni," kata Hans yang tak sabar-sabar nak blah dari stage

Ni masa PC. Hans termenung sebab tengah pikir apa benda pulak dia nak buat dalam show akan datang Baik Punya Cilok


Lagu paling kelakar dan selamba - Along Bukit Beruntung daripada Afdlin & Din Beramboi


Rasanya ni masa AC bawak lagu Fiona... ekekeke... "Fiona... berikan daku setitis kasihmu, agar hilang dahaga rindu..." heheh


Baik Punya Feel!!

Friday, November 11, 2005

RAYA LAGI KE?

HEHEH... STILL dalam mood raya lagi nih. Kat opis pun ada kaum yang ambik cuti sampai dua minggu, sebulan pun ada beb! Raya sakan beb!
Aku seminggu je la... 29 Oktober sampai 6 November hari tu je. Tapi puas jugak la beraya dengan famili dan kengkawan.
Bagi aku raya yang seronok bebudak je la. Dapat duit raya, kita yang 'tua-tua' ni plak kena bagi duit raya. Bebudak sekarang dah pandai komplen kalau bagi duit raya sikit. Anak buah aku siap 'pelekeh' aku sebab kasik dia RM5 (kira banyak la tu!). Last-last kena lepuk ngan mak dia! Keh! Keh! Keh! Padan muka!
Selain meraikan kemenangan selepas mengharungi bulan Ramadan, Aidilfitri banyak bagi nostalgia especially masa malam dan pagi raya. Berkumpul ramai-ramai satu famili dah syok dah.
Tapi tahun ni raya famili aku syahdu sikit sebab inilah first time kitorang beraya tanpa abah. Abah aku meninggal pada 27 November 2004, seminggu lepas raya. Al-fatihah untuk Allahyarham Mohd Radzi Hashim.
Aku, Nadia & Deena balik beraya ke Perak. Nadia kat Ipoh dan aku plak kat Batu Gajah. Senang dan tak payah pening-pening kepala nak beraya kat mana sebab Ipoh ngan Batu Gajah tak le jauh sangat. Lebih kurang PJ pegi Shah Alam je. So, malam ngan pagi raya aku kat rumah mentua, lepas sembahyang raya kitorang beraya ke rumah aku pulak. Petang balik semula ke Ipoh. Besok raya kedua tidur kat Batu Gajah pulak. Macam tu la seterusnya... heheh.. penat jugak!
Balik KL on 6 November. Semua orang cakap jem. Tapi kitorang blah awal, nasib baik tak jem walaupun kete banyak tapi highway still smooth. Petang tu bila aku tengok berita baru la jem gila babi. Fuh!!
Esoknya gi keje macam biasa balik. Masuk opis pukul 10 am macam baru dilanda garuda jek! Biasa la press, banyak yang keje masa raya hari tu. So, lepas raya turn diorang plak cuti. So, pagi tu sampai ke lunch hour aku bantai berborak je. Keh keh keh!!
Deena (dua dari kanan) dan sepupu-sepapatnya seronok lepas berjaya mempokaikan bapak dan pak sedara masing-masing.
Tiga hari sebelum raya, sempat jugak berbuka dengan kengkawan kat Kuala Kangsar.

Adam & Deena


Heheh... Ni le famili kecik aku. Aik? Sorang je anak? Errr...

Thursday, October 20, 2005

KENA BOM LAGI! (2)


Area Kuta Square yang kena bom

BALI - AKU KANGEN KAMU

Episod Dua

Oleh MIZMALEYA

OKAY, part ni yang aku nak cerita lebih detail. Tadi tu bunga-bunganya aja. Panjang la pulak. Heheh… Sabo..sabo…

1 Oktober 2005, BALI MENANGIS LAGI. Sedih tu. Ntah aku masa kat sana, tak rasa sedih sangat, sebab terkejut lebih teruk dari rasa sedih. Tapi bila kitorang dah selamat sampai Malaysia pada 2 Oktober, tengok tv, dapat panggilan dan sms, rasa sayu tiba-tiba datang menerpa.

Dan hari-hari seterusnya bila baca paper, tengok gambar orang yang mati air mata aku menitis. Sedih sangat. Zalim manusia ni kan?

Nak tau tak, sebenarnya memang banyak benda yang pelik kitorang rasa terjadi sebelum bom Bali tu. Mula-mula sekali ialah perangai anjing-anjing kat jalanan. Bali kan didominasi Hindu dengan 99 peratus penduduknya beragama Hindu. Dan anjing adalah haiwan peliharaan paling famous, macam kita bela ayam. Bersepah! Jadi bagi sesiapa yang takut gila katanjing, korang kena jadi kental dulu sebelum datang Bali sebab anjing kat sana sama banyak dengan papan surf kot! Heheh.

Sehari sebelum kejadian, anjing-anjing semua macam nampak hantu. Macam nak makan orang pun ada. Pah, adalah salah seorang manusia yang sangat takut pada anjing. Katanya sebab masa kecik dia pernah kena gigit anjing dan kitorang ni (aku & nana) lagi mendajal dia. Bila jalan dekat dengan anjing, sengaja tolak-tolak dia. Heheh…dia lari takut gila babi!

Dan hari tu, benda yang paling dia risau sampai masa nak tidur ialah sikap anjing-anjing yang tak berhenti menyalak dan tak senang duduk! Dia asyik tanya kitorang perasan tak anjing macam gila. Kenapa ek? Dan manalah kitorang nak tau kenapa.

Lepas tu masa hari kejadian, pagi-pagi jam 7 kitorang dah bangun. So, pegi jalan kat pantai Kuta. Masa kitorang pegi, pantai tak boleh mandi sebab ombak besar, jadi dikhaskan untuk surfing aja. Dan sekali lagi rasa pelik singgah. Sebab langit Bali sangat mendung. Terlalu mendung. Seolah tak mampu nak tahan kesusahan atau ntah macam ada beban tak terlepas dan seolah gambaran ketakutan.

Kitorang perasan tu dan bercakap sesama sendiri kenapa Bali mendung hari tu. Tapi kata-kata macam tu abis kat situ jek sebab sebagai manusia yang iman pun senipis kulit bawang busuk, manalah nak dapat tahu apa yang nak jadikan. So seharian sampai petang benda tu tergantung macam tu jek.

Dan malam menjelang. Jam 6.30 petang, kitorang keluar hotel. Ada juga benda pelik yang jadi. Sepanjang tiga hari, kami lima orang tak pernah berpisah. Nak jalan ke, nak balik bilik ke mesti berlima. Tapi tak tau kenapa malam tu kitorang berpisah. Aku, Nana dan Arin pergi ke pantai, Pah dan Bad pulak pegi Legian dan Kuta Square cari barang.

Then kitorang janji jumpa kat pantai, tapak festival pukul 8.30 malam.Kat festival, rasa bosan sangat. Tapi pesta sedang hangat dengan persembahan kumpulan ntah apa ntah. Diorang ni buat festival sebab 5 Oktober, diorang ada sambut perayaan. Hari Raya Galungan. So diorang adakan festival pantai, buka bazaar. Tapi serius, memang bosan gila.

Jadi kitorang cadang gerak dari tapak tu pegi ke Kuta Square. Masa perjalanan ke Kuta Square, kitaorg pelik sebab tak ada orang kat jalan depan pantai tu. Come on, malam minggu atau malam-malam biasa, Kuta tak pernah sepi. Langsung! Tapi malam tu, orang tak ada, kete, moto semua tak lalu lalang. Serius, kosong sangat! Kitorang heran semua orang kat Kuta pegi mana ek?

Tapi kitorang buat bodoh, jalan pelan-pelan pegi Hard Rock Cafe. Masa sampai kat area Hard Rock tulah kitorang dengar benda meletup dan ada macam warna merah mega kat langit. Terkejut kitorang dah cakap benda tu bom tapi ada mamat pengawal kata itu hanya elektrik. So, kitorang pun dengan bergayanya masuk dalam Hard Rock beli baju untuk adik aku.

Keluar je dari Hard Rock, ada satu lagi benda meletup! Apa lagi, sebagai orang yang kepoh (reporter pulak tu!), kitorang pun berlari pegi ke tempat kejadian yang hanya 100 meter dari situ.

Sah memang ada bom! Dan aku, Nana dan Arin terus teringat kat Pah dan Bad sebab diorang ada kat area tu. Dalam kalut, kitorang tetap kepoh nak pegi ke tempat kejadian, tapi dihalang. Orang semua lari turun kat area pantai, kitorang kepoh juga nak naik tengok apa yang jadi.

Bila semua orang lari, sebab polis kata ada bom lagi yang diletak dalam plastik dalam kereta tak meletup lagi, hah barulah kitorang kelam kabut lari. Gila! Tuhan jek tau apa rasanya masa tu. Tapi sebelum lari kitorang sempatlah tengok mangsa-mangsa yang kena bom dalam restoran Raja's Cafe tu diangkut naik kete dan lori yang tak ditutup. So, adalah nampak yang berdarah sikit-sikit dan rasa cuak timbul.

Ramai wisata yang balik malam tu juga. Aku dapat tau, hotel dekat Legian, lebih 40 bilik kosong dan semua balik. Diorang tidur kata airport dan airport malam tu tutup. Kitorang lepas dah kecoh-kecoh, bila dah berjumpa balik Pah dengan Bad, jalan pelan-pelan balik hotel. Terkejut jugak sebab ramai yang tak tau dan orang kat restoran macam tak nak buka berita, semua tayang bola sebab mungkin tak nak pelancong takut dan lari kot?

Sampailah bila ada satu kedai mula buka berita dan orang dah mula perasan, semua kelam kabut. Wartel sesak, internet pun. Kitorang hanya boleh buat panggilan tiga jam selepas kejadian!

So dapatlah aku call boss aku cakap aku selamat dan lepas kena paksa dengan boss, baru aku call mak aku. Yang buat aku tak nak call sebab taulah orang tua, risau diorang teruk. Tu yang aku malas tu bila mak aku paksa balik! Gila ke apa. Aku cuma cakap, mak rilek la, orang selamat, esok malam orang baliklah, flightnya besok, Aku terus letak tepon, malas nak dengar dia nangis lagi.

Memang teruk sebenarnya apa yg jadi. Nak cerita, tak tergambar sebab kekuatan aku hilang masa tu juga. Takut sangat. Aku bukan takut apa, takut mati sebab iman tak sempurna nak buat bekalan. Tapi aku bangga sebab jadi orang yang berada kat sana. Rupa-rupanya ledakan kat Raja's Cafe tu kecik. Yang dekat Jimbaran paling dahsyat!

Tapi kalau korang nak tau, menurut orang tempatan yang aku tanya, bom malam tu sebenarnya dipasang berangkai. Maksudnya, diorang ledakkan gas dulu kat Raja's Cafe, buat dia macam satu insiden. So, bila gas meletup, orang ingat insiden atau salah cafe. Tapi sebenarnya silap! Bila gas tu meletup, menandakan bom-bom lain yang dipasang pun akan meledak satu persatu!

Pergh, aku rasa aku macam terbabit dalam sebuah filem perang pulak. Lepas gas meletup, bom pun meletup. Bom pertama. Pastu, barulah bom-bom lain meletup dan mengorbankan 26 nyawa dengan beratus-ratus yang lain cedera. Dan yang menakutkan tapi melegakan aku ialah khabarnya ada enam biji bom ditemui kat Kuta Square tu. Yang mana hanya satu je daripada lima meletup.

Korang bayangkan kalau lima-lima meletup? Sure aku dan rakan-rakan pun mati. Sebabnya Kuta Square tu kecik jek, macam area Bukit Bintang dan jalan serta kedekatan
bangunannya bercantum lebih rapat, padat! Kuta Square hanya tempat beli-belah dan makan, bukan macam Legian yang penuh dengan pub dan kelab. Gilakan?

Dan katanya juga, mereka pun pasang bom kat tempat VVIP kat Nusa Dua. Tapi bomnya tak meletup dan dekat Jimbaran pun hanya sebahagian sahaja. Ya Allah, murahnya nyawa manusia sekarang yang mati pun nanti belum tentu bau wangi syurga. Jangankan kata nak masuk!

Dan memang dari bulan Ogos diorang dah warning akan ada lagi letupan di Bali. Sebab semua orang dah malas nak amik port sebab masa 28 September ada yang kata bom dipasang kat stesen radio tapi takde, jadi ramai yang ingat masa bom 1 Oktober meletup tu hanya insiden. Terror kan diorang ni.

2 Oktober, jam 7 pagi kitorang dah terpacak kat Kuta Square. Tengok tempat kejadian. Sayangnya kedai banyak tutup dan kitorang punya flight pukul 8 malam tapi jam 4 petang dah ada kat airport. Dan rupa-rupanya memang airport dah jadi port paling menarik untuk wisata-wisata melepak lepas ledakan.

Aku balik KL, tepon tak berenti bunyi, pukul 4 pagi pun masih ada yang call dan hantar mesej tanya keselamatan aku. Ehm, ramai juga yang sayang kat minah mereng macam aku ni.

Bila masuk opis, tak sangka, bukan setakat budak-budak Kosmo! jek tau, orang-orang Utusan pun tau aku pegi sana! Fuh!

Cuma, sebagai reporter, satu jek yang aku terkilan! Aku tak buat liputan terus dari Bali. Tak hantar story. Tu yang aku rasa aku tak cukup hebat lagi jadi orang. Prihatin but tak tau nak buat apa. Bukan tak tau, tapi aku sangat panik gila!

Then bila pagi esoknya, aku tengok dah ada geng, aku punya favourite writer dari Indonesia, Zulkifli Hamzah buat liputan, aku tau memang ada orang buat. Cuma bayangkan kalau aku yang buat, fuh, mesti lagi gempak! Dungu jugalah Maliah Surip ni! Hampeh sungguh. Tapi aku buat juga untuk meja rencana, Bali No Good dan ramailah yang sms aku tanya Bali No Good tapi aku good tak? Gila kan.

Aku sebenarnya tak tau kenapa dan apa sebabnya mereka bom Bali. Pada aku bumi Bali tidak pernah berdosa. Yang ada pada alam itukan ciptaan Tuhan. Kenapa nak dimusnahkan ciptaan Tuhan yang tak berdosa dan dicorakkan dengan simbahan merah darah? Aku confius juga perjuangan apa yang sedang mereka perjuangkan.

Kalau nak kata Bali sarang maksiat, mana-mana pun sebenarnya sarang maksiat, Bali mereka harus faham, bukan kawasan Islam, jadi percutian atau liburan adalah normal. Dan lagi tempatnya memang sangat cantik. Macam Uluwatu dan Tanah Lot, Ubud, Kintamani, akan buat korang rasa betapa dunia ini tak tahu penghujungnya di mana!

Entahlah, aku harap kalau pun ada propaganda pembesar nak lepaskan Bali dari Indonesia sebab fikir mereka akan jadi lebih kaya kalau bersendirian, harap-harapnya janganlah melibatkan manusia-manusia yang tidak bersalah.

Semoga Bali terus bernyawa sebab tahun-tahun mendatang dan rezeki serta umur panjang, aku memang nak kembali ke sana lagi. BALI, tunggu aku kembali!


KENA BOM LAGI!

1 Oktober 2005 – Bali kena bom lagi. Sorry, cerita ni mungkin dah basi dan takde news value lagi. Tapi aku cuma nak share dengan korang pengalaman adik angkat aku si Malia yang kebetulan ada kat Kuta masa tempat tu dibom. Dan, dia cuma berada lebih kurang 100 meter je dari kawasan letupan!

Dia jugak hampir-hampir nak pergi ke Pantai Jimbaran, satu lagi tempat bom diletupkan. Phew! Kalau tidak berkecai la minah ni! Alhamdulillah, she came back in one piece.

Kat bawah ni sedikit sebanyak coretan pengalaman dia kat sana. Gila ah! Kalau tidak lu dah arwah babe!!



Kedai di Kuta, Bali lepas kena bom



Kawasan Pantai Jimbaran - restoran tepi pantai yang kena bom jugak. Malia nyaris-nyaris nak pegi makan kat sini. Phew!


Malia dua hari lepas balik dari Bali. Siap gelak-gelak dengan anak aku, Deena kat rumah dia sebelum kereta aku pulak rosak lepas tu.. heheh



BALI - AKU KANGEN KAMU
Episod Satu

Oleh MIZMALEYA

Aku tak tahu kenapa lambat sangat baru terasa feel nak tulis pengalaman kat Bali hari tu. Tragedi letupan bom di Bali 1 Oktober lalu memang takkan aku lupakan sepanjang hayat aku. Kata orang-orang yang tahu apa itu nilai berita, dah basi habis. Tak laku pun kalau dalam surat khabar nak letak kat page kedua belakang pun. Tapi bagi diri aku, nilai beritanya tetap tinggi melangit pasal aku hanya berada lebih kurang 100 meter dari kawasan yang dibom!

Aku bulan September lepas buat kali kedua singgah lagi dekat pulau eksotik kegemaran aku, BALI. Semua orang tanya aku apa yang syok sangat Bali tu sampai aku tahun lepas dua kali ke sana.

Aku susah nak jawab sebab aku ni selain suka berangan, suka juga tempat mistikal macam tu. Aku bukan jenis minah yang suka pegi tempat-tempat kelas macam
London ke apa ke. Ceh buang karen la nak ke tempat-tempat yang bangunannya pun sama macam kat KL, shopping dalam butik, alamak boringnya. Baik pergi tempat yg syok kayak Bali, ada laut best, (walaupun aku tak reti berenang) panorama best, orang-orang local dan internasional yang juga sedap mata memandang! Heheh…

So, pada 28 September 2005, aku, dua my very good fren, Nana dan Pah, ditemani dua jejaka yang sambil pejam mata cuma angguk dan kata take care pada kitorang masa nak kuar malam bertigaan, Bad dan Arin berlepas ke sana.

Kitaorang naik Air Asia jek, tak mampu nak beli yang mahal-mahal pun, tapi alhamdulillah selamat tiba dan pulang tanpa satu anggota pun tertinggal kat sana. Yang tinggal pun hati kot kat sana!

Dengan sewa semalam RM8 selepas dibahagi tiga , (aku, Pah dan Nana), kitorang pun tidur di Mekar Jaya, Poppys Lane 2, tempat bagpackers macam kitorang yang juga hotel lama dulu aku menginap. So, tiga hari sebelum kejadian letupan, satu Kuta kitorang jalan.

Bukan tu jek, sehari sebelum Bali dibom, iaitu pada 30 September, kitorang sempat ke Uluwatu selepas ke Sukawati beli barang. Kat Sukawati lah aku beli anak zirafah dengan harga RM8 yang dekat KL harganya mak oi RM60! Aku nak beli mak dengan bapak dia sekali tapi budak empat ketul tu tak bagi, panggil aku makcik lagi sebab lepas tu aku bukan jek beli zirafah, tapi tempat lilin, lampu, lukisan dan ntah apa-apa lagi yang tak de kaitan dengan badan!

Ah berbalik pada Uluwatu, apa yang aku nak cerita kat sini ialah Uluwatu tu hanya terletak kurang 10 kilometer dari Jimbaran, tempat makan yang dibom dan mengorbankan banyak nyawa manusia kat situ. Kesian. Apa yang aku nak cerita ialah kitorang pun lalu kat Jimbaran tu. Arin siap rakam tempat makan tepi laut secara terbuka tu melalui videocam Bad.

Kalau ikut cadangan supir kitaorang, Agus, yang juga dah jadi our fren tu, dia nak bawa kitorang makan kat Jimbaran tu. Ada kawan dia buka restoran kat situ. Tapi memandangkan nak ke Jimbaran tu makan masa sejam dan kami pun kena bayar lebih kurang RP200,000 (RM80), kami yang kedekut duit ni tak pergilah makan kat situ. Kalau tidak kitorang pun salah sorang mangsa yang dibom kot. Selisih, nasib baik Tuhan masih sayang kitorang kot.

So pada 1 Oktober tu, kitorang pun amik keputusan berada kat Kuta jek, tak payah kuar ke daerah lain sebab nak safe duit. Dan tak sangka, kitorang selain jadi saksi, jadi mangsa juga ledakan bom di Bali. Sejarah berulang kembali!

BERSAMBUNG

Wednesday, October 19, 2005

REPORTER - BEST KE?

SYOK ke jadik reporter? Ramai kengkawan, sedara-mara, pakcik, makcik dan adik-adik tanya soalan macam tu kat aku. Pada diorang reporter ni tahu semuanya. Dan, kami sebagai reporter memang kena ambik tahu semua benda pasal selain daripada keperluan seorang reporter, kami nanti takde la malu sangat bila diorang tanya, tak tau nak jawab pulak. Bila dah tak tahu nak jawab, dah tentu akan keluar statement macam ni :

“Aii? Takkan reporter pun tak tau kot?” Hmmm… tu yang tak syok tu.

Selalunya kalau ada VIP atau artis kena tangkap, kantoi dadah, khalwat atau kahwin, ni lah yang orang sangat-sangat nak tau! Kalau ada story macam ni kat paper, maka berduyun-duyun la sms yang aku dapat.

“Sapa kena tangkap tu beb?”

“Eh! Sapa yang kantoi khalwat kat Penang tu?”

“Jadi ke Normala tu kahwin dengan VIP tu?”

“Artis mana yang kantoi pasal dadah tu?”

Hah… tu la soalan-soalan biasanya. Standard la, masyarakat kita memang teruja dengan kes-kes sensasi macam tu walaupun kebanyakannya hanya menganggap ia adalah story tak berilmiah (tapi dalam masa yang sama tetap nak ambik tau).

Pada aku, kepuasan jadi reporter ni ialah bila kita berjaya siapkan tugasan atau assignment yang diberi editor (lagi best kalau assignment tu mencabar!). Lepas tu dah tentulah bila dapat tengok byline sendiri… Heheh… Kena pulak dapat front page atau pun dapat scoop story! ( dalam istilah kewartawanan scoop bermaksud kita sorang je dapat story tu, tapi paper lain semua dah dapat. Gempak tu!)

Banyak benda best jadi reporter ni sebenarnya. Jika diberi pilihan, aku nak pilih masa aku aku jadi wartawan hiburan (entertainment journalist ) dulu. Banyak experience dan banyak benda aku tahu pasal selok-belok dunia penuh sensasi dan sensitif tu.

Syok betul aku bila diberi peluang berjumpa dan buat exclusive interview dengan international act macam Ronnie James Dio ( vocalist Dio & ex-vocalist Black Sabbath), Ian Gillan (vocalist Deep Purple), Paul Gilbert ( Mr Big), John Myung (Dreamtheatre – dgn Zizie aka Sweet 666… heheh), Scorpions, Joe Satriani, Michael Learns To Rock, Dewa, ,Gigi, Sheila On 7, Glenn dan Padi.

Tak kurang dengan artis tempatan. Tak boleh lupa aku betapa humblenya artis-artis besar kita macam Rosyam Nor, Ramli Sarip, Amy Search dan Ella. Tapi tak boleh jugak lupa betapa egonya si M Nasir dan Hattan. Heheh…

Tipu la aku kalau semuanya best pasal artis ni. Pengalaman bertekak dengan Jamal Abdillah pun menarik jugak. Ada ke dia tuduh aku tulis artikel dia still ambik drugs! Padahal yang tulis tu bukan aku, tapi reporter lain dan benda tu disiarkan tiga tahun sebelum tu! ‘Stoned’ ke hapa mamat tu tuduh aku macam tu!

Tak boleh lupa jugak bila kena marah dengan isteri Allahyarham Azahari (bekas anggota Raihan) pasal aku terhilangkan gambar diorang sefamili yang aku pinjam. Adusss… maaf kak, saya tak sengaja.

Dan, kelakar jugak bila vokalis Iklim, Saleem beriya-iya cakap depan aku dah tobat tak ambik dadah. Semangat betul dia cakap yang dia dah insaf dan dah buang semua benda-benda haram tu! Tapi, beberapa bulan lepas tu kantoi dengan polis pasal dia ngisap dadah balik... Heheh... Apa daaa...

Heheh… Itu masa berkampung kat dunia entertainment. Sekarang cari experience buat story lain la pulak. Tapi tak tau la kalau bos-bos kat tempat aku tukarkan aku balik ke meja hiburan? Hmm… belasah je la…

Err… korang rasa best ke jadi reporter ni?

Tuesday, October 18, 2005

GAMBAR! GAMBOR! GAMBAQ!


Ni masa jerebu ari tu. View from Menara PGRM, Taman Maluri, Cheras. Sepatutnya nampak KLCC tau!

Hall rumah aku...
Alamak! Lupa shave la!

Dunia muzik aku...

Kasut favourite aku. Dulu arwah abah aku cukup tak suka kasut ni. Dia cakap ni kasut kutu lepak. Arghh...


Woi... blog kena update la plak

Deena dengan kasut ranggi terbaru.



Apa ke nama kucing ni? Tapi dah kena buang
Perak kalah la... Arghhh

NAK KE TAK NAK?


NAK quit smoking? Entah le, aku rasa sejak 1995 lagi aku dah try nak buat! Tapi sampai hari ni pi mai pi mai tang tu jugak! Kadang-kadang niat yang baik ni dah jadi macam bahan lawak terutama di kalangan teman-teman ‘serokokan’. Kalau cakap nak berhenti, diorang mesti bantai ketawa!

“Sudah la. Lepas ni karang lu mesti hisap balik punya…” gitu la lebih kurang kata-kata ‘semangat’ tu. Dan, selalunya aku memang semangat balik nak merokok!

Ramadan tahun lepas, aku dah try. Hmmm… okay la jugak. Tak salah sepanjang bulan pose tu aku hisap rokok tak sampai pun 10 BATANG. Peh! Tu satu achievement tu bagi seorang perokok yang kira tegar le jugak. Tapi, hari raya ketiga aku kantoi balik! Bahana melepak dengan geng-geng ‘serokokan’, Marlboro Lights kotak besar aku beli balik! Arghhhh!!

Paling best aku pernah buat assignment pasal bahaya merokok. Pegi la interview sorang doktor ni dan dia pulak sah-sah la anti-rokok! Sekali tengok je dia dah tau aku ni memang smoker. Heheh… tak pasal-pasal dia sekolahkan aku! Lepas tu artikel aku tu keluar kat paper sikit punya best ke… Siap listkan apa kandungan berbahaya dalam rokok dan kesan-kesan buruk kalau merokok… Erghhhh…

As usual, Bajet baru-baru ni harga rokok naik lagi. Rokok kotak besar dari RM6.50 dan naik RM7. Hmmm… ada la dua hari geng-geng ‘serokokan’ mengeluh. Lepas tu… heheh… back to normal!

Kadang-kadang kalau fikir pasal price rokok baru ni, rasa tak mahal pulak. Aku tak tau kenapa, aku rasa macam lebih berat nak keluarkan RM6.50 berbanding RM7? Tak tau la, agaknya kita akan rasa mahal kalau ada extra lima posen tu… Errr… korang tak tau la, kot aku sorang je yang rasa camtu.

Bila aku nak berhenti merokok? Orang rumah dah berbuih mulut suruh quit sejak dari zaman bercinta lagi! Hmmm… Rasanya bila harga rokok naik RM10 sekotak kot?

Alamak! Rokok dah abis la pulak! Gi beli la kejap… He..he..heh! Adeh!! (kena cubit dengan bini…)

Saturday, October 15, 2005

ROCK NEVER DIE!!

ENTAH kenapa, muzik rock dah jadi santapan jiwa aku sejak sekolah rendah lagi. Apa yang bestnya rock ni? Kenapa aku tak minat artis macam Ramlah Ram, Othman Hamzah, Siti Fairuz, Nassier Wahab atau Dhalan Zainuddin? Lagu diorang ok apa? Tapi muzik bising tu jugak yang aku hadap.

Pada aku rock tu cool. Baik dari segi arrangement muzik, lirik, attitude dan fesyen. Heheh… lu orang pun tau macamana stail rockers dulu kan? Lagipun mungkin aku cuba nak lari daripada norma famili aku. Ye la, aku sorang je minat rock! Kakak-kakak dan abang aku bukannya minat rock! Masa diorang layan New Kids On The Block, Culture Club, Duran Duran, A-Ha dan Lionel Ritchie, aku layan Black Sabbath, Guns N Roses, Scorpions, Deep Purple, Search, Lefthanded dan SYJ. Memang kontra abis! Kalau aku pasang kaset band-band tu, diorang mula la pening kepala. Asyik kene marah je, last-last terpaksa dengar pakai earphone!

Kira diorang tu tak cool la sebab tak dengar rock... heheh!

Rock takkan mati! Muzik ni akan terus subur walaupun band rock kat Malaysia sekarang dah semakin hampeh. Aku dah kahwin, dah ada anak, tapi rasanya jiwa aku tetap maintain rock. Hmmm… dapat bini pun rock jugak! Lagi rock daripada aku tau!!

Tapi… rock, rock jugak. Yang SATU tu jangan kita tinggalkan…

Ok la, ni band-band favourite aku… Diorang ni banyak beri inspiration pada aku ( muzik je, bukan lirik)

P/S Kalau local band aku layan gila babi Search! Tapi takde plak gambar diorang nak tampal kat sini…



CREAM

Line-up - Eric Clapton (gitar, vokal), Jack Bruce (bass, vokal) & Ginger Baker (dram). Formed 1966 dan disbanded 1969. Dikatakan band heavy metal pertama! Eric Clapton masa tu pun mamat-mamat kat UK dah panggil dia 'God' pasal terer gila babi main gitar.

Lagu best : Sunshine of Your Love, I Feel Free, N.S.U, Badge & White Room.


BLACK SABBATH

Line up - Ozzy Osbourne (vokal), Tony Iommi (gitar), Geezer Butler (bass) & Bill Ward (dram).

Formed 1969, antara influence diorang ialah Cream. Walaupun dikatakan band evil, tapi diorang la The Godfather of Heavy Metal. Kira semua jenis band rock kat dunia kalau tak dengar Black Sabbath, kira tak rock la! Heheh... Ini original line-up, lepas Ozzy blah, Ronnie James Dio masuk. Tapi line-up ori tetap jadi favourite aku.

Lagu best : Paranoid, Sabbath Bloody Sabbath, Black Sabbath, NIB, Iron Man & Sweet Leaf


U2

Line up - Bono (vokal), The Edge (gitar), Adam Clayton (bass) & Larry Mullen jr (dram).

Formed 1976. Band dengan pengaruh post-punk ni aku respek sebab tak pernah berpecah sejak ditubuhkan masa diorang budak sekolah lagi. Sekarang antara band paling berpengaruh dalam dunia.

Lagu best : Pride (In The Name of Love), With or Without You, One, I Still Haven't Found What I'm Looking For, Angel of Harlem, Mysterious Way, Zooropa, Vertigo... ishh... banyak le lagi!


GUNS N ROSES

Line up - Axl Rose (vokal), Slash (gitar), Izzy Stradlin (gitar), Duff McKagan (bass) & Steven Adler (dram) - line-up first album.

At a time when pop was dominated by dance music and pop-metal, Guns N' Roses brought raw, ugly rock & roll crashing back into the charts. They were not nice boys; nice boys don't play rock & roll. They were ugly, misogynist, and violent; they were also funny, vulnerable, and occasionally sensitive.

Hmm... attitude memang hampeh, tapi when it comes to music and stage performance, gua memang tabik la.

Lagu best : Sweet Child O'Mine, Welcome to the Jungle, Paradise City, Mr Brownstone, You Could Be Mine, November Rain, Locomotive, Don't Cry, Knockin' on Heaven's Door, You're Crazy, Get in the Ring etc.

AUDIOSLAVE

Line up : Chris Cornell (vokal), Tom Morello (gitar), Tim Commerford (bass) & Brad Wilk (dram).

Formed 2001, gabungan ex-Rage Againts The Machine & Soundgarden. Arragement Audioslave still ada sound RATM especially sound gitar Morello yang pelik tu.

Lagu best : Cochise, Like A Stone, I Am The Highway, Bring Em Back Alive, Out of Exile, Your Time Has Come, Man or Animal.


System Of A Down

Line up - Serj Tankian (vokal), Daron Malakian (gitar), Shavo Odadjian (bass) & John Dolmayan (dram)

Formed 1995. Band nu-metal yang paling aku layan. Pelik dan unik dari segi arragement muzik dan performance yang cukup energetic! Vokal Tankian variety, kejap growl, kejap high pitch... Muzik jugak tak statik, kadang rasa macam nak lari 100 meter, kadang pulak rasa release sikit.

Lagu best : Chop Suey!, Prison Song, Needless, Science, Chic N Stu, Highway Song, B.Y.O.B, Radio/Video & Cigaro.

Tuesday, September 27, 2005

CINTA & MANDI BUNGA


ALAMAK! Jiwang pulak heading kali ni! Errr... ni bukan coretan aku, tapi kawan baik aku... Mizmaleya namanya - orang JB dan 'sekarier' dengan aku. Selain kawan baik, dia jugak dah macam adik aku (sebab dia jauh lebih muda daripada aku).

Aku suka tulisan dia. Dan, dia jugak peminat tulisan aku dan antara orang yang paling kerap kritik dan puji story-story aku yang keluar kat paper, walaupun kitorang sebenarnya bekerja di organisasi akhbar berbeza dan bersaing sesama sendiri! Heheh...


CINTA & MANDI BUNGA
Oleh MIZMALEYA

Kami naik tren di Danga Bay petang itu- Ng, J dan saya. Sebenarnya, hanya saya yang sangat teruja untuk pusing-pusing naik tren RM2, yang selalunya penuh dengan cowok dan cewek Indon yang berpasang-pasangan datang memadu kasih di Selat Tebrau ini.

Seorang teman lelaki paling rapat dengan saya- Jas, malu-malu kucing saat kami bertiga yang sudah boleh dikategorikan sebagai mak orang ini memekik, melambai ke arah dia yang berselindung di sebalik beca.

"Korang ni memang buat kerja gila", luahnya sebaik tren yang sudah berpusing-pusing di tapak 'peranginan' paling grand bagi anak-anak berumur tiga empat tahun ini berhenti.

Kemudian, kami berempat melepak di Beach Club (tapi tak macam Beach Club di KL), pesan minuman dan layan perasaan sambil mata menancap kepada mentari yang perlahan berlabuh di ufuk Timur. Biasan cahaya perang emas tampak cantik, mengusaikan sedikit gejolak di jiwa.

Lama di situ, walau hanya memesan mineral, kami tidak pula dihalau. Tetapi selepas Jas pulang, kami bertiga menghalau diri sendiri kerana perut sudah bermain lagu dangdut, lapar, perlu diisi segera.

Warung Saga, masih berdiri utuh di situ, di kawasan perkuburan paling top di Johor, Mahmoodiah. Dan warung ini yang penuh dengan gambar-gambar nostalgia zaman P.Ramlee sehingga kerabat Diraja Malaysia serta pemimpin hebat Tanah Melayu menjadi medan diskusi sebenar jiwa kacau saya.

"Aku ingat kau kena mandi bunga!", selamba J memberi cadangan. Dan Ng yang memesan mee hailam tanpa 'binatang' (dia seorang vegetarian) mengangguk setuju sebelum berkata: "Ha ah, aku rasa kau memang kena mandi bunga."

Saya ketawa kuat. Bagaimana dua anak darah kacukan, Ng dengan darah Australia dan J pula darah Arab melahirkan idea kolot begitu. Hello? Ini bukan zaman Kanchan Kirana atau Bawang Merah Bawang Putih okay! Ini zaman millennium, zaman serba canggih. Mana bisa mandi bunga menjadi sangat relevan lagi.

Dulu, saya pun ketawa bila orang tua-tua selalu kata "anak, awak kena mandi bunga. Untuk dapat jodoh, untuk elak petaka dan entah macam-macam lagi". Tak sangka, hari itu, 10 September 2005, dua rakan paling setia ini melahirkan idea gila yang saya kira sangat kuno itu.

Alasannya? Tentu sahaja kerana cinta. Oh, cinta, sehingga mampu membuat dua manusia di hadapan saya menyarankan saya mandi bunga. Saya tanya mereka,

"Kau tahu ke mana nak pergi mandi bunga? Bunga apa? Berapa lama?"

Tapi mereka menggeleng, berkata tak tahu dan hanya mencadangkan kerana kasihan melihat
jiwa saya yang merana.

Ada air mata bergenang di kolam mata saya. Dan Ng serta Pah, juga begitu. Kata mereka kasihan melihat saya merana. Prihatin sungguh mereka. Ya, kerana cinta, saya pun tak faham mengapa prahana ini mengelodak jiwa sejak setahun lalu.

Saya sendiri kacau bilau dengan perasaan sendiri. Kenapa dan mengapa, cinta yang satu ini sangat sukar diusir pergi. Berbalik kepada kes mandi bunga yang Ng dan J sarankan tadi, sebenarnya ia terkeluar kerana saya memberitahu perkara ini.

"Dia selalu datang dalam mimpi aku. Dan takkan lah setiap kali aku fikir nak cari lelaki lain, dia datang? Dah setahun, takkan dia tak jemu-jemu datang dalam mimpi aku. Korang fikir sebab aku terlalu ikut perasaan dan cinta mati pada dia atau pun aku sudah gila?" soal saya pada mereka yang saya kenal sejak 11 tahun lalu ini.

Dan kerana soalan seperenggan itu membuatkan mereka memberi satu cadangan taboo itu. Mandi bunga... Saya ketawa dan ketawa. Bunga apa? Saya ada dengar mandi bunga itu adalah campuran tujuh jenis bunga, yang indah-indah dan wangi-wangi. Tapi tujuannnya saya tidak tahu, sehingga Ng dan J sarankan benda yang saya pasti mereka sendiri tidak berapa mengerti tujuan dan asal usulnya itu.

Seminggu selepas pulang ke Kuala Lumpur, di pejabat satu malam, sebelum saya menikmati makan malam bersama teman sepejabat, seorang rakan bertanya.

"Kenapa dik (adik, sebab saya antara yang paling muda di kalangan rakan pejabat). Sakit ke?". Saya jawab: "Tidak." Dan sambung semula: "Jiwa kacau." Kemudian bertanya lagi: "Abang, abang percaya tak zaman sekarang masyarakat kita masih percaya amalan lama seperti mandi bunga."

Dia membulatkan mata, bercekak pinggang dan tanya saya: "Apa dik? Mandi bunga?". Dia ketawa dan geleng kepala selepas itu. Kenapa? Kelakar ke pertanyaan saya sehingga dia ketawa pasal ayat mandi bunga.

Entah, saya pun bingung. Mandi bunga. Idea gila itu buat saya tak tidur malam. Akhirnya saya fikir, jalan terbaik ialah sembahyang, dekatkan diri pada Tuhan.

Bukan pergi mandi bunga bawah jambatan untuk buang sial atau naik seri muka dan segala bagai lagi.

Dan cinta saya? Ya, masih berbekam di situ. Lukanya bukan sahaja sudah koyak, tapi rabak sehingga saya tidak nampak ada satu ruang pun yang boleh dicantum.

Cariknya terlalu dalam, sakitnya bukan kepalang. Tapi sorry girls, untuk mandi bunga seperti yang disarankan, tidak akan terjadi dalam hidup saya. Biar hanya waktu yang mengisi kekosongan hati saya, biar 1,000 tahun pun. Dan saya doa pada Tuhan, jika dia bukan jodoh saya, cepat temukan saya dengan jodoh lain, begitu juga dia.

Seperti kata penyanyi senior Indonesia, Dewi Yull yang saya temui baru-baru ini: "Hidup kadang-kadang biar patah dahulu, kemudian tumbuh baru yang lebih cantik." Ya, semoga kata-kata itu benar belaka dan berpihak kepada saya.

Monday, September 19, 2005

ARA PAYUNG Jr.






HEHEH... Sedar tak sedar, dah besor anak aku ni hah! Dah setahun tujuh bulan! Macam tak percaya pun ada! Rasanya baru semalam aku tengok satu baby kecik (dia lahir berat 2.39 kg je...) yang aku ingatkan bungkusan kain hijau yang baru digunakan dalam bilik bedah! Laaa... rupa-rupanya baby aku ada kat dalam tu! Tu la... kecik sangat!

Hmm... Itu dulu. Sekarang ni dah macam-macam dia terer! Mulut pok pek pok pek pok pek! Pening kepala aku! Tu belum kira kebrutalan dia lagi! Kadang-kadang rumah tak boleh nak kemas sebab kejap je dah berterabur balik!

Tapi, aku syok. Hilang tensen keje kat opis kalau tengok muka dia. Heheh...

Errr... sapa-sapa yang tak kahwin lagi, kahwin le cepat! Lepas tu, cepat-cepat le dapat anak! Best woooo!!

Tuesday, September 13, 2005

SILVER STATE RULES!

Lepas game Perak vs Selangor, Stadium Shah Alam - 24 Ogos 2005
Pic By : Pak Raman Y4E


PERAK 2005
Berdiri L-R : V Thirumugan, Abdoulaye Troare, K Nanthakumar, Ahmad Azlan & Keita Mandjou
Duduk L - R : Ahmad Shahrul Azhar (capt), Shahrulnizam Mustapha, Hamsani Ahmad, Wirat Nom, Chan Wing Hoong & Frank Seator
Pic By : Shah Y4E



PERAK 2005
Berdiri L - R : Marian Juhas, V Thirumugan, Abdoulaye Troare, K Nanthakumar, Harizul Izuan & Keita Mandjou
Duduk L - R : Ahmad Shahrul Azhar (capt), Hamsani Ahmad, Chan Wing Hoong, Wirat Nom & Shahrulnizam Mustapha
Pic By : Pak Raman Y4E
ENGLISH Premiere League (EPL) memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Inilah liga bola sepak yang diagung-agungkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Tapi ramai yang memandang sepi liga tempatan. Tak kisahlah... team Malaysia bukannya power pun.
Aku adalah penyokong liga tempatan baik Liga Super mahupun Liga Perdana. Untuk lebih fokus, aku adalah die hard fan pasukan Perak! Aku bukan jadi penyokong Perak sejak diorang dah kuat, tapi sejak era Perak menjadi pasukan belasahan pada awal 80-an dulu.
Aku pun sokong jugak EPL, Liverpool adalah team favourite aku sejak zaman Kevin Keegan, Kenny Dalglish, Ian Rush, Craig Johnston, John Barnes, Ronnie Whelan, Bruce Grobblear (betui ke ejaan ni?), Michael Owen sehinggalah kepada Steven Gerrard.
Ramai jugak yang pandang semacam bila aku support liga tempatan. Diorang cakap buat apa la aku penat-penat pegi stadium, buang duit beli jersi semua tulah! Aku pun tak tau kenapa? Pedulik apa aku. Aku enjoy apa jadi penyokong Perak dan pegi stadium!
Diorang tu konon-kononnya dahsyat la kalau support EPL. Ada yang mengaku die hard Chelsea, Arsenal, Liverpool, Spurs dan MU. MU la yang paling ramai sebab team tu glamour dan kuat kan. Sebenarnya ramai yang terikut dengan sindrom bandwagon tu!!
Tapi, kelakar jugak geng die hard fan tu bila ditanya negara asal pemain seperti Didier Drogba, Xabi Alonso, Fernando Morientes atau Jerzy Dudek, ramai yang tak tahu! Malah, ada yang ingat David Beckham still main dengan MU! Huh! Lantak koranglah!