NAK
quit smoking? Entah le, aku rasa sejak 1995 lagi aku dah
try nak buat! Tapi sampai hari ni pi mai pi mai tang tu jugak! Kadang-kadang niat yang baik ni dah jadi macam bahan lawak terutama di kalangan teman-teman ‘serokokan’. Kalau cakap nak berhenti, diorang mesti bantai ketawa!
“Sudah la. Lepas ni karang lu mesti hisap balik punya…” gitu la lebih kurang kata-kata ‘semangat’ tu. Dan, selalunya aku memang semangat balik nak merokok!
Ramadan tahun lepas, aku dah
try. Hmmm… okay la jugak. Tak salah sepanjang bulan pose tu aku hisap rokok tak sampai pun 10 BATANG. Peh! Tu satu
achievement tu bagi seorang perokok yang kira tegar le jugak. Tapi, hari raya ketiga aku kantoi balik! Bahana melepak dengan geng-geng ‘serokokan’, Marlboro Lights kotak besar aku beli balik! Arghhhh!!
Paling
best aku pernah buat
assignment pasal bahaya merokok. Pegi la
interview sorang doktor ni dan dia pulak sah-sah la anti-rokok! Sekali tengok je dia dah tau aku ni memang
smoker. Heheh… tak pasal-pasal dia sekolahkan aku! Lepas tu artikel aku tu keluar kat
paper sikit punya
best ke… Siap
listkan apa kandungan berbahaya dalam rokok dan kesan-kesan buruk kalau merokok… Erghhhh…
As usual, Bajet baru-baru ni harga rokok naik lagi. Rokok kotak besar dari RM6.50 dan naik RM7. Hmmm… ada la dua hari geng-geng ‘serokokan’ mengeluh. Lepas tu… heheh…
back to normal!
Kadang-kadang kalau fikir pasal
price rokok baru ni, rasa tak mahal pulak. Aku tak tau kenapa, aku rasa macam lebih berat nak keluarkan RM6.50 berbanding RM7? Tak tau la, agaknya kita akan rasa mahal kalau ada
extra lima posen tu… Errr… korang tak tau la, kot aku sorang je yang rasa camtu.
Bila aku nak berhenti merokok? Orang rumah dah berbuih mulut suruh quit sejak dari zaman bercinta lagi! Hmmm… Rasanya bila harga rokok naik RM10 sekotak kot?
Alamak! Rokok dah abis la pulak! Gi beli la kejap… He..he..heh! Adeh!! (kena cubit dengan bini…)
6 comments:
"TAK NAK!!"Bukan tak nak berhenti.tapi tak nak merokok.Tapi kan..susahnye nak dapat lelaki yg tak merokok.Satu dlm seribu.Gua tak kisah if the man merokok ke tak..cuma gigi dia jgn mcm model iklan "TAK NAK" tu..dah le.hehe..
Rasanya if rokok tu dijual dgn harga RM15 sekotak baru la ramai yg berhenti merokok.
Ada cara nak rasa nyesal bila merokok..Cuba ambik duit rm10 dan bakar mcm tu je.Mesti rasa rugi tu lebih terasa..feel lagi dalam dpd beli rokok n hisap.Padahal sama je sebenarnya..bakar rokok=bakar duit.
Rokok:Anda bagi duit,dia bagi kanser.
Ape ke heynye?
Apa ke jadahnya?
Tak best la mcm ni..bunuh diri cara senyap tu.dan bunuh org lain gak.Kenapa tak merokok dgn kotak kat kepala?Asap tak kuar n disedut org lain.Perokok sedut,hembus dan sedut balik coz asap tu berputar2 kat dlm kotak tu je..Try la..mesti lagi feel..dan tak rugi duit..sbb sendiri hisap,sendiri sedut balik..
Sekian.Saya akhiri debat hujah dgn "Mengapa org bunuh org?Sungguh jahat org itu."
laki aku pun 6 x 666 jugak! naik malas dah aku nak ckp mender sama kat laki aku... dia tetap buat bodoh gak! samalah macam dia suruh aku berenti minum coke... aku buat bodoh gak! he he...
tapi... harga air coke setin kat ofis aku cuma 50sen je... mana bleh samakan dgn harga sekotak rokok, kan? sungguh tak relevan!
tapi... aku handle akaun rokok marlboro dan L&M kat ofis aku. kalau rokok tak laku, ofis aku tak masyuk income, tak bergajilah aku jawabnya...
so, nak buat caner?
lantakkan je lah... he he...
Salam Yat...
Elok ler tak berenti merokok..karang siapa nak bayar cukai kerajaan yang melambak2 tuh..hahaahha..Tapi aku paling bengang kalau member yang dah berenti beli rokok tapi tak berenti hisap...ini lagi macam sial...keh keh keh...aku dah terkena dah....
To YB...
Ajenye beno yob! Kalu berenti rokok tu berenti ngisap sekali tak ngape, ini berenti meli je. Bile nak ngisap je mula le pau kengkawan! Ngancukkkk betui!! Aku pun ade terkene juge! Ceh!
Ate, teman pun penin bile mikiokan pasey nak berenti rokok ni. Hieee... entoh le yob!
Ate kamu mane hilangnye? Lame tak nampok batang idung. Bizi le gamoknye ye? Takpe le, ghoje le kuat2.
Ooo.. congratulations! Mike dpt anok baghu ye. Alhamdulillah... rejeki tu.
Su...
Better cari bf yg tak merokok. Senang idup! Heheh
aku bernasib baik dapat ayah x perokok.walaupun aku berjinak2 ngan rokok ni stat dari tingkatan 5, tapi aku still boleh kawal kegiatan merokok aku. aku x berapa heran ngan rokok ni. isap pun boleh, x isap pun boleh. kena plak harga rokok dah naik, langsung x penah nak beli lagi. stakat pow rokok member je jika di hulur.
Post a Comment