Saturday, December 17, 2005

PULAU TEMASIK

HEHEH… Awal bulan hari tu lepas jugak aku ke Singapore. Heheh… korang jangan le gelak, sebenonya itu le first time aku sampai Singapore! Selama ni takat JB je… Heheh. Itu pun sebab aku kena pegi assignment kat sana. Kalau nak pegi sendiri entah bila la gamaknya.

Aku ingat pegi naik flight, tapi rupa-rupanya naik bas je. Sehari je pulak tu! Pegi pagi Jumaat, petang Sabtu dah balik KL. Peh!! Penat je jugak. Tapi lantak le, janji aku dapat pegi Singapore… heheh…

Kat sana aku kena buat story pasal shopping complex Cathay Cineleisure Orchard kat Grange Road (sebelah Orchard Road tempat shopping yang glamour tu). Menarik jugak, itu kira shopping complex berkonsepkan hiburan dengan target pengunjung di kalangan remaja berumur 15 hingga 25 tahun. Selain cineplex, restoran, tempat lepak dan kedai gajet-gajet komputer, paling happening kat situ ialah E2Max – port game online, playstaion, Xbox paling besar kat Singapore!! (bulan Jun tahun depan E2Max akan dibuka kat Cineleisure Damansara, Mutiara Damansara – So, check it out!)

E2Max tu memang happening la. Siap ada area khas untuk pompuan ( banyak game yang simple-simple dan feminin je la) dan paling best ada bilik private untuk main game (macam bilik karaoke tu!).

Tapi aku ni bangsa tak layan sangat game-game semua tu. So, takde la teruja sangat! Heheh…

Sebab masa agak suntuk, aku cuma sempat merayau kat area Orchard Road je. Hmmm… memang la orang cakap itu shopping paradise, tapi aku rasa barang-barang kat situ kebanyakannya mahal nak mampus!

Orang cakap kat Singapore shopping best kat Bugis Street, tapi aku tak tau kat mana dan takde sapa nak bawak aku…heheh. Aku jugak terlepas nak tengok pameran Star Wars kat Singapore Science Centre, Jurong. Lagipun aku takde duit, aku cuma bawak $68 Sing Dollar je! Wakakakakakakaka!!


Orchard Road



Cathay Cineleisure Orchard kat Grange Road - sebelah Orchard Road


Shopping complex ni ada sembilan tingkat. Beso le jugak!


Ni kat depan E2Max tu. Sapa yang bangsa gila kat games online, playstation, Xbox dan tah hapa kebenda lagi elok sangat la pegi sini. Boleh main sampai subuh pasal tempat ni bukak 24 jam masa weekend!!


Spiderman beso kat sebelah panggung Cathay Cineplex.

4 comments:

N a d i a said...

nape tak bwk balik spidey beso tu? bleh taruk kat dinding mana2 kat rumah kite...hehehe..

Bukan Sepet said...

singapore! hahaha!

aku ni cakap ko.. 5 tahun kat skudai tu. Haram ke singapore! nama aja dekat.. keh keh.

lawaknya, timur tengah aku sampai dah.

tempat mat salleh aku sampai dah.

singapore tak pernah pergi.

serupa gak langkawi tiba dah.
pulau redang sampai dah.
tioman ehhh... pernah gak.
pulau besar melaka - haram!

hahaha!

Anonymous said...

weyyy... kamu bior bebeno, Orchard Road tu kat tempat aku duduk nun, Jalan Kebun....ekekeke!!

Ate, takde sevinier daghi Singapo ke?? Bawak le pinang sebijik ke jadi le. Apa raaa.....

siti rosman said...

bugis tu rasa teman le tak rugi if tak pi. 2/3 years ago byk gak exotic stuff. last nov teman kena gi sana, cam byk brg ptlg street kita je! jam, t-shirt, bags, sports shoes.. cuma what we get for RM10 (eg watches), they charge SGD5.. food pun dah tak best, cam byk yg tak halal je, dulu ada gak peddlar melayu