Tuesday, September 27, 2005

CINTA & MANDI BUNGA


ALAMAK! Jiwang pulak heading kali ni! Errr... ni bukan coretan aku, tapi kawan baik aku... Mizmaleya namanya - orang JB dan 'sekarier' dengan aku. Selain kawan baik, dia jugak dah macam adik aku (sebab dia jauh lebih muda daripada aku).

Aku suka tulisan dia. Dan, dia jugak peminat tulisan aku dan antara orang yang paling kerap kritik dan puji story-story aku yang keluar kat paper, walaupun kitorang sebenarnya bekerja di organisasi akhbar berbeza dan bersaing sesama sendiri! Heheh...


CINTA & MANDI BUNGA
Oleh MIZMALEYA

Kami naik tren di Danga Bay petang itu- Ng, J dan saya. Sebenarnya, hanya saya yang sangat teruja untuk pusing-pusing naik tren RM2, yang selalunya penuh dengan cowok dan cewek Indon yang berpasang-pasangan datang memadu kasih di Selat Tebrau ini.

Seorang teman lelaki paling rapat dengan saya- Jas, malu-malu kucing saat kami bertiga yang sudah boleh dikategorikan sebagai mak orang ini memekik, melambai ke arah dia yang berselindung di sebalik beca.

"Korang ni memang buat kerja gila", luahnya sebaik tren yang sudah berpusing-pusing di tapak 'peranginan' paling grand bagi anak-anak berumur tiga empat tahun ini berhenti.

Kemudian, kami berempat melepak di Beach Club (tapi tak macam Beach Club di KL), pesan minuman dan layan perasaan sambil mata menancap kepada mentari yang perlahan berlabuh di ufuk Timur. Biasan cahaya perang emas tampak cantik, mengusaikan sedikit gejolak di jiwa.

Lama di situ, walau hanya memesan mineral, kami tidak pula dihalau. Tetapi selepas Jas pulang, kami bertiga menghalau diri sendiri kerana perut sudah bermain lagu dangdut, lapar, perlu diisi segera.

Warung Saga, masih berdiri utuh di situ, di kawasan perkuburan paling top di Johor, Mahmoodiah. Dan warung ini yang penuh dengan gambar-gambar nostalgia zaman P.Ramlee sehingga kerabat Diraja Malaysia serta pemimpin hebat Tanah Melayu menjadi medan diskusi sebenar jiwa kacau saya.

"Aku ingat kau kena mandi bunga!", selamba J memberi cadangan. Dan Ng yang memesan mee hailam tanpa 'binatang' (dia seorang vegetarian) mengangguk setuju sebelum berkata: "Ha ah, aku rasa kau memang kena mandi bunga."

Saya ketawa kuat. Bagaimana dua anak darah kacukan, Ng dengan darah Australia dan J pula darah Arab melahirkan idea kolot begitu. Hello? Ini bukan zaman Kanchan Kirana atau Bawang Merah Bawang Putih okay! Ini zaman millennium, zaman serba canggih. Mana bisa mandi bunga menjadi sangat relevan lagi.

Dulu, saya pun ketawa bila orang tua-tua selalu kata "anak, awak kena mandi bunga. Untuk dapat jodoh, untuk elak petaka dan entah macam-macam lagi". Tak sangka, hari itu, 10 September 2005, dua rakan paling setia ini melahirkan idea gila yang saya kira sangat kuno itu.

Alasannya? Tentu sahaja kerana cinta. Oh, cinta, sehingga mampu membuat dua manusia di hadapan saya menyarankan saya mandi bunga. Saya tanya mereka,

"Kau tahu ke mana nak pergi mandi bunga? Bunga apa? Berapa lama?"

Tapi mereka menggeleng, berkata tak tahu dan hanya mencadangkan kerana kasihan melihat
jiwa saya yang merana.

Ada air mata bergenang di kolam mata saya. Dan Ng serta Pah, juga begitu. Kata mereka kasihan melihat saya merana. Prihatin sungguh mereka. Ya, kerana cinta, saya pun tak faham mengapa prahana ini mengelodak jiwa sejak setahun lalu.

Saya sendiri kacau bilau dengan perasaan sendiri. Kenapa dan mengapa, cinta yang satu ini sangat sukar diusir pergi. Berbalik kepada kes mandi bunga yang Ng dan J sarankan tadi, sebenarnya ia terkeluar kerana saya memberitahu perkara ini.

"Dia selalu datang dalam mimpi aku. Dan takkan lah setiap kali aku fikir nak cari lelaki lain, dia datang? Dah setahun, takkan dia tak jemu-jemu datang dalam mimpi aku. Korang fikir sebab aku terlalu ikut perasaan dan cinta mati pada dia atau pun aku sudah gila?" soal saya pada mereka yang saya kenal sejak 11 tahun lalu ini.

Dan kerana soalan seperenggan itu membuatkan mereka memberi satu cadangan taboo itu. Mandi bunga... Saya ketawa dan ketawa. Bunga apa? Saya ada dengar mandi bunga itu adalah campuran tujuh jenis bunga, yang indah-indah dan wangi-wangi. Tapi tujuannnya saya tidak tahu, sehingga Ng dan J sarankan benda yang saya pasti mereka sendiri tidak berapa mengerti tujuan dan asal usulnya itu.

Seminggu selepas pulang ke Kuala Lumpur, di pejabat satu malam, sebelum saya menikmati makan malam bersama teman sepejabat, seorang rakan bertanya.

"Kenapa dik (adik, sebab saya antara yang paling muda di kalangan rakan pejabat). Sakit ke?". Saya jawab: "Tidak." Dan sambung semula: "Jiwa kacau." Kemudian bertanya lagi: "Abang, abang percaya tak zaman sekarang masyarakat kita masih percaya amalan lama seperti mandi bunga."

Dia membulatkan mata, bercekak pinggang dan tanya saya: "Apa dik? Mandi bunga?". Dia ketawa dan geleng kepala selepas itu. Kenapa? Kelakar ke pertanyaan saya sehingga dia ketawa pasal ayat mandi bunga.

Entah, saya pun bingung. Mandi bunga. Idea gila itu buat saya tak tidur malam. Akhirnya saya fikir, jalan terbaik ialah sembahyang, dekatkan diri pada Tuhan.

Bukan pergi mandi bunga bawah jambatan untuk buang sial atau naik seri muka dan segala bagai lagi.

Dan cinta saya? Ya, masih berbekam di situ. Lukanya bukan sahaja sudah koyak, tapi rabak sehingga saya tidak nampak ada satu ruang pun yang boleh dicantum.

Cariknya terlalu dalam, sakitnya bukan kepalang. Tapi sorry girls, untuk mandi bunga seperti yang disarankan, tidak akan terjadi dalam hidup saya. Biar hanya waktu yang mengisi kekosongan hati saya, biar 1,000 tahun pun. Dan saya doa pada Tuhan, jika dia bukan jodoh saya, cepat temukan saya dengan jodoh lain, begitu juga dia.

Seperti kata penyanyi senior Indonesia, Dewi Yull yang saya temui baru-baru ini: "Hidup kadang-kadang biar patah dahulu, kemudian tumbuh baru yang lebih cantik." Ya, semoga kata-kata itu benar belaka dan berpihak kepada saya.

Monday, September 19, 2005

ARA PAYUNG Jr.






HEHEH... Sedar tak sedar, dah besor anak aku ni hah! Dah setahun tujuh bulan! Macam tak percaya pun ada! Rasanya baru semalam aku tengok satu baby kecik (dia lahir berat 2.39 kg je...) yang aku ingatkan bungkusan kain hijau yang baru digunakan dalam bilik bedah! Laaa... rupa-rupanya baby aku ada kat dalam tu! Tu la... kecik sangat!

Hmm... Itu dulu. Sekarang ni dah macam-macam dia terer! Mulut pok pek pok pek pok pek! Pening kepala aku! Tu belum kira kebrutalan dia lagi! Kadang-kadang rumah tak boleh nak kemas sebab kejap je dah berterabur balik!

Tapi, aku syok. Hilang tensen keje kat opis kalau tengok muka dia. Heheh...

Errr... sapa-sapa yang tak kahwin lagi, kahwin le cepat! Lepas tu, cepat-cepat le dapat anak! Best woooo!!

Tuesday, September 13, 2005

SILVER STATE RULES!

Lepas game Perak vs Selangor, Stadium Shah Alam - 24 Ogos 2005
Pic By : Pak Raman Y4E


PERAK 2005
Berdiri L-R : V Thirumugan, Abdoulaye Troare, K Nanthakumar, Ahmad Azlan & Keita Mandjou
Duduk L - R : Ahmad Shahrul Azhar (capt), Shahrulnizam Mustapha, Hamsani Ahmad, Wirat Nom, Chan Wing Hoong & Frank Seator
Pic By : Shah Y4E



PERAK 2005
Berdiri L - R : Marian Juhas, V Thirumugan, Abdoulaye Troare, K Nanthakumar, Harizul Izuan & Keita Mandjou
Duduk L - R : Ahmad Shahrul Azhar (capt), Hamsani Ahmad, Chan Wing Hoong, Wirat Nom & Shahrulnizam Mustapha
Pic By : Pak Raman Y4E
ENGLISH Premiere League (EPL) memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Inilah liga bola sepak yang diagung-agungkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Tapi ramai yang memandang sepi liga tempatan. Tak kisahlah... team Malaysia bukannya power pun.
Aku adalah penyokong liga tempatan baik Liga Super mahupun Liga Perdana. Untuk lebih fokus, aku adalah die hard fan pasukan Perak! Aku bukan jadi penyokong Perak sejak diorang dah kuat, tapi sejak era Perak menjadi pasukan belasahan pada awal 80-an dulu.
Aku pun sokong jugak EPL, Liverpool adalah team favourite aku sejak zaman Kevin Keegan, Kenny Dalglish, Ian Rush, Craig Johnston, John Barnes, Ronnie Whelan, Bruce Grobblear (betui ke ejaan ni?), Michael Owen sehinggalah kepada Steven Gerrard.
Ramai jugak yang pandang semacam bila aku support liga tempatan. Diorang cakap buat apa la aku penat-penat pegi stadium, buang duit beli jersi semua tulah! Aku pun tak tau kenapa? Pedulik apa aku. Aku enjoy apa jadi penyokong Perak dan pegi stadium!
Diorang tu konon-kononnya dahsyat la kalau support EPL. Ada yang mengaku die hard Chelsea, Arsenal, Liverpool, Spurs dan MU. MU la yang paling ramai sebab team tu glamour dan kuat kan. Sebenarnya ramai yang terikut dengan sindrom bandwagon tu!!
Tapi, kelakar jugak geng die hard fan tu bila ditanya negara asal pemain seperti Didier Drogba, Xabi Alonso, Fernando Morientes atau Jerzy Dudek, ramai yang tak tahu! Malah, ada yang ingat David Beckham still main dengan MU! Huh! Lantak koranglah!

Monday, September 12, 2005

'KIDALISME'?



PELIK ke jadi orang kidal? Aku patut bertanya pasal aku dilahirkan sebagai orang kidal.

“Eay, eay! Dia tulis pakai tangan kiri la!”

“Haip! Orang bagi barang tu apasal ambik dengan tangan kiri?”

“Eeiiiii! Apasal dia makan pakai tangan kiri?”

Hmmm… Ayat-ayat di atas ni memang aku dah lali sejak kecik. Aku rasa korang yang ‘sekidal’ dengan aku pun alami perkara yang sama jugak, kan? Wahai sahabat ‘sekidal’ sekalian, korang tak rasa ke ada diskriminasi terhadap orang kidal ni?

Seluruh masyarakat seolah-olah sudah sebati dengan tanggapan bahawa kanan lebih baik daripada kiri. Kiri lebih dikaitkan dengan perkara yang tidak mengikuti kepercayaan konvensional. Semua ini berpunca daripada tanggapan tradisi bahawa kiri menggambarkan penentangan, kelemahan dan kesalahan.

Kalau tidak, kenapa ada parti berhaluan kiri? Dalam organisasi pula, ada jawatan dipanggil Pegawai Kanan, Eksekutif Kanan… tapi ada ke Eksekutif Kiri? Pelik pulak bunyinya.
Hampir seluruh masyarakat memang prejudis terhadap penggunaan tangan kiri. Lihat saja reaksi orang apabila anda memberikan sesuatu kepadanya dengan tangan kiri. Manakala amalan makan dengan tangan kiri memang ditolak bulat-bulat oleh semua kaum!

Paling menyakitkan hati bila ada yang memandang rendah dengan berkata begini :

“Eeeee… kau ni guna tangan t**k la!” Semua orang sedia maklum kita membasuh selepas melepaskan hajat menggunakan tangan kiri. Hmmm… apa nak buat.

Sebenarnya tak ramai yang peduli dengan dilema orang kidal yang terpaksa berdepan kehidupan harian yang didominasi oleh masyarakat majoriti yang menggunakan tangan kanan. Barang-barang kebanyakan dicipta untuk golongan tangan kanan.

Paling ketara sekali gitar. Kalau korang ni kidal, memang payah sangat nak belajar gitar sebab gitar memang dicipta khusus untuk orang bertangan kanan. Kalau nak main jugak, kena la guna kord terbalik macamana yg dibuat oleh Man Kidal, Joe Wings, Kurt Kobain dan Jimi Hendrix.

Aku ni memang kidal 100 peratus. Baik tangan mahu pun kaki! Aku akan baling, tumbuk, pukul, cubit, makan (kalau guna sudu), tulis, lukis menggunakan tangan kidal. Begitu jugak kalau nak menyepak atau menendang! Semuanya kidal! Tapi ada jugak orang yang hanya menggunakan tangan kidal semasa menulis saja, tetapi menggunakan tangan kanan jika melakukan perkara lain. Hah! Ni bukan pure kidal…

Paling problem kalau jadi tekong masa main takraw! Kebiasaannya balingan akan dibuat oleh killer (apit kanan), tetapi tekong kidal tukang balingnya adalah feeder (apit kiri). Selalunya diorang mesti lupa, mesti si killer jugak yang nak baling kat aku!! Confuse betul diorang!!

Apapun aku bangga dilahirkan sebagai kidal, walaupun kadang-kadang terasa macam orang cacat je. Ye lah, kadang-kadang kita mudah mendapat perhatian. Selalu sangat kalau orang pertama kali tengok aku menulis, mesti kata “Waa… You ni lefthanded ye?” Hmm.. macam pelik sangat.

Selalu jugak aku dengar orang cakap orang kidal ni lebih kreatif. Tulisan mereka selalunya lebih cantik. Malah orang kidal dikatakan lebih cerdik dan jugak mati cepat! Hmm… tak taulah. Ada betul dan tak betulnya. Paling tepat ia mungkin secara kebetulan.

Menurut saintis, apabila otak kiri dominan, ia akan mengawal fungsi badan sebelah kanan. Akibatnya anggota sebelah kanan lebih berkembang dan aktif. Pada mereka yang kidal, perkara sebaliknya berlaku. Otak kanan yang mengaktifkan setiap anggota sebelah kiri. Itu saja!

Oh ya… ramai jugak orang terkenal di dunia ni kidal ye? Antaranya Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Michaelangelo, Presiden Cuba Fidel Castro, Kurt Cobain, Phil Collins dan Jimi Hendrix. Hmm… kat Malaysia kita ada Man Kidal, Joe Wings… heheh.

PALING AKU BANGGA SEBAB MAK AKU PUN KIDAL JUGAK! I LUV U MAK…


-Maklumat tambahan daripada akhbar Mingguan Malaysia & majalah Mastika -

Thursday, September 08, 2005

AN EVENING IN ZOO NEGARA... HEHEH!

PEGI zoo? Entah kenapa orang KL ni skeptikal sangat kalau kita cakap nak pegi zoo di era millennium dan glokal ni. Kononnya zoo tempat tak happening dan kekampungan. Hmm... entah le, tapi aku suka pegi zoo!

So, masa weekend terakhir cuti sekolah hari tu aku bawak le orang rumah ngan anak dara aku pegi tempat binatang yang terletak betul-betul kat sebelah Kompleks Finas dan Kampung Kemensah, Hulu Klang tu. Walaupun ramai yang rasa kelakar bila cakap nak pegi zoo, tapi aku tengok zoo penuh sesak jugak. Jenuh jugak le nak cari parking.

Orang rumah aku cakap dia last pegi zoo masa dia Form 5 (sekarang umur dia dah 28 tahun). Aku dah pegi last year sebab buat story untuk Zoo Malam. Pada aku zoo malam lagi best sebab binatang lebih aktif waktu malam. So, macam-macam aktiviti kita boleh tengok!

Kitorang tak naik tren pun kat dalam tu, jalan kaki je. Anak aku cukup suka dengan burung Flamengo yang dipanggilnya 'Kakai' (apa benda aku pun tak tau le), harimau (dia bunyikan meow meow sebab ingatkan kucing), unta dan cimpanzee. Dia sikit pun tak takut! Ada sorang budak kecik tu aku tengok meraung-raung bila bapaknya nak bawak dekat pada unta. Anak aku cool je... "Kakai, kakai," tu je la yang disebutnya.

Sebenarnya kitorang tak sempat round habis pasal hari nak hujan. So, terpaksa balik cepat takut kain yang dijemur tak sempat angkat! Heh heh heh...

Apapun pada aku Zoo Negara tetap ada kelebihannya. Mungkin ada sesetengah binatang tu kurus, poyo dan cam hampeh je, tapi sekurang-kurangnya aku terhibur dengan melihat binatang.

Aku suka tengok hippo... tapi tak sempat lak! Masa cover untuk zoo malam dulu sempat la bagi hippo tu makan ubi keledek. Mak datuk! Punya la besor dia nganga!!

Layan la gambar kat bawah ni...


Binatang favourite aku. Nampak ganas, brutal dan seperti tak berperikebinatangan! (Betul ke?). Err... badak sumbu ni nenek moyang dia bukan dinosaur Triceratops tu ke?



SAVANA WALK... Cantik scenery ni. Macam betul-betul kat Afrika je. Macam tak caya kat sebelah pagar tu ialah Kampung Kemensah, Hulu Klang dan ada banyak rumah orang! Heheh...



Kelakar Orang Utan ni! Aku ambik gambar dibantainya tutup muka! Muka poyo je siap kunyah plastik. Hissh! Sapa la yang humban plastik kat dalam kandang dia tu...



Ni antara dua daripada tiga ekor gajah kat zoo tu. Aku tak sure yang mana satu nama Siti (apa la relevannya diorang taruh nama ni?), tapi diorang memang lahir kat zoo ni. Mamat India yang kat belakang tu trainer gajah tu. Dah lebih 30 tahun beb buat kerja ni! Dia panggil gajah tu macam panggil kucing je. Suruh makan diorang makan, suruh mandi diorang mandi, suruh duduk diorang duduk.

Monday, September 05, 2005

BUBUH JE

HMMM... AKU SEBENARNYA TAK TAU NAK TULIS APA KAT BLOG AKU NI. TENGOK BLOG ORANG LAIN, PEH! DIORANG TULIS SEMUA GEMPAK-GEMPAK! AKU INGAT NAK BUAT BLOG AKU NI JADI CAPTION STORY JE LA. HEHEH...

Hah! Hah! Hah! As usual la kan. Orang semua ambik gambar KLCC, aku pun tumpang sekaki la! Kata orang, tak lengkap duduk di KL kalau tak ambik gambar kat KLCC atau ambik gambar KLCC tu. Betul ke? Dulu kalau tak pegi zoo ke, muzium ke... tak sah kan? Zaman berubah...



Ni orang rumah aku, heheh. Dia suka sangat gambar ni. Cantik dan classy katanya. Aku tak tau la kan, dia yang kata, bukan aku. Hnsh! Hnsh! Hnsh! Gambar ni ada kat dalam blog dia. Cari la!



Ekekekeke... Ni la 'anak dara' aku! Ish! Ish! Ish! Comotnya! Dia ni die hard fan coklat la! Tu yang jadik macam tu bila aku dengan rela hati membenarkan dia melanyak coklat simpanan kami! Mata terbeliak tu sebab terkejut tengok flash kamera. Kekekeke...



Ni gambar sculpture karya Raja Shahriman tak salah aku. Aku ambik kat Balai Seni Lukis Negara. Best... nampak brutal, ganas... tapi kreatif.

THE BEGINNING…


“Menulis itu resah yang bahagia, duka yang indah”

ITU kata-kata aku petik daripada Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said - antara penulis yang paling aku hormati. Aku kini berkerjaya sebagai wartawan di sebuah akhbar harian tempatan. Kerjaya yang tak termasuk langsung dalam senarai semasa aku bersekolah dulu.

Aku sebenarnya bercita-cita nak jadi kartunis sebab syok sangat apabila membaca majalah Gila-Gila dan Gelihati sekitar lewat 80-an hingga pertengahan 90-an. Lagipun aku ada talent yang Allah swt kurniakan. Aku terpengaruh betul dengan kartunis tempatan seperti Datuk Lat, Ujang, Gayour, Scorpyan, Adeputra, Nen dan Yo.

Sewaktu zaman sekolah, aku memang aktif melukis kartun. Kerap juga ia tersiar di Gila-Gila dan Gelihati. Dapatlah sedikit saguhati dan yang paling penting ialah rasa bangga apabila karya itu disiarkan. Itu buat aku jadi makin bersemangat.

Semangat itu juga memberanikan aku turun ke pejabat Gila-Gila di Kuala Lumpur. Aku berjumpa dengan arwah Rejabhad (Pak Jab) dan dia banyak bagi galakan pada aku. Tak kurang juga kartunis lain di Gila-Gila seperti Kid dan Nuds. Aku juga pernah menjaja karya ke majalah Ujang, tapi Gayour gelakkan lukisan aku! Ceh! Takpe, itu cabaran namanya. Malah, Ujang sendiri tak mahu berjumpa dengan aku dengan alasan sibuk. Heh.. heh.. takpe, aku faham.

Minat untuk menulis memang ada, tapi bakat itu tak dikembangkan sebenarnya. Cahaya dalam bidang penulisan aku temui semasa bekerja sebagai wartawan muzik di majalah ROTTW – di situlah aku mengasah bakat dan mengembangkan minat dalam bidang penulisan. Hmm… thanks abang Rom!

Tak kisahlah kini aku bukan kartunis sepenuh masa. Tapi sekurang-kurangnya aku masih dalam bidang seni dan kreatif. Menulis juga adalah seni walaupun menghasilkan rencana untuk akhbar.

Jadi kartunis boleh, tapi buat part-time je. Yang penting habis sekolah dan sambung belajar lagi,” itu pesan arwah abah yang aku turuti. Dan, nampaknya abah memang betul…