Thursday, December 17, 2009

SATELIT PUAKA

Aaa... aaa... aaa...
Gantung sampai mati
Puaka semalam lu
Itu saja jawapannya
Atau dilontarkan

Mana nak kulontarkan
Puaka durjana ini
Gantungkan di langit pertama
Bagaikan satelit

Satelit puaka
Lu patut diibaratkan
Tergantung di angkasa
Bersaksikan dosa

Satelit puaka lu diibaratkan
Lu saksikanlah lu punya dosa
Lu renung ke bumi sedar diri sendiri
Ku taburi pasir batu di rongga
Apakah salah dosa
Adakah terlalu berkuasa
Terlalok lupa
Lu terlupa

Lu taburi janji temberang
Janji hancing dan kotor
Adakah terlalu berkuasa terlalok lupa
Lu terlupa

INI lirik lagu 'Satelit Puaka' nyanyian Wings yang ditulis Nasir Jani dan dicipta Joe. Lagu ini dipetik dari album keempat Wings, 'Bazooka Penaka' yang dipasarkan pada 1993.

Walaupun tak pernah diberitahu Joe, Awie, Eddie, Jojet dan jugak Nasir Jani, tapi mengikut pemahaman, pengalaman dan kepercayaan aku, aku yakin lagu ini ditujukan khas buat RTM.

Lewat tahun 80-an dan awal 90-an, walaupun musim gemilang bagi scene rock di Malaysia, tapi ia sebenarnya juga menuju ke arah kemalapan. Ini semua gara-gara Kementerian Penerangan yang dikepalai Tok Mat ketika itu, menerusi RTM mengharamkan band-band rock atau artis lelaki berambut panjang (lebih kepada artis rock sebenarnya) keluar di kaca TV, lagu tidak boleh dimainkan di radio dan paling malang, mereka juga tidak dibenarkan mengadakan konsert.

M Nasir pernah berkata peraturan itu adalah peraturan gila!

Sebaik kerajaan menguatkuasakan peraturan itu, maka semua band rock terpaksa menurut kehendak mereka dengan memotong rambut sehingga paras pahu. Tidak cukup dengan paras bahu, disuruh pula potong sehingga paras telinga pula! Dalam banyak-banyak band itu, Wings dan Search serta Ramli Sarip dilihat agak 'keras kepala' dan enggan menurut perintah.

Bagaimanapun, selepas tekanan demi tekanan, kedua-dua band gergasi tempatan itu akhirnya akur. Paling menarik, RTM mengadakan live telecast khas dengan mempertontonkan adegan Tok Mat memotong rambut Amy dan Awie - simbolik mereka akur dengan perintah dan kehendak RTM. Sebagai balasannya, Wings dan Search yang sebelum itu digam RTM akan dibebaskan.

Waktu itu, hanya RTM saja yang memiliki stesen radio, jadi rasanya suka hati merekalah nak gam mana-mana lagu artis yang tidak sesuai kerana waktu itu tidak ada saingan.

Bagaimanapun, janji RTM hanya tinggal janji kerana selepas mereka akur pada perintah, Wings dan Search masih tidak dibebaskan.

Hasilnya, lahirlah lagu di atas. Dan, aku rasa bukan setakat lagu Satelit Puaka ditujukan khas buat RTM, tetapi keseluruhan album 'Bazooka Penaka'.

Sekarang RTM tidak lagi menjalankan aktiviti menggam artis rock. Kalau ada pun, aku tak pasti. Mungkin sebab dah banyak saingan dengan radio dan tv swasta.

...TAPI ada satu lagi yang boleh jugak kita ibaratkan seperti Satelit Puaka.

ASTRO...terutama menerusi saluran Astro Ceria nya yang sucks gila babi!

Sunday, December 13, 2009

NOSTALGIA CENDOL

Pic pinjam from vkeong.com


LEPAS hujan tak henti-henti sampai banjir di beberapa daerah kat Kedah sebelum ni, sekarang negeri Jelapang Padi ni dah mula panas terik, membakar, menggigit dan membahang! Orang Kedah panggil 'angin timoq'. Tu dia...

Dan, bila time panas-panas macam ni, kalau pekena cendol memang best. Bayangkan menghirup cendol di bawah pohon ketapang sambil dihembus angin dari tepi sawah. Ishhh...

Satu hari di tengah panas yang menggigit selepas selesai satu tugasan di Jerlun, seorang teman yang tanah tumpah darahnya di Alor Star mencadangkan aku supaya makan..err..minum... cendol.

"Hmm...idea cantik tu. Apa lagi, jom le. Tapi kat mana," kata aku, dan teman itu membalas...

"Ha! Kat Aloq Stag ni kalau nak pekena cendoi baek punya, kita pi kat Jalan Gangsa. Situ dia punya cendoi memang kaw!!" katanya penuh confident.

Dalam beberapa minit, kami tiba di gerai yang dimaksudkan. Stall cendol biasa, tepi jalan dan err...tak la bersih sangat. Belasah je lah!!

Selepas order tak sampai 10 minit, dua mangkuk cendol dihantar di meja kami dan, aku terus frust!

Pasal apa? Pasal cendol dia taruh ketul ais, bukannya ais yang dimesin atau disagat. Tak sedap langsung! Hmm...seingat aku, aku tak pernah lagi tengok cendol diminum dengan ketul ais. Selalunya aku minum cendol dengan ais yang dimesin, macam ais kepal tu.

Potong betul!

Terus aku flashback hampir 20 tahun lalu. Aku teringat dengan gerai cendol yang selalu aku lepak di Batu Gajah, Perak, masa zaman sekolah dulu.

Gerai (kereta tolak sebenarnya) milik uncle India yang tua itu lokasinya di Taman Permainan Kanak-Kanak, Changkat, tak jauh dari pekan Batu Gajah. Selalunya kat taman tu la bebudak baru cuba-cuba nak dating atau paling bodoh pulak lepak-lepak je.

Apa yang aku ingat cendol dia memang best giler. Bila hirup, campuran santan dan gula merah yang mengalir laju dalam tekak tu cukup nyaman! Sedap giler! Dan..err...dia tak pakai ketul ais, ok!

Sekarang gerai tu dak takde, atau dah pindah tempat lain aku tak tau. Bila aku balik kampung dan lalu di kawasan tu memang dah takde. Dulu sebelum aku keluar dari pekan tu, gerai tu masih ada tapi dah diambil alih anaknya. Aku yakin uncle tu sekarang dah tak ada atau meninggal.

Kemudian, dalam tahun 2001 hingga 2002 ketika aku bekerja di Taman Tun Dr Ismail, KL, ada lagi satu gerai cendol yang aku tak boleh lupa. Juga dijual seorang uncle India dengan menaiki basikal roda tiga dan meronda sekitar Taman Tun terutama di Lorong Rahim Kajai.

Cendolnya tak la sedap sangat, boleh la dan biasa je. Tapi aku tertarik sebab dia masih menjual cendol dengan cara yang klasik. Dia tak sagat ais guna mesin, tapi masih guna papan yang dilekatkan mata pisau, dan ada lubang di tengah-tengah papan itu untuk menyagat ais. So old school! Tak salah aku, orang guna benda alah tu masa zaman-zaman dulu. Tak salah aku masa 80-an pun dah susah nak jumpa. Dan, dia still guna lagi dan the best part, dia jual cendol klasik tu di kawasan Taman Tun, yang dikatakan antara kawasan paling urban di KL.

Dan, dia pun tak taruh ketul ais dalam cendol, ok!

Saturday, December 12, 2009

DUGAAN MAHA HEBAT DARIPADA-NYA


INI Teh Affifah Shahirah Abd Hamid. Umur baru 23 tahun dan masih menuntut di University Auckland, New Zealand.

Aku nampak dia di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis, kelmarin.

Dia nampak tenang walaupun air mata mengalir tak putus-putus.

Aku nampak dia lagi di majlis kenduri arwah yang sepatutya menjadi majlis persandingannya semalam di Taman Kancil, Alor Star.

Dia juga nampak tenang walaupun air matanya mengalir tak putus-putus.

Dalam majlis itu, pelamin sudah disiapkan, bilik pengantin sudah dihias cantik, malah baju pengantinnya juga ada di situ.

...tapi semuanya bertukar sebab Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lelaki yang baru dinikahinya pada jam 10 pagi di Masjid Intan Safinaz, Alor Star maut apabila terbabit dalam kemalangan di Kangar - tiga jam selepas dia sah menjadi suami kepadanya.

Kalau aku berada dalam kasut Teh Affifah...macamana la keadaan aku agaknya.

Thursday, November 26, 2009

AIDILADHAKU YANG HAPPENING

AIDILADHA aku kali ini cukup happening. Aku sepatutnya bekerja, tapi teman sekerja aku, Mat Husin mintak tukar off day sebab dia nak kerja masa Raya Haji sebab nak sambung cuti terus lepas raya. So, aku pun tak kerjalah. Malangnya, Nadia kena kerja. Jadi, nak balik kampung pun tak boleh le.

Maka, tinggallah aku berdua dengan Dina di rumah sepanjang hari Aidiladha ini. Apa benda pun tak ada dan nak buat apa pun tak tahu. Heheh...

Aku tengok jiran keliling rumah semua pakai baju raya beb. Mintak-mintak la jangan diorang datang rumah aku nak beraya pulak sebab, serious kat rumah aku takde apa.

Aku pulak sarung jean, jersi fake Manchester City yang aku beli kat Padang Besar semalam, dan terus lepak atas sofa tengok TV.

Itu saja Hari Raya Korban aku.

KEMBALI LAGI...

DAH lama aku tak update blog ni. Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa lepas ni aku kena tulis blog balik.

Bila?

Lepas ni...

Saturday, July 25, 2009

POLITIK YANG BANGANG

JUMAAT, 24 Julai lalu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, Sungai Petani, Kedah diarahkan tutup seminggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri apabila lapan pelajarnya dijangkiti Influenza A atau H1N1 atau selesema babi.

Jadi, sebagai orang surat khabar aku dan rakan-rakan kenalah dapatkan komen Pengarah Kesihatan Negeri, tapi tak dapatlah pulak.

Sebagai alternatif, kitorang call Exco Kesihatan Negeri dari kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Pas.

Nak tau apa dia jawab?

"Saya tak boleh bagi komen lah. Saya Exco Pas, kes ini Exco Barisan Nasional (BN) je yang boleh jawab."

Boleh tak dia jawab macam tu? Aku tak faham. H1N1 ni kes nasional, kes serius membabitkan rakyat dan ia sepatutnya melepasi sempadan politik dan tidak dipolitikkan.

Fuck you, moron!

Untuk rekod, sebelum ini UiTM Perak dan UiTM Pulau Pinang juga ditutup akibat H1N1, tetapi kedua-dua exco negeri itu dari Pakatan Rakyat boleh bagi komen tanpa mengira sempadan politik.

Sama seperti kematian Teoh, H1N1 juga nampaknya cuba dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Ehmmm...

Tuesday, June 16, 2009

SAIGON KICK










BUKAN nama band rock orang putih tu, tapi baru-baru ini aku bersama teman-teman satu department dari seluruh Malaysia ditaja company ke Ho Chi Minh, Vietnam yang dulunya dikenali dengan nama Saigon.

Walaupun sudah ditukar nama ke Ho Chi Minh sejak lebih 30 tahun, tetapi ramai penduduknya masih memanggil Ho Chi Minh dengan Saigon.

Macam Teluk Intan dengan Teluk Anson. Alor Setar dengan Alor Star. Tapi orang Kedah tetap panggil Aloq Staq jugak.

Entah kenapa, teman-teman lain yang tak dapat pegi ada yang dengki satu macam.

Tak adil la korang je pegi...

Wei...aku pun buat keja jugak...

Kalau aku la dapat offer macam ni, aku tak pergi sebab aku rasa macam tak fair...

Hmmm...biasa la tipikal Melayu. Lantak koranglah.

Apa-apapun, Vietnam mahallah, kecuali beg.

Tuesday, June 02, 2009

HEBAT KAWAN AKU NI...

BUAT teman aku, D Shahril Hakime dari Ipoh, Perak - aku nak ucapkan tahniah setinggi bintang buat mike sekeluarga kerana dikurniakan seorang bayi lelaki yang juga anak kedua kome yang selamat dilahirkan secara normal di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, 1 Jun lalu.

Apa yang menarik, beliau yang aku panggil Dee yang juga anak jati Ipoh menamakan puteranya itu dengan nama MUHAMMAD NIZAR AMSYAR...

Menarik, bukan? Respek mike, yob!

Tahniah Dee, dan selamat berpuasa.

BINTANG BATU...


GAMBAR ini aku ambil sendiri sewaktu Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru di Seberang Jaya, Pulau Pinang, awal Mei lalu.

Arwah mak aku cukup menyampah dengan mamat ini sebab dia suka nyanyi menjerit-jerit - merujuk kepada lagu "Fantasia Bulan Madu" dan "Mentari Merah Di Ufuk Timur" yang aku pasangkan di radio JVC rumah aku sekitar 1987 dulu.

"Rambut panjang mengerbang-ngerbang! Tah hapa-hapa. Macam pompuan!" kata arwah yang meminati Cliff Richard.

Tapi, bagi aku dia cukup hebat. Dia ada kelasnya tersendiri. Dia betul-betul rockstar!

Siapa sangka, daripada memujinya dari jauh, aku boleh berada kurang satu meter daripadanya. Aku (dan teman baikku) akan buat yang terbaik untuk dia.

Itu pasti. Jika tidak mampu menggapai bintang, bolehlah melastik ke bintang.