BALI - AKU KANGEN KAMU
Episod Dua
Oleh MIZMALEYA
OKAY, part ni yang aku nak cerita lebih detail. Tadi tu bunga-bunganya aja. Panjang la pulak. Heheh… Sabo..sabo…
1 Oktober 2005, BALI MENANGIS LAGI. Sedih tu. Ntah aku masa kat sana, tak rasa sedih sangat, sebab terkejut lebih teruk dari rasa sedih. Tapi bila kitorang dah selamat sampai Malaysia pada 2 Oktober, tengok tv, dapat panggilan dan sms, rasa sayu tiba-tiba datang menerpa.
Dan hari-hari seterusnya bila baca paper, tengok gambar orang yang mati air mata aku menitis. Sedih sangat. Zalim manusia ni kan?
Nak tau tak, sebenarnya memang banyak benda yang pelik kitorang rasa terjadi sebelum bom Bali tu. Mula-mula sekali ialah perangai anjing-anjing kat jalanan. Bali kan didominasi Hindu dengan 99 peratus penduduknya beragama Hindu. Dan anjing adalah haiwan peliharaan paling famous, macam kita bela ayam. Bersepah! Jadi bagi sesiapa yang takut gila katanjing, korang kena jadi kental dulu sebelum datang Bali sebab anjing kat sana sama banyak dengan papan surf kot! Heheh.
Sehari sebelum kejadian, anjing-anjing semua macam nampak hantu. Macam nak makan orang pun ada. Pah, adalah salah seorang manusia yang sangat takut pada anjing. Katanya sebab masa kecik dia pernah kena gigit anjing dan kitorang ni (aku & nana) lagi mendajal dia. Bila jalan dekat dengan anjing, sengaja tolak-tolak dia. Heheh…dia lari takut gila babi!
Dan hari tu, benda yang paling dia risau sampai masa nak tidur ialah sikap anjing-anjing yang tak berhenti menyalak dan tak senang duduk! Dia asyik tanya kitorang perasan tak anjing macam gila. Kenapa ek? Dan manalah kitorang nak tau kenapa.
Lepas tu masa hari kejadian, pagi-pagi jam 7 kitorang dah bangun. So, pegi jalan kat pantai Kuta. Masa kitorang pegi, pantai tak boleh mandi sebab ombak besar, jadi dikhaskan untuk surfing aja. Dan sekali lagi rasa pelik singgah. Sebab langit Bali sangat mendung. Terlalu mendung. Seolah tak mampu nak tahan kesusahan atau ntah macam ada beban tak terlepas dan seolah gambaran ketakutan.
Kitorang perasan tu dan bercakap sesama sendiri kenapa Bali mendung hari tu. Tapi kata-kata macam tu abis kat situ jek sebab sebagai manusia yang iman pun senipis kulit bawang busuk, manalah nak dapat tahu apa yang nak jadikan. So seharian sampai petang benda tu tergantung macam tu jek.
Dan malam menjelang. Jam 6.30 petang, kitorang keluar hotel. Ada juga benda pelik yang jadi. Sepanjang tiga hari, kami lima orang tak pernah berpisah. Nak jalan ke, nak balik bilik ke mesti berlima. Tapi tak tau kenapa malam tu kitorang berpisah. Aku, Nana dan Arin pergi ke pantai, Pah dan Bad pulak pegi Legian dan Kuta Square cari barang.
Then kitorang janji jumpa kat pantai, tapak festival pukul 8.30 malam.Kat festival, rasa bosan sangat. Tapi pesta sedang hangat dengan persembahan kumpulan ntah apa ntah. Diorang ni buat festival sebab 5 Oktober, diorang ada sambut perayaan. Hari Raya Galungan. So diorang adakan festival pantai, buka bazaar. Tapi serius, memang bosan gila.
Jadi kitorang cadang gerak dari tapak tu pegi ke Kuta Square. Masa perjalanan ke Kuta Square, kitaorg pelik sebab tak ada orang kat jalan depan pantai tu. Come on, malam minggu atau malam-malam biasa, Kuta tak pernah sepi. Langsung! Tapi malam tu, orang tak ada, kete, moto semua tak lalu lalang. Serius, kosong sangat! Kitorang heran semua orang kat Kuta pegi mana ek?
Tapi kitorang buat bodoh, jalan pelan-pelan pegi Hard Rock Cafe. Masa sampai kat area Hard Rock tulah kitorang dengar benda meletup dan ada macam warna merah mega kat langit. Terkejut kitorang dah cakap benda tu bom tapi ada mamat pengawal kata itu hanya elektrik. So, kitorang pun dengan bergayanya masuk dalam Hard Rock beli baju untuk adik aku.
Keluar je dari Hard Rock, ada satu lagi benda meletup! Apa lagi, sebagai orang yang kepoh (reporter pulak tu!), kitorang pun berlari pegi ke tempat kejadian yang hanya 100 meter dari situ.
Sah memang ada bom! Dan aku, Nana dan Arin terus teringat kat Pah dan Bad sebab diorang ada kat area tu. Dalam kalut, kitorang tetap kepoh nak pegi ke tempat kejadian, tapi dihalang. Orang semua lari turun kat area pantai, kitorang kepoh juga nak naik tengok apa yang jadi.
Bila semua orang lari, sebab polis kata ada bom lagi yang diletak dalam plastik dalam kereta tak meletup lagi, hah barulah kitorang kelam kabut lari. Gila! Tuhan jek tau apa rasanya masa tu. Tapi sebelum lari kitorang sempatlah tengok mangsa-mangsa yang kena bom dalam restoran Raja's Cafe tu diangkut naik kete dan lori yang tak ditutup. So, adalah nampak yang berdarah sikit-sikit dan rasa cuak timbul.
Ramai wisata yang balik malam tu juga. Aku dapat tau, hotel dekat Legian, lebih 40 bilik kosong dan semua balik. Diorang tidur kata airport dan airport malam tu tutup. Kitorang lepas dah kecoh-kecoh, bila dah berjumpa balik Pah dengan Bad, jalan pelan-pelan balik hotel. Terkejut jugak sebab ramai yang tak tau dan orang kat restoran macam tak nak buka berita, semua tayang bola sebab mungkin tak nak pelancong takut dan lari kot?
Sampailah bila ada satu kedai mula buka berita dan orang dah mula perasan, semua kelam kabut. Wartel sesak, internet pun. Kitorang hanya boleh buat panggilan tiga jam selepas kejadian!
So dapatlah aku call boss aku cakap aku selamat dan lepas kena paksa dengan boss, baru aku call mak aku. Yang buat aku tak nak call sebab taulah orang tua, risau diorang teruk. Tu yang aku malas tu bila mak aku paksa balik! Gila ke apa. Aku cuma cakap, mak rilek la, orang selamat, esok malam orang baliklah, flightnya besok, Aku terus letak tepon, malas nak dengar dia nangis lagi.
Memang teruk sebenarnya apa yg jadi. Nak cerita, tak tergambar sebab kekuatan aku hilang masa tu juga. Takut sangat. Aku bukan takut apa, takut mati sebab iman tak sempurna nak buat bekalan. Tapi aku bangga sebab jadi orang yang berada kat sana. Rupa-rupanya ledakan kat Raja's Cafe tu kecik. Yang dekat Jimbaran paling dahsyat!
Tapi kalau korang nak tau, menurut orang tempatan yang aku tanya, bom malam tu sebenarnya dipasang berangkai. Maksudnya, diorang ledakkan gas dulu kat Raja's Cafe, buat dia macam satu insiden. So, bila gas meletup, orang ingat insiden atau salah cafe. Tapi sebenarnya silap! Bila gas tu meletup, menandakan bom-bom lain yang dipasang pun akan meledak satu persatu!
Pergh, aku rasa aku macam terbabit dalam sebuah filem perang pulak. Lepas gas meletup, bom pun meletup. Bom pertama. Pastu, barulah bom-bom lain meletup dan mengorbankan 26 nyawa dengan beratus-ratus yang lain cedera. Dan yang menakutkan tapi melegakan aku ialah khabarnya ada enam biji bom ditemui kat Kuta Square tu. Yang mana hanya satu je daripada lima meletup.
Korang bayangkan kalau lima-lima meletup? Sure aku dan rakan-rakan pun mati. Sebabnya Kuta Square tu kecik jek, macam area Bukit Bintang dan jalan serta kedekatan
bangunannya bercantum lebih rapat, padat! Kuta Square hanya tempat beli-belah dan makan, bukan macam Legian yang penuh dengan pub dan kelab. Gilakan?
Dan katanya juga, mereka pun pasang bom kat tempat VVIP kat Nusa Dua. Tapi bomnya tak meletup dan dekat Jimbaran pun hanya sebahagian sahaja. Ya Allah, murahnya nyawa manusia sekarang yang mati pun nanti belum tentu bau wangi syurga. Jangankan kata nak masuk!
Dan memang dari bulan Ogos diorang dah warning akan ada lagi letupan di Bali. Sebab semua orang dah malas nak amik port sebab masa 28 September ada yang kata bom dipasang kat stesen radio tapi takde, jadi ramai yang ingat masa bom 1 Oktober meletup tu hanya insiden. Terror kan diorang ni.
2 Oktober, jam 7 pagi kitorang dah terpacak kat Kuta Square. Tengok tempat kejadian. Sayangnya kedai banyak tutup dan kitorang punya flight pukul 8 malam tapi jam 4 petang dah ada kat airport. Dan rupa-rupanya memang airport dah jadi port paling menarik untuk wisata-wisata melepak lepas ledakan.
Aku balik KL, tepon tak berenti bunyi, pukul 4 pagi pun masih ada yang call dan hantar mesej tanya keselamatan aku. Ehm, ramai juga yang sayang kat minah mereng macam aku ni.
Bila masuk opis, tak sangka, bukan setakat budak-budak Kosmo! jek tau, orang-orang Utusan pun tau aku pegi sana! Fuh!
Cuma, sebagai reporter, satu jek yang aku terkilan! Aku tak buat liputan terus dari Bali. Tak hantar story. Tu yang aku rasa aku tak cukup hebat lagi jadi orang. Prihatin but tak tau nak buat apa. Bukan tak tau, tapi aku sangat panik gila!
Then bila pagi esoknya, aku tengok dah ada geng, aku punya favourite writer dari Indonesia, Zulkifli Hamzah buat liputan, aku tau memang ada orang buat. Cuma bayangkan kalau aku yang buat, fuh, mesti lagi gempak! Dungu jugalah Maliah Surip ni! Hampeh sungguh. Tapi aku buat juga untuk meja rencana, Bali No Good dan ramailah yang sms aku tanya Bali No Good tapi aku good tak? Gila kan.
Aku sebenarnya tak tau kenapa dan apa sebabnya mereka bom Bali. Pada aku bumi Bali tidak pernah berdosa. Yang ada pada alam itukan ciptaan Tuhan. Kenapa nak dimusnahkan ciptaan Tuhan yang tak berdosa dan dicorakkan dengan simbahan merah darah? Aku confius juga perjuangan apa yang sedang mereka perjuangkan.
Kalau nak kata Bali sarang maksiat, mana-mana pun sebenarnya sarang maksiat, Bali mereka harus faham, bukan kawasan Islam, jadi percutian atau liburan adalah normal. Dan lagi tempatnya memang sangat cantik. Macam Uluwatu dan Tanah Lot, Ubud, Kintamani, akan buat korang rasa betapa dunia ini tak tahu penghujungnya di mana!
Entahlah, aku harap kalau pun ada propaganda pembesar nak lepaskan Bali dari Indonesia sebab fikir mereka akan jadi lebih kaya kalau bersendirian, harap-harapnya janganlah melibatkan manusia-manusia yang tidak bersalah.
Semoga Bali terus bernyawa sebab tahun-tahun mendatang dan rezeki serta umur panjang, aku memang nak kembali ke sana lagi. BALI, tunggu aku kembali!
6 comments:
Hi there..
Minggu lepas rasaya tgk kat MHI yg NST,Air Asia n TV3 akan/ada buat satu kempen 'Don't Turn Your Back On Bali'
Tujuannya supaya Bali will stil be tourists spot coz ekonomi Bali bergantung besar dgn pelancongan.Tapi rasanya,even kempen banyak mana pun,Bali akan sentiasa digeruni dan dikenali sebagai antara tempat yang paling berbahaya di Asia mahupun dunia.Ye la..dh berapa kali kena bom.Frankly speaking,gua antara yg turn my back on Bali..takut!!
Dari dulu mmg tak suka ke tmpat yg berisiko tinggi mcm Indonesia,Filipina,Thailand,Vietnam etc..mmg la sounds a bit narrow-minded coz kalau nak ikutkan,mana2 pun blh mati kan..tapi gua ni penakut..so cegah sebelum parah.
Apa2 pun,Malaysia jugak yg best.I love Malaysia..
Maliah,
Lain kali bawak laptop...boleh bikin scoop yg meletup! (oops, pktn meletup mungkin tak sesuai di sini..)..takde laptop kalu, suruh utusan belikan.hehehehe...:-)
Tapi kejadian ni & segala bala bencana yg ada sume ada hikmahnya, particularly untuk semua yang masih nak luangkan masa untuk berfikir. tapi untuk yg malas nak fikir tu, insiden tragik mcm ni takkan meninggalkan bekas langsung, especially dalam hati & iman.
Apa pun, syukurlah sebab semuanya selamat & you're back in ONE piece.
And, yes, tentunye insiden ni buat lu tau yg ramai yg care & buat lu sedar yg lu sebenonye glamer. Haha.
Err..dah buat kenduri doa selamat ke blum?
Su,
penakut gak lu ni kan? gua pun. tapi mati, kat mana-mana bleh mati. tgh ngadap pc ni pun bleh. actually bukan takut mati, tapi takut tak cukup bekalan...uhukk.uhuk...
Yatt,
macam mana kita? jadik ke tahun depan? rasa teruja tu ttp ada nih...ehek..ehekkk...Kita angkut skali si Maliah suruh jadik tourist guide. hehehehe..
Nadia..hehe..gua ngaku mmg gua takut kalau bab2 mcm ni..n u r rite bout tak cukup bekalan.. ;p
Heheheh... orait gak kita hangkut si Malia tu sekali taun depan gi Bali.
Kalau kita nak g jenjalan dua org, kita suruh dia jaga deena. Dia mesti nak punya... heheh
yatt,
kita angkut je la si maliah tu...hehehehe...at least dia dah ada experience.kalo tak, amik pakej je le. malas lak nak main redah je, ngan bwk deena nih..
walaupun lambat... (<--maklumlah.. bizi kononnya.. hahaha!) tapi still interesting story!
Thanks for siarkan picture tu...
Bali? pergi? aku boleh ...
bolehh...
boleh blah!.. heh heh. (<---ingat sue aja yg takut... hahaha! abistu aku ni berani sangat? hehehe)
Post a Comment