Thursday, December 11, 2008

INDON...

The Changcuters


Slank


Naif


Gigi


Dewa 19


Bondan Prakoso


SAJA nak cerita pasal Indon. Pasal lagu-lagu Indon. Lebih spesifiknya lagu daripada band-band Indon.

Kat sini, ramai yang puji band-band Indon lebih berjaya dan sedap daripada band-band kita sampai ramai orang-orang kita melenting sehingga terkeluar pelbagai idea-idea bernas, dalam erti kata lain menyekat kemasukan lagu-lagu band Indon ke sini.

Tapi dalam masa yang sama ada jugak orang Malaysia yang dah mula cakap slang Indon dan menulis dengan gaya bahasa dipengaruhi bahasa Indon mungkin kerana terpengaruh dengan lifestyle dan band-band dari sana. Tak tau la aku betul atau tidak...

Tapi tak dinafikan banyak band-band Indon yang bagus dan aku suka. Antaranya Slank, Gigi, Dewa 19, Naif, The Changcuters dan artis rap, Bondan Prakoso. Ini yang aku paling suka, korang aku tak tau lah.

Oh ya, tak lupa jugak Benjamin S dan Bill & Brod. Heheh.

Tahun lepas dan baru-baru ni aku ke Indon. Kalau ke sana aku suka check out kedai-kedai CD dan kaset untuk tengok album-album band diorang yang tak dijual di sini.

Tahun lepas aku pegi, aku tanya cewek dan cowok Indon band apa yang top masa tu. Diorang cakap D'Masiv dan merata-rata aku dengar lagu diorang, "Cinta Itu Membunuhku" dipasang di merata-rata butik, kedai dan rumah.

Baru-baru ni aku pegi, diorang kata band paling top di sana sekarang ialah ST 12 yang popular dengan lagu "Puspa" dan "Cari Pacar Lagi". Korang cari la lagu-lagu ni dalam You Tube. Belambak! Ok la, sedap jugak sebab ada kombinasi dengan unsur-unsur dangdut sikit. Heheh.

Ada jugak band-band lain yang aku jumpa macam Wali, Plat Band, Tangga, Caramel Band, Java Jive, The Titans dan banyak lagi yang aku rasa albumnya tak dijual di Malaysia. Ini termasuk band-band yang kita dah tahu macam Peterpan, Ungu, Samsons, Kerispatih, KangenBand, Ada Band dan Jikustik (sekadar beberapa nama).

Ada aku try dengar lagu kebanyakan band-band tu termasuk yang dah dipasarkan di Malaysia. Aku dapat buat kesimpulan bahawa scene muzik Indon sekarang walaupun kaya dengan pelbagai band tetapi dah jadi makin statik dan stagnant. Kebanyakan band-band baru Indon semuanya lebih kurang sama dan tak ada kelainan.

Selain lirik jiwang karat, stail muzik dah mula agak melankolik termasuk tone vocal yang lebih kurang sama. Suara vokalisnya mesti macam husky sikit-sikit. Alahh... aku tak terror la term-term muzik ni, tapi aku rasa korang mesti perasan stail vocal kebanyakan band-band Indon sekarang.

Pada aku, apa yang berlaku di sana sekarang lebih kurang sama dengan apa yang berlaku kepada scene rock kita pada era 90-an dulu. Masa tu dah muncul band-band leleh dan tak rock langsung yang semuanya lebih kurang sama macam Spoon, Scoin, Scan, Eye, Umbrella, Spin, Zabarjad, Qiara, Finalist, Axls (ni ambik sempena nama W Axl Rose ke aku pun tak tau) dan banyak la lagi.

Band-band Indon yang aku suka tu sebab diorang lain berbanding dengan band Indon yang lain. Dewa 19? Mungkin ada yang cakap diorang copycat Queen. Ok la especially era Ari Lasso dan sekarang aku lebih prefer suara Ahmad Dhani berbanding Once. Naif memang mantap sebab ada stail tersendiri baik dari segi muzik dan imej. Gigi handal dari segi teknikalnya manakala Slank cukup jujur dan humble. The Changcuters agak nakal walaupun nampak macam The Strokes.

Setuju ke? Ini pendapat aku je. Terpulang la korang nak komen apa pun.

Apapun, aku salute dengan band-band kita seperti Search, Wings, Sweet Charity ( ni Singapore tapi kira Malaysia lah!), Rusty Blade ( ni pun Singapore, tapi kira Malaysia lah jugak!), Blues Gang, Rausyanfikir (ni pun Singapore jugak, ok la kira Malaysia!), Belantara, Cromok, Bloodshed, SYJ (era Battle of the Bands je sebab diorang berani dan 'jahat'), Spider, Pretty Ugly dan angkatan band-band independent generasi lama dan baru seperti Naked Butterfly, Sil Khannaz, Necrotic Chaos, Langsuyr, The Pilgrims, Butterfingers, Seven Collar T-Shirt, OAG, Republic of Brickfields, Blind Tribe, Revenge, Meet Uncle Hussin, Estraged dan Estrella. Sebenarnya banyak band-band baru yang aku tak tau dan tak dengar lagi... ye la, dah lama tak pegi gig ni.

P/s : Babi punya Mat Indon yang merampok rumah kakak aku kat Bukit Jalil baru-baru ni! Mintak-mintak mampus la kau sebelum sempat balik ke tanah tumpah darah korang tu!!

9 comments:

ceri masam said...

i love iwan falls dan dewa 19~

dan saya salute The Pilgrims, Republic of Brickfields, Blind Tribe, Pure Vibracion dan Estrella sebab deme kawan2 saya! hahaah bole macam gitu?

walhal saya hanya dengar lagu2 deme sekali sekala bila deme ada gigs atau time deme kasi cd lagu2 yang raw utk saya dengor! hahahaha

dan saya suka Butterfingers sebab music deme cool ya amat!

N a d i a said...

"Tapi dalam masa yang sama ada jugak orang Malaysia yang dah mula cakap slang Indon dan menulis dengan gaya bahasa dipengaruhi bahasa Indon mungkin kerana terpengaruh dengan lifestyle dan band-band dari sana. Tak tau la aku betul atau tidak..."

BETUL! memang ada. muahahaha! sampai ada kdg2 tu terkebil2 teman pikio pekebende deme tulis ni? ni rolling stone versi indon ke yg teman baca? ;-P

btw, ada lagi satu trend yg juga menular di sini - tudung indon. hehehe

eddie dewanaga said...

gua suka Padi dan Jamrud...

diorang berbisa wooo...


**tu yg ramai anak2 gadis bumi Malaya ni yg lari ikut jejaka2 keja kontrak pulang ke Lombok, lepas tu menyalak sana sini minta di selamatkan...

zairi said...

bro,kalau senang,buat preview sikit pasal album baru GNR-chinese demokrasi tu.

Yatt said...

Cik Hangit
Iwan Fals mmg legend! Saya dh lama gila tak pegi gig. Kalau g skrg mmg tak kenal pun band2 yg perform tu. Hehehe...

Nadia
Keterbukaan masyarakat Indon maybe mbuatkan orang kita suka dgn lifestyle di sana.

eddie
Padi not bad. Tp gua tak suka sgt. Jamrud pun ok, tp jarang dengar la.

Zairi
Review Chinese Democracy? Aku pun x dgr lagi album tu. Hahaha!!

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Seurius Band - Kugiran rock yang patut dicuba dengar oleh peminat rock di Malaysia! Macam kiss sikit gaya pembawaannya, tanpa kostum!

Nasib baik anda tak kutuk Stings dan Spin! Kalau tak, saya spam blog ni! ;-)

Apapun, ikut pandangan peribadi saya, kugiran di Malaysia lebih kaya substance dan variasi muzik berbanding kugiran Indonesia.

Nak lagi power layan Jamal Abdillah dan Ismail Harun!

carvedijan said...

"Tapi dalam masa yang sama ada jugak orang Malaysia yang dah mula cakap slang Indon dan menulis dengan gaya bahasa dipengaruhi bahasa Indon mungkin kerana terpengaruh dengan lifestyle dan band-band dari sana. Tak tau la aku betul atau tidak..."

Satu masa dulu masa era 90-an....indon jugak terbawa-bawa lenggok melayu yatt....contoh terbaik arwah Nike Ardilla masa bawa lagu "Pengembara Terasing". Sekali dengar macam Ruhil plak nyanyi lagu tu.

Nampaknya band indon skrg dah mula nak mengalami zaman kejatuhan.

p/s : Jangan lupa cover show WINGS kat Penang nanti ye?

p/s2: Nad, Aku amat bersyukur ngan tudung "Ibu Arini" tu....takde le aku berperang perasaan dgn wife n anak2 aku. Pakai tudung aje berjam2. Senang skrg ni pakai sarung aje.

p/s3: Bila nak join sayap2wings?

p/s4 : berapa byk P/S daaaa...adakah ini petanda aku kena beli PS console?

alifmimyanun said...

ebeit g ade!!
saye suke naif, slank pulak terlalu mellow ntuk saye.
dewa 19 kebelakangan ni bersifat experimental. tapi best.
sampai kan feizal tahil pun terpengaruh.
letto, pun saye suke sebab lirik yang bermakne.

sekarang ni memang musim band kat sane. ngan lirik jiwang hancur hatiku duka sekali dengar muntah biru.

Unknown said...

Sahara band,dengan tajuk angin malam...suare nye beb..fuihh