Ada juga yang kata aku suka jaga tepi kain orang dan selalu jugak orang kata aku dan rakan-rakan seperjuangan ni suka reka cerita. Suka buat cerita tak betul.
Entahlah. Tak berani aku nak reka-reka cerita yang tak ada. Apa yang aku tau keja aku ni fun dan gila mencabar!
Kat bawah ni antara beberapa pengalaman aku yang agak kelakar la jugak.
* * * *
AKU ke open house Aidilfitri bersama penyanyi, Mawi dan Stacy AF anjuran sebuah syarikat telekomunikasi di Jitra, baru-baru ni. Disebabkan syarikat itu antara pengiklan utama kami, so kenalah cover. Sambil jamah biskut cornflakes dan rendang ayam dan tengok si Mawi menyanyi, aku berborak dengan salah seorang orang kuat syarikat itu. Pompuan berusia pertengahan dan agak vogue jugak.
Oh ya, jawatannya Marketing & Communication Manager (MCM).
AKU: Kat Kedah sekarang dah susah kalau nak buat show-show macam ni, tapi kalau indoor macam ni boleh lagi (majlis itu dalam sebuah dewan). Cuma outdoor concert susah la sikit. Ye la, sejak Pas take over ni.
MCM: Oh! Kedah under Pas government ke sekarang? Sejak bila ya?
AKU: ?
* Pas memerintah Kedah lepas menang Pilihan Raya Umum ke-12, Mac lalu. Takkan dah level manager ini pun tak tau kot?
* * * *
SEKALI lagi aku ke open house Aidilfitri baru-baru ni. Kali ni bersama Ahli Parlimen Jerlun pulak, Datuk Mukhriz Mahathir di Sungai Korok, Jitra. Mukhriz yang hangat sebagai calon Ketua Pemuda Umno serta menolak debat terbuka yang dicadangkan encik KJ kita, sudah tentulah sering menjadi tumpuan media di mana-mana saja.
Semasa PC, aku dengan muka selamba meletakkan tape recorder seperti yang di atas ni di depan Mukhriz.
MUKHRIZ : Uii! Ni lama punya ni! Pakai lagi ya?
AKU: Err... saya sukakan yang klasik Datuk...
Baru aku perasan, akulah satu-satunya yang menggunakan tape recorder old-school tu, sedangkan reporter lain kat situ kebanyakannya sudah menggunakan digital voice recorder yang canggih-canggih!
* * * *
TERUS-terang aku bangga dengan karier aku. Tapi bangga melampau sampai rasa dialah yang paling pandai pun tak boleh la jugak kan.
Satu hari aku diberitahu, pernah seorang wartawan baru sebumbung dengan aku yang bertugas di HQ kami di KL dikatakan amat sombong. Kononnya dia tahu segalanya sehingga tak mahu belajar atau terima teguran daripada wartawan-wartawan senior.
Khabarnya, satu hari dia diberikan tugasan untuk cover majlis yang dihadiri seorang menteri. Dalam majlis itu dia kemudian bertemu dengan seorang wanita dan dengan niat untuk menambahkan contact, dia meminta kad daripada wanita tu.
"Err...puan, boleh mintak kad tak? Puan siapa ya?" tanyanya kepada Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan yang juga VVIP untuk majlis yang dicovernya itu.
Tak lama lepas tu, aku dengar wartawan tu letak jawatan.
11 comments:
apa nak heran bro, dlm donia ni mcm2 org yg kita boleh jumpa...
yg species tak tau kejadian sekeliling tu pun byk...
Kelakar Yatt. SEIR
haha
sgt ignorance org itu
uyo!
wartawan majalah "katak bawah tempurung" kot dia tu!
hehehe
Oooo..kau reporter yer..nape reporter suka tulis blog ek!kwan aku ada dua tiga orang reporter jugak ada blog. tension kot kan..
Have we met?
Eddie
Diorang kadang2 kena igt. Suka ke tak suka ke sekurang-kurangnya segala perkembangan dalam & luar negara kena la ambik tau jugak. Tak byk, sikit.
Seir
Lama tak jumpa hang. Keja ok?
Pjoe
Itu masalahnya. Nampak sgt x ambik tau lgsg apa yg jadi.
One Luv
Pelik wo. Keja senior manager, tp tak tau lgsg pasal result election ari tu...
Specko
Ye ke reporter suka tulis blog? Kalau reporter surat khabar x ramai yg aku jumpa, magazine byk la kot. Bukan tension, agaknya x dpt kepuasan menulis kot? Hahaha!
Boy
Mmg la kt dh byk kali jumpa. Aku YATT la bro. Dulu aku kt emi masa kau buat entertainment kt HM. Tak igt dh ke?
hahaa..lawak tang 'saya suka yang klasik tu'....very tradisional la giant. kahkahkahkah
gua setuju, suka betul dengan kerja yang kita buat skrg ni.
ps: gua dah link lu..perasan tak? hahaha.
ahhh...nape tak cite dlm entry ni yg wartawan yg mintak kad kat azalina tu kan main lagi speaking berabuknye? byk abuk je ghupenye wartawan tu ye!hehehe...hampeh!
apa pun, mmg ramai yg tak amik pot langsung apa yg jadi kat sekeliling diorang ni. ntahlah.
hampir berairmata darah aku baca cerita ketiga tu.
papp!*tepuk dahi*
hehe...
"Err...puan, boleh mintak kad tak? Puan siapa ya?"
Ayat diatas amat membuatkan gua kesal..ada ke patot dia tak kenal marka idaman malaya...Cheiss !
- Ghani Arafatz
Post a Comment