AKU rasa ramai di antara kita yang suka baca komik kenal dengan komik di atas ni. Komik Alam Perwira karya pelukis Hong Kong, Tony Wong ni cukup popular tak salah aku dalam pertengahan hingga akhir tahun 90-an dulu.
Selain Alam Perwira, karya Tony Wong lain yang turut popular ialah Jejak Wira, Anak-Anak Wira dan Dewata Raya. Ini termasuk Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing yang gempak dengan karakter Penjejak Awan, Penjejak Badai dan Pendekar Tanpa Nama.
Pedang Setiawan pernah difilemkan di Hong Kong iaitu Storm Rider lakonan Aaron Kwok dan Ekin Cheng.
Ketika komik ni mencetus fenomena dulu, aku masih lagi kat ITM Shah Alam. Tak salah aku daripada beribu-ribu
student lelaki yang duduk di hostel Kolej Perindu tu, hampir 90 peratus gilakan komik ni!
Tapi tukang belinya tak ramai, tukang baca dan tukang pinjam paling ramai. Biasa la tu...
Errr... aku tak pernah berada dalam kategori tukang beli masa tu, tapi aku cukup arif dengan komik-komik tu. Heheh.
Secara kebetulan, aku berkongsi bilik dengan dua orang budak Sarawak bernama Pian dan Kenon yang memang gila komik. Pian lebih kepada komik Barat daripada Marvel, DC dan sebagainya dan si Kenon pulak lebih kepada komik-komik Hong Kong ni.
Jadi bilik aku tu penuhlah dengan macam-macam komik dan tentulah menjadi
port budak-budak untuk lepak sambil baca/pinjam komik tu hampir setiap masa dan setiap hari!
Aku ingat lagi kalau si Kenon tu balik bawak komik Hong Kong
issue terbaru setiap minggu, kitorang yang ada dalam bilik masing-masing berebut nak ambil
turn selepas dia!
"Aku nombor dua!""Aku nombor tiga!"...Dan seterusnya. Sapa cepat dia dapat.
Bukan budak-budak bilik aku je (kat Perindu kitorang diletakkan lapan orang dalam satu bilik, tapi kadang-kadang boleh jadi 14 orang termasuk yang 'diharamkan'), tapi jugak bilik lain yang sibuk tumpang baca komik-komik tu. Ada yang sementara nak ke bilik air, singgah kat bilik aku dulu baca komik. Syaratnya baca kat situ je, bawak balik jangan!
Fenomena komik Hong Kong ni buat kitorang betul-betul terpengaruh dengan karakter-karakternya. Alam Perwira dengan watak seperti Ji Fat, Ji Kao, Tok Jiang, Maharaja Zhao, Rahib Esa, Tok Harimau Bintang, Ifrit Utama, Biduanda Layang, Nenek Merbuk, Budak Petir Tunggal dan macam-macam le lagi memang cukup popular.
Walaupun popular, tapi bagi aku komik ni sebenarnya kelakar. Bukan kelakar apa, tapi sebab apabila ia
ditranslate ke Bahasa Melayu, susunan ayatnya yang kadang-kadang skema dan
over buatkan ia jadi kelakar!
Paling popular ialah nama-nama hikmat yang digunakan watak-watak tu semasa bergasak. Antaranya Hikmat Alam Semesta, Lima Guntur Membelah Neraka, Api Syurga Meragut Lalang, Seribu Bayang Syaitan, Hikmat Laut Biru Nila dan macam-macam la lagi. Aku tak tau la sapa punya idea ni tapi kadang-kadang macam entah hapa-hapa! Hahah!
Ia juga banyak menggunakan perkataan aura dalam hikmat-hikmat pendekar tu. Aura Biru Nila la, aura itu dan aura ini. Tak salah aku komik ni lah yang mempopularkan perkataan aura kat sini. Sebelum tu rasanya jarang orang guna perkataan tu.
Selain tu dialog-dialog yang digunakan agak skema dan tak natural. Ye la, sebab
translate kan. Antara dialog yang paling aku ingat :
"Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata!" Macam pelik kalau dalam bahasa Melayu, mungkin ia
direct translation dari bahasa Kantonis.
Selain tu, bunyi
effect tumbukan, penerajang, apa semua tu pun kelakar. Bukannya ditulis Dush! Kaboom! Prak! Debush! Dusyum! atau Crash!... Tapi Hong! Po! Hu! Wah! Chu! Yak! Peng! Sha! Zi! dan entah apa-apa la lagi!
Apapun, bagi aku apa yang membuatkan komik-komik ni menjadi tarikan ialah lukisannya yang
detail, jalan cerita menarik dan karakter-karakter yang kuat.
Ok. Tamat imbas kembali.
Sebenarnya masa bercuti raya kat Ipoh baru-baru ni, aku terjumpa balik komik Alam Perwira dan Anak-Anak Wira di kedai buku
second hand, Novel Hut di Ipoh Parade. Walaupun tak
complete, tapi aku dapat Alam Perwira dari
issue 89 hingga 125. Anak-Anak Wira pulak dari
issue 15 sampai 35. Semua tu dia jual RM17 je dan tanpa pikir panjang aku rembat je.
Puas aku baca balik dan sampai hari ni pun tak habis lagi. Sayang sekali, aku tak jumpa Pedang Setiawan. Mana nak cari ya?
20 comments:
Akhirnya ada gak post terbaru ko Yatt.hehe
Tak silap aku Pedang Setiawan ada dikompilasikan kot. Tapi saiz dah diubah la..kecik sikit saiz dia. Tapi aku pun tak tau nak carik kat mana..heheeh
p/s:Er..yang ko beli tu versi "Alam Perwira" yang dah kena censored kan? Hehehe
Ada ke kompilasi Pedang Setiawan? Tak penah jumpa kot. Aku igt nk cari kat kedai buku second hand kat Chowrasta Penang la. Mesti ada kot.
Eh! Alam Perwira tu ada yg censored ke? Tak tau pun. Hihi...
Ya Ampun..
Aku baru je balik dari Chowrasta ahad lepas. Tak tau lak ada kedai komik kat situ. Dok sebok beli asam je..huhuhu
Erm..kalau ko pernah terperasan, untuk keluaran awal satu2 episod (yang memula keluar), censored nyer tak banyak. Tapi yang keluaran kemudian dah banyak dakwat hitam..hehehe
Tapi kalau ko "tengok" versi cina kat kedai2 buku yang kasi sewa komik, memang ko akan dapat yang versi uncensored..hehehe
Tempat asam kt chowrasta tu kt bawah je. Ko kena naik atas dan kt atas tu ada kedai buku second. Melaut buku kat situ.
Aku penah la jumpa mag Gila2 zaman 80-an dulu dan beberapa komik Datuk Lat. Tp aku tak try pulak tanya pasal komik ni dulu kt situ...
Alam Perwira ni ending dia cam kelam kabut sikit la.. Ifrit Utama/Maharaja tu mati cam senang ja.. tak kena buah Ji Fat yg kaw punya..
i love novel hut!! btw, yatt, auntie tu muke dia tak berubah kan? maintain muda je. sama je mcm masa novel hut masih kat glory nun.
zan,
laaa..lain kali kalo singgah chowrasta jgn lupe naik tingkat satu tu. hah, btw, ko pun kaki makan asam gak ke? haa...bleh la geng dgn yatt. aku mmg tak minat langsung. aku gile coklat. tu psl aku awet muda, mcm auntie towkey novel hut. ;-)
anyway, aku minat pendekar laut je.
Nad..
Aku tak minat langsung makan asam..hehe
Aku beli untuk orang je. Ye la..dah kata sampai ke Penang. Kalau tak beli asam & buah pala, nanti orang kata aper lak kan? hehehe
zan, laa..ye ke? hahaha...u should've seen muke yatt bile dia nampak aje asam2 kat chowrasta tu. terlior satu mcm! hehe.
p/s: aku tak minat asam dan buah pala.
Nadia n Ijan
Cakap la apa-apa pun, aku memang gila asam dan kadang2 over drpd org pompuan. Hahaha
aku sebenarnya 'silent reader'. tapi bila baca entry kau yg ni gatal lak nak komen.
"Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata!"
hahahaha aku rasa ayat2 pelik dalam komik hong kong ni semua peribahasa cina kot. satu lagi ayat yg selalu keluar "takut mati tak mati"
aku dulu kalau tak meminjam kawan (aku duduk jati 93-96), aku baca je kat kedai rahmat (sec 2). dengan selambanya duduk kat tembok tepi kedai tu. kalau mamak tu jeling2, aku cover la beli rokok marlboro 8 (masa tu marlboro 7 = RM 1.70 + sebatang = 30 sen) nak genabkan RM 2.
Ini pertama kali masuk blog ni.
Terus nak komen sbb topik ni menarik.hehe.
Aku pun baca gak alam perwira ni.
ada gak beli.ada gak yang ter'miss'.
Bila ingat2 balik,aku mula baca komik2 dari hong kong ni masa aku sekolah rendah lagi..dalam hujung tahun 80an atau awal 90 an kot.
Masa tu aku mula baca Medan tempur dan singa ganas(yang Dragon long & tiger wong tu)dua-dua tu karya tony wong gak.Pastu aku sambung lagi baca Alam perwira,pedang setiawan,raja rimba dan banyak lah lagi komik2 yang seumpama dengannya.
Masa aku sekolah asrama aku selalu gak beli komik2 ni sebab boleh buat duit.Siapa nak baca aku bagi sewa 20sen satu kepala.Time tu dapat la duit lebih sikit.
Sekarang ada lagi komik2 tu kat kampung.Tapi sayang,sikit je yang tinggal.Hehe.
Karim
Thanks rajin baca blog ni. Hahaha! Zaman kt ITM (bukan UiTM) dulu mana mampu nk beli komik ni tiap2 minggu. Lain la kalau anak lord kan.
Betul la, aku rasa mmg itu peribahasa cina yg ditranslatekan bulat2. Tu yg jadi kelakar! Tp, walaupun bahasa nya kelakar, ramai jugak follower nya. Aku rasa sbb utama kita suka komik ni adalah sbb lukisan dia & karakter.
Dilema
Medan temput tu lukisan Tony Wong mcm x berapa cantik sgt. Aku rasa dia start ok bila alam perwira dan anak2 wira tu.
Anyway, thanks sudi singgah sini.
bro,buat la blog baru untuk kengkawan sedut komik2 alam perwira lu tu.aku peminat setia alam perwira gak.tapi suma dah hancur dek banjir.
Tak sangka ada gak org flash back pasai crita alam perwira ni. Dulu aku pun salah sorang gak peminat komik ni.... tak penah miss beli sampai aku kumpul satu guni penuh la komik ni.... tapi semua tu dah ilang mak aku bakar masa aku keja kat kolompo ni.... aku ingat kalau tony wong keluarkan semula komik ni.... mesti meletup ...... aku gerenti beli punya.....
Hello,
Masa kecil dulu, saya pun ada baca komik juara wira, anak-anak wira dan alam pewira. Baru sebentar tadi saya terjumpa semula semua komik-komik lama ini yang tersimpan dalam kotak - bila dibuat google search, terserempak pula dengan post ini.
Kamu membangkitkan banyak point yang saya tidak fikirkan semasa kecil dulu seperti kata hikmat yang ganjil, pengunaan 'aura' serta perkataan yang digunakan untuk mewakili aksi tumbukan dan sebagainya. Saya baca sampai ketawa terbahak-bahak. Agak kelakar untuk membaca pandangan bangsa lain terhadap komik yang diterjemah dari cina (saya cina).
"Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata!" saya agak maksudnya "bila menghadapi maut/situasi susah baru tau nak akur/insaf." Tapi kadang kala ada juga ayat yang entah apa maksudnya. Komik doraemon dan Conan pun begitu.. rasanya kalau bukan bahasa asal yang dibaca, maksudnya pasti ada yang hilang.
aku minat gile ngn komik neh.mayb sebab aku ada ramai kawan lelaki y nak share ngn aku kalo aku termiss 1 buku hehehehe..aku dulu selalu wondering nape la org hong kong ni xwat alam perwira ni muvie or cite drama cm pedang setiawan.mesti best n gempak gile kan.siap aku dah ada dah sape y patut bawa watak ji fat ji kao, maharaja zhou, hahahaha funny la bile teringat balek zaman kanak2 aku
halo saudara yatt..aku tgh survey2 kat net pasal komik alam perwira ni tiba2 dia directkan kat link ko.aku baca ko beli alam perwira collection tu teruja lak rasanya.ade lg x agak2..aku org kuantan.xde masa nk pegi perak sana.hope to hear from you soon.lama dah cari collection tu,last simpan masa form3 sebelum pindah ke sekolah asrama & mak aku buang ~ adoi ('',)
salam..
aku baru dlmblog nie..aku tertarik kat tajuk ko..mmg best giler komik alam perwira..selain tue aku layan gak dewataraya and raja rimba..itu pun zaman 90an la..
komik dah lps translate kat malaysia mmg ade censored pun gmbr2 die..lagi2 ifrit utama tue, aku rase die suke giler buat adegan terlampau ngan gurl..eheheheh..
tapi yg x puas hatinye kalau korang bace yg last episode ji fat kalahkan maharaja zhou, then ji fat naik takhta, at the end nak disambung kan cerita, keturunan ji fat yg keberapa entahla..die blh jadi maharaja jahat la pulak...tension...die x tahu ke datuk or moyang die (JI FAT) punyela payah dan halangan tahap agungnye nak amankan CHINA..
kelakar....eheh...
serius!!cite kamu ni tul2 wat aku teringat balik komik alam perwira.abg aku kene study kat jepun masa tu,siap pesan suruh aku beli komik tu (jgn miss).dah le aku duk asrama.risau giler takut komik tu kene rampas klu2 ada spot check.ji fat tu siap aku dah declare jd pakwe aku..hahaha..lawak..terpengaruh tul masa tu..hikmat alam semesta,gaya api syurga meragut lalang..best2!!komik alam perwira tu xtau le berapa byk versi dah abg aku beli..yg ada kaler,yg combine nye ,sume dia sapu..fanatik sgguh..
cuba surf i-komik.com mcm2 ada
Post a Comment