Wednesday, July 11, 2007

SATU HARI... 17 TAHUN DULU

SAPA-sapa yang pernah jumpa aku sekarang, tolong jangan ketawa kalau tengok gambar kat bawah ni. Itu rupa bentuk fizikal aku 17 tahun dulu. Tahun 1990. Tingkatan Empat. Honeymoon Year, kata orang. Dan, masih kurus kering.

Era aku bercita-cita tinggi dan berangan nak jadi kartunis.

Nak jadi pelukis.

Dan, err... cuba nak jadi rocker!

Tapi gaya tak rock langsung!!

Oh! Search baru keluar album 'Karisma' dan Wings album 'Teori Domino' masa tu.

Ok. Entry ini sebenarnya aku tujukan kepada dua kartunis / pelukis terkenal yang waktu itu menjadi 'mentor' (heheh) aku, tetapi kini sudah menjadi sahabat.

Scorpyan dan Gayour. Woi! Gambar ni aku simpan lagi la! Hahah!!

Gambar diambil pada tengah hari sekitar tahun 1990 ketika Hari Terbuka dan Perasmian Universiti Sains Malaysia (USM) Cawangan Tronoh, Perak (sekarang sudah menjadi Universiti Teknologi Petronas). Scorpyan dan Gayour yang ketika itu bersama majalah Gelihati (RIP) dijemput membuat demonstrasi melukis di booth milik Gelihati. Selain dua orang kartunis yang cukup rock waktu itu, ia disertai oleh Labuair dan Adeputra (sekarang dah berjaya sebagai pelukis).

Booth diorang memang happening! Dah macam ada band rock buat sesi fotografi dan autograf. Aku yang memang gila melukis kartun masa tu mendominasi setiap masa untuk melepak, bertanya, suruh lukis, bersembang dan macam-macam lagi dengan diorang sampai diorang pun naik bosan kot! Haha!



Pyan aka Scorpyan yang waktu itu cukup rock. Mamat ni masa tu rambut panjang lepas bahu, tapi dalam gambar ni diikat pulak. So, nampak macam rambut pendek.



Gayour. Hahaha! Brader, lu mesti gelak tengok gambar ni. Rock abih! Masa tengah melukis, rambut mesti termasuk dalam mulut! Hihi!

20 comments:

gayour said...

orang kata kita tak betul..
harharhar! seronoknye dapat tengok gambo klasik ni encik yatt oi! sebenarnye gua begambo dengan lu ker atau lu yang begambo dengan gua? iskh! apasal la gua terima ofer lu begambo masa tu. HEH! 17 tahun telah berlalu, apa nak dikata beb... tq bebanyak la.

Yatt said...

Err... Gua rasa lu yg nak bergambo ngan gua. Hahaha!

Brader, but lu tu lu dah humban ke mana? Hihi!

Anonymous said...

gile kau yatt... boot tu ada lagi dia simpan bawah meja tu. kalau tak caye kau gilah check. cuma dah tak boleh pakai sekarang sebab dah tak muat... muahahahaa

ni betulnya oldskool ni...

apai

Mohd Asnol Lob said...

pergghh....
sungguh sungguh fiksyen ni.

Yatt said...

Apai
But tu dah boleh masuk muzium kot. Tak pun simpan dlm library KKSB buat archive.

Greect
Woi! Aku rindukan Nasik Beringin kt Mutiara Bangsar. Ehek!

pjoe said...

kacak-kacak semuanya!
:D

carvedijan said...

he!he!he!

Kalu dibandingkan masa aku jumpa ko kat PH ngan gambo yang kat sini....perghhh beza giler.

(Cakap orang kunun!!! aku pon sama gak cam ko)

Yatt said...

Ijan, kau diam!! :)

Mohd Asnol Lob said...

yatt...aku pun teringin nak mkn nasik beringin tu gak.

dah 7 bulan ni tak merasa. aku dah tuko keroje la ni wei. di maju junction mall la ni. awek ramai woo...

viruspadu said...

salam, wahhhh... syiok la dpt tgk gambar lama2 ni kan, kenangan terindah gitew...
lg klasik kalu kaler dia gitu...
mcm merah2 sikit kan...
klasik abes la

Anonymous said...

Yatt;
Aiseh! Sebenornye aku x dpt nak imagine muka hang masa tu...maklum la dah 17 thn.

Disbbkan aku x der pun gambor tu, so izinkanlah aku mengdonwloadkan utk simpanan aku (sebenornye aku dah rembat terlebih dulu sbelum bagi tau!).

Sapa mamat2 kat sebelah hang tu - member jugak ka? Kalu member, krim salam kat depa semua...

Yatt said...

Greect
Eh! Tak tau plak ko dh tak keja situ. Ke ko dh bgtau tapi aku dah lupa?

Virus
Hehe... tu gambar taun 1990. Faham je la.

Pyan
Hahaha.. ambik la. Aku tak kisah. Aku pun tak kenai sapa mamat sebelah tu. Aku yg nk bergambaq dgn hang, tp dia pun nyibuk sekali. Ekekekeke

...$weE+ 666... said...

:D yatt, mmg aku tak kenal la kau kurus sgt masa tu weiiiiii... serius mcm ABG k... (anak baru gede') hehehe... tapi kiut gak aku tengok 5-6 kali. patut la nadia jatuh chenta!!! hehehe...

Yatt said...

zizie

serius mcm ABG k... (anak baru gede')

Tak paham?

Itu gambar masa aku form 4 daa. Mmg la lain rupa bentuk fizikalnya.

Cute? Mmg pun... sampai la skrg ni! Hahahaha!!

N a d i a said...

uhuk..uhuk..tersedak aku weyyy! sapekah manusia yang mengaku KIUT itu?...hahaha...

zizie, aku jatuh chenta sbb mamat tu manisssss je muke dia!...hehehe

Edd Vedder said...

gonjeng. tersangat gonjeng.

Yatt said...

Nana
Hensem tarak, manis ada ---> Arwah P Ramlee

Edd
Gonjeng pun gonjenglah! Janji rokk!!

fara[the]bugbuster said...

hahahah kurus... gayour parut pon slim jek... apa apa pun... seluar mesti senteng skit... *smile*

Yatt said...

Fara,

Biasa la zaman tu. Rock la konon. Err... hang pun dok pakai seluar katuk lagi kot masa tu. Hahaha...

Btw, lu punya gambaq dasat. Meh sini aku linkkan blog ko.

zairi said...

pergh..dressing macam cipan memasing.tapi time tu kira dah kacip dah.harharhar...