Tuesday, July 31, 2007

APPETITE FOR DESTRUCTION - UDAH 20 TAHUN!

KALAU ada yang gilakan Pearl Jam, meleleh air liur tengok My Chemical Romance atau respect gila kat Muse, aku pulak tunduk hormat dengan band kat bawah ni. Satu ketika aku pernah berangan nak nonton konsert diorang kat Malaysia (dan aku tahu mereka tak akan datang dan tak akan dibenarkan datang).

Memang diorang tak datang pun. Tapi ia tetap menjadi pujaan aku sampai sekarang.


Yup, Guns N Roses. Band asal LA yang mencetus kegemparan dalam dunia muzik rock antarabangsa hanya dengan kemunculan debut album 'Appetite For Destruction' pada 1987. Mereka meletup bukan setakat hebatnya album itu, tetapi kerana prinsip mereka yang berpegang teguh kepada sex, drugs & rawk N roll!!

Gambar di atas dengan line-up 'Appetite For Destruction' iaitu (L-R) Duff McKagan (bass), Izzy Stradlin (gitar), Axl Rose (vokal), Slash (gitar) dan Steven Adler (dram).



AKU tak perasan pun yang 'Appetite For Destruction' (AFD) genap usianya 20 tahun pada 21 Julai lalu selepas released pada 21 Julai 1987. Itupun selepas melihat Rolling Stone menampilkan Guns N Roses sebagai cover sempena anniversary ke-20 album itu.

Err... Kat Alor Star aku tak tau kat mana nak cari Rolling Stone yang itu. Ada sapa-sapa boleh tolong?

Walaupun hanya terjual 500,000 unit selepas setahun berada di pasaran, tetapi AFD mencatat sejarah sendiri apabila sehingga hari ini sudah terjual lebih 25 juta unit di seluruh dunia, termasuk 15 juta unit di US saja!

Pada 1989, Rolling Stone meletakkan AFD di tangga ke-27 dalam senarai Album Terbaik Sepanjang 80-an. Rolling Stone kemudian sekali lagi memasukkan AFD di kedudukan 61 dalam senarai 500 Abum Terbaik Sepanjang Zaman. Pada 2001, Q Magazine pulak meletakkan AFD sebagai antara 50 Album Paling Berat Sepanjang Zaman. Spin pulak memberi kedudukan ke 18 dalam senarai 100 Album Terbaik 1985 - 2005 sebelum Kerrang! menobatkannya di tangga teratas 100 Album Rock Terbaik Sepanjang Zaman!

Gila ah album ni!

Aku start dengar AFD tahun 1988 masa Form 2. Mula-mula aku suka Guns N Roses ni pun bukan sebab lagu diorang, tapi sebab imej dan karakter gitarisnya, Slash. Mamat ni memang ada satu macam aura yang membuatkan dia nampak pelik dan lain dari yang lain. Unik. Masa sekolah dulu aku hisap rokok Marlboro Kotak Merah semata-mata sebab suka tengok posing Slash masa bergambar dengan rokok di mulut. Hihi.

Kata gitaris Queen, Brian May pasal Slash dalam majalah Q :

"Slash looks the way a guitar hero is supposed to look."

Aku setuju!

Kaset AFD tu aku tak beli pun, tapi ada satu brader (aku dah lupa nama dia) yang hadiahkan sebab dia tengok aku asyik belek-belek kaset tu. Lepas tu AFD aku pasang berulang-ulang kali sampai la hilang entah ke mana!

Cuma tahun lepas aku jumpa CD AFD kat sebuah kedai CD second hand dan brader tu jual kat aku RM15 je. Heheh.

Aku tak reti sangat nak review detail sangat AFD ni sebab aku bukannya handal pasal muzik pun. Tak reti pasal teknikal pun. Tapi ada sesuatu dalam album, dan antara yang sesuatu itu ialah suara Axl Rose yang cukup unik dengan pelbagai tone, range dan pitching (betoi ke ni?). Lepas tu aku suka sebab diorang ni 'naughty'. Hahah! Bak kata Slash dalam majalah Q mengenai Axl Rose :

"He's a great frontman, and great frontmen are hard to find. But he's also... Axl. And you have to deal with that, too."

Favourite track aku : "Mr Brownstone", "Paradise City", "You're Crazy", "Rocket Queen" dan "Sweet Child O'Mine".

Selain tu dengan track hebat seperti "Welcome To The Jungle", "It's So Easy", "Out Ta Get Me", "My Michelle", "Think About You" dan "Anything Goes".

Ops! Ada cerita menarik di sebalik rakaman lagu "Rocket Queen". Sapa-sapa yang dengar mesti perasan kat tengah-tengah lagu tu ada suara awek tengah err... orgasm. Dan suara itu adalah milik sorang awek cute bernama Adriana Smith yang ketika itu berusia 19 tahun tengah syok memprojek dengan Axl Rose. Adriana jugak adalah awek kepada drummer, Steven Adler yang tak tahu langsung aweknya sedang dikerjakan oleh Axl.

'Bunyi-bunyian' daripada Adriana itu dirakam oleh engineer, Vic Deyglio di sebuah studio dekat Manhattan dan dia ada ketikanya terpaksa masuk ke dalam studio tempat Axl dan Adriana 'beroperasi' untuk membetulkan kedudukan mic. Hahaha!


HEHEH... Masa aku mula-mula dapat album ni dulu, aku cukup suka dengan artwork inside covernya macam kat atas ni yang dilukis oleh Robert Williams. Tak tau le pulak aku rupa-rupanya ia adalah cover asal AFD sebelum ditolak menjadi inside cover bila ia mencetus kontroversi. MTV tak mau mainkan video clip diorang kalau diorang guna artwork tu sebagai cover album. So, nak tak nak kena la tukar macam kat bawah ni.

21 comments:

N a d i a said...

izzy tu chomel sgt dulu! i like!!!..;-)..anyway, nana rasa cover robot tu lagi sempoi. mmg brutal, tapi sgt unik.

carvedijan said...

Line up GnR paling best bagi aku.....

Slash gak le yang membuatkan aku jatuh chenta ngan Les Paul....

zan said...

Hail Guns N roses..
Evolusi aku dekat GnR ni lambat..
Tahun 1995 baru aku dengar AFD ni..
Itu pun lepas aku baca "Ujang" "Bersama Selamanya". Ada scene Amar nyanyi lagu "Sweet Child O' Mine" untuk sepupu dia nyer birthday.
Maser tu aku beli kaset, dapat lagi cover original tu.. Skang kalau cari cd @ kaset, cover depan dah tukar. Versi lambang GnR sahaja...Boring

Yatt said...

Nadia
Axl lagi sexy :P. Betui. Tapi gambo awek yg nak kena rape dgn robot tu lgi unik dan sempoi. Kui kui kui!

Ijan
Selain Slash & Axl, aku suka Duff. Vocal husky dia nampak 'jahat' & naughty...

Zan
Ha ah! Cover depan tengkorak & cross tu dh takde dah. Sume logo GNR je. Woi... 1995 br nk layan AFD ka? Masa tu GNR pun dh RIP rasanya. hahaha

zan said...

Di sini aku harus akui bahawa korang semua lebih otai dari aku. baik dari segi umur mahupun knowledge tentang muzik. maklumlah. budak sekolah agama. Muzik ni "haram" bak kata ustaz2 aku. So dolu2 aku lebih ke arah Nadamurni n The Zikr (pioneer rabbani, hijjaz n raihan)

Yatt said...

Zan... Eh! Bunyi mcm merajuk je... Hehehe.. rilek aa brader.

pjoe said...

teringat lirik lagu weezer - suzanne

"even izzy, slash and axl rose... when they call u put them on a hold"

hehhe

hebat sampai weezer buat references dalam lirk diorang

zan said...

Hehehe..
Bunyik cam merajuk ke Yatt?
Benda betul la..Maser AFD kuar, aku baru darjah satu. Radio pun tak tau nak bukak. Darjah 3 baru dengar "Isabella". Darjah 6 dengar Exist. Form 3 baru dengor GnR. 1st time tengok Wings "live", Awie dah kawin lagi satu. Zaman ko tengok Wings, Awie belum couple pn dengan Erra..
Kena panggil ko abg Yatt camni..hehehe
Abg Yatt!

N a d i a said...

nezjoe,
aku suke weezer & lagu suzanne itu...chomeyyy!!..;-)
tapi "butterfly" musti buat aku tangkap leleh...huwaaa..

Si Fakap said...

Dude,

Appetite for destruction adalah album penting untuk perkembangan minda para rockers sedunia.

Tanpanya, anda TIDAK rock.

hehe

P/s: Aku pernah kena sebat dengan cikgu disiplin pasal kantoi bawak kaset ni ke sekolah. Rock punya pasal...

sheesh. memori, memori.

hehe.

Anonymous said...

Assalamualaikum Bro Yatt,
Salam perkenalan... gua sebenarnya dah lama mengikuti tulisan bro...

Cuma cerita lu pasal GNR ni buat gua terpanggil untuk menulis...
AFD memang the great album selain UYI I & II... GNR ni unik kerana semua ahlinya punya karektor tersendiri dan lagu2nya hebat...



Nota:

1. Rasanya belum terlambat untuk ucap takziah atas pemergian orang tua lu...

2. Kisah perjalanan lu nak jadi kartunis dulu sama macam gua... :)

Yatt said...

Joe
Slash & Axl adalah icon bg GNR. Heheh...

Zan
Ish... geli ah ko nak panggil aku abang. Laa... aku igt ko ni dh tua! Hahaha! AFD released ko br darjah 1? Ish.. aku dh Form 1 masa tu woi! Dh tgk konsert Wings. Hahah! Alaa... biasa la tu. Aku masa darjah satu pun x tau apa2 lagi psl rock.

Nana
Axl tu muka cam arwah Kurt Cobain pun ada. Heheh

Fakap
Hahah.. ko kena sebat pasal GNR. Aku kena cubit ngan cikgu pasal conteng tulisan Morbid Angel kt meja. Pastu dia suruh aku cari meaning Morbid Angel dlm kamus & explain kt depan kelas. Gila ah!

SGNS
Waalaikumussalam. Ada peminat rupanya blog ni. Hahah. Thanks beb sudi membaca tulisan merapu aku ni. Wa, blog ko mmg rock! Ko melukis kt mana dulu? Aku dulu memang dh nmpak mcm ada tmpat dlm bidang tu, tp rupanya rezeki aku bukan kt situ. Rezeki aku bukan lukisan, tp tulisan. Ok la tu, benda creative jugak kan.

gayour said...

THE MOST DANGEROUS ROCK N' ROLL BAND ON EARTH! itulah GnR yang gua kenal 20 tahun yang lalu dan gua amik nama SLASH dan bagi pada karakter yang gua cipta! tapi jangan tak tau... walau senakal, sejahat, seganas dan sehuduh manapun perangai tak senonoh GnR ni, semua yang dilakukan oleh axl telah dilakukan oleh mike jagger dan rolling stone!
" i quit because he is an asshole! i have other things to do and life is too short "
kata slash pada war axl rose. HEH!

ayuh encik yatt, kita layan lagu Sweet Child O Mine untuk apa saja kenangan lama yang tetap segar dalam ingatan...

gayour said...

lupa plak!
sebenarnya gua nak bagi lu last warning yang pertama!
oiii! apasal lu borong abis semua komik mediaseni aaa? apasal? apasalllllllll? ARGHHHHHHHHH!!!

Yatt said...

Gayour
Brader, dlm AFD tu gua lebih suka Paradise City & Mr Brownstone.

Err... sorry, komik Media Seni tu gua jumpa 2 je la. Satu tu pun cover dh tercabut. Citer pun tak best sgt. Sapa tah yg lukis lupa plak. Mana nak cari komik yg Pot JR buat tu yek? Gua igt lagi satu komik dia pasal Pendekar Budu. Makan budu satu tempayan terus jadi kuat. Hahaha! Mcm popeye la plak.

N a d i a said...

Q Magazine (2004)
ICONS - The Greatest Music Stars of All Time:

#45 - Axl Rose
"He's a great frontman, and great frontmen are hard to find. But he's also...Axl. And you have to deal with that, too." (Slash on Axl Rose)

#67 - Slash
"Slash looks the way a guitar hero is supposed to look." (Brian May on Slash)

p/s: pe pun, 'paradise city' mmg bagi energy di hari yg malas.

p/s lagi: kagum habis kat gnr masa konsert deme 'use your illusion world tour 1992 (tokyo)' tu...fuhh...where the hell did their energy come from?!

Anonymous said...

/s lagi: kagum habis kat gnr masa konsert deme 'use your illusion world tour 1992 (tokyo)' tu...fuhh...where the hell did their energy come from?! - Nadia


Betul tu Kak Nadia, Axl berlari satu pentas macam tak pernah letih, gila betul, energy mengalahkan Jin suara boleh maintain pulak tu... respek betul!

Bila la nak muncul penyanyi kat Malaysia macam si Axl nih...?

N a d i a said...

sgns,
iye..mmg sgt heran & kagum!..perlu diingat, spandex si axl tu ketat tak hengat & dia berjaya maintain tak semput..dasat...dasatt..mmg bikin gua ngigau!;-)

carvedijan said...

Assalamualaikum, (bagi salam sebelum menyampuk)

Pot Jr.? Aku masih ingat lagi komik Pot Jr masa aku kecik2 dulu. Trademark lukisan dia dah tentu tang telinga yang terkeluar tu. Yeah!! Pendekar Budu. Baru aku ingat. Tu semua pengaruh dari siri Popeye yang akan kuat kalu makan bayam. Pendekar Budu lak makan budu.

"Mana nak cari penyanyi sama cam Axl?"

Aku dah lama sangat perasan tang benda ni tapi kalau cakap pasal suara, yang sama macam Axl dah tentu Amy Search. Setuju tak? Terutama masa tang meneran.

zairi said...

ni lah antara sebab aku link blog ko.banyak citer2 GNR yang aku x tau dah ko kasi tau.search pun.

Anonymous said...

tengah cari info pasal kartun majalah ujang yang ade sorang macam slash,sorang macam axl..sy baca mase kecik2 dulu bile balik kampung hujung mggu (sbb ade kakak n abg sepupu beli).nasib baik brader zan kat atas bgtau..Bersama Selamanya...baru ingat....rase macam diawang awangan nak mengingat....bile tgk gnr kat youtube asyik teringat kat siri Bersama Selamanya je..walaupun kecik sgt waktu tu, tapi boleh baca dan enjoy..ingat yg Amar tu ade 2 org adik kembar perempuan...hehe.rambut pun sama mcm axl....baru google axl,btw memang rocker paling handsome dan sexy rupanya..