Tuesday, August 21, 2007

AKU, ALOR STAR & RAWK N ROLL Part II

View setiap hari dalam perjalanan ke ofis.


PEJAM-celik pejam celik, dah lebih lima bulan aku merantau atau 'disuruh' merantau ke Alor Star ni.

Bagi aku, sesapa pun yang dah lebih 10 tahun duduk di KL dan tiba-tiba ditransferkan ke satu daerah yang cukup asing, mesti pening kepala jugak kan? Macam-macam ada dalam kepala!

Aku ni study kat KL, bercinta kat KL, frust bercinta kat KL, bercinta balik kat KL, grad kat KL, experience keja aku kebanyakannya kat KL jugak, plan nak kahwin kat KL, kahwin kat KL...eh! Ipoh! First time duduk serumah dengan bini kat KL, buat anak kat KL, dapat anak kat KL selain 80 peratus kawan-kawan rapat aku semuanya kat KL termasuk la adik-beradik aku, pun kat KL jugak!

Tapi aku sebenarnya orang Batu Gajah, Perak. Hahaha!

So, selepas lebih 10 tahun berkelana di KL dan apabila tiba-tiba 'dicampakkan' ke Alor Star yang aku tak pernah duduk lebih dari tiga hari, dah tentu la aku rasa tak best! Ye la, banyak yang perlu dikorban, berkorban dan terkorban!

Aku tak tau berapa lama aku kena duduk sini. Dua, tiga, empat tahun? Atau lebih lagi? Sebelum ni kawan aku lapan tahun kena transfer kat Alor Star sebelum dipanggil balik ke HQ.

Ok la, dalam jangkamasa ni aku dah boleh menyerap tekanan yang sebelum ini menghantui jiwa murni aku ni. Tapi dalam masa yang sama aku sebenarnya rindukan kehidupan kat KL. Aku rindukan kawan-kawan aku dan 'isi' KL itu sendiri.

Jadi, untuk buangkan rindu tu, aku selalu bayangkan yang KL tak best. Duduk di KL penuh dengan stress dan tension. KL jam gila babi, makan mahal, sewa rumah mahal dan selalu banjir!

Aku teringat balik dulu masa nak pegi kerja aku terpaksa harung traffic yang menggila di Plaza Phoenix Cheras. Bila time balik pulak kena tempuh traffic yang lagi gila kat highway Taman Connaught, Cheras (dekat Giant, McDonalds, Projet). Balik kerja pukul 10 malam pun kadang-kadang jam gila babi kat situ sampai aku menjerit sorang-sorang kat dalam kereta pasal tension sangat!!

Perjalanan dari ofis aku kat Bangsar ke rumah di Cheras yang sebenarnya hanya mengambil masa kira-kira setengah jam boleh jadi sampai dua jam! Gila!

Kat Alor Star aku tak payah tempuh semua tu. Aku boleh drive dengan tenang. Tak sampai 20 minit aku dah boleh sampai ofis (itu pun sebab aku duduk kat Jitra, kalau Alor Star lima minit aku dah sampai!).

Kalau lebih 10 kereta berbaris dekat traffic light itu sudah boleh dikira traffic jam untuk kategori Alor Star. Heheh... Kadang-kadang kena bawak slow pasal ada pakcik bawak Datsun 120Y teramat slow di lane kanan Lebuhraya Darulaman. Heheh. Nak hon segan pulak.

Makan pun murah. Nasik sepinggan, ayam seketul, ikan sekor, sayur dua jenis termasuk limau ais, tak sampai RM5 pun. Ada sekali aku pernah breakfast dengan member kat Pendang. Kami makan sekeping sorang roti canai, satu sirap dan satu teh o kosong... RM2 je! Haha!

Dulu aku ingat port DVD pirate kat Sungai Wang dan The Summit USJ adalah syurga aku. Tapi dekat Star Parade & Plaza Sentosa, Alor Star lagi happening rupanya! Hahah! Murah pulak tu! Siri boxset pun murah beb!

Kat KL jenuh aku cari dvd 'Body of Evidence' lakonan Madonna (dia bogel dalam filem tu. Heheh), tapi tak jumpa! Last-last aku boleh jumpa dvd tu kat Star Parade, Alor Star. Hihi.

Tapi kalau sesapa yang suka dengan night life, kaki clubbing, kaki happening... kat Alor Star takdelah. Sesapa yang kaki lepak kat Starbucks, Coffee Bean atau nak shopping macam kat Starhill, KLCC, Mid Valley, Jusco... errr... kat sini takde jugak semua tu.

Apa yang aku tulis ni bulan la nak kata Alor Star ni cikai sangat. Alaa, aku pun orang kampung jugak. Cuma, sekali-sekala aku rindukan KL. Itu saja.

Apapun, ada hikmahnya aku diletakkan di sini.

p/s Bila la Alor Star ni nak ada konsert rock? Search, Wings, Lefthanded, Rusty Blade, MAY, Pearl Jam, Black Sabbath, Slayer dan Napalm Death tak teringin ke nak turun sini? Hahaha!

8 comments:

N a d i a said...

hamboihhhhh! body of evidence je dihighlightnye!!..chaittt!!...
yatt, apa kata kite je la organize konsert rock kat sini?...hahahahhaa...

p/s: incik, mane cerite gi chine?..

Yatt said...

Ekekeke... tp sampai ari ni tak abih lagi tengoknya.

Chine? Sabo le yong... Nanti keluo le...

carvedijan said...

Kan seronok kalau aku pon dapat peluang berhijrah macam ko...

Boxset murah?.....hehehehe macam nak kirim aje.

Edd Vedder said...

Entry kau ni boleh dibuat sebagai brosur pelancongan negeri aku. hehe.

Kalau kita dh duduk 1 negeri selama 10 tahun, lepas tu kita berhijrah. Once in a while kita akan rasa rindu jugak.

Enjoy the easy life.. kalau nak rasa kesibukan kota, turun aja KL seminggu. Aku sure ko tak tahan dan nak balik Kedah semula..

Yatt said...

Ijan
Ada syok dan tak syoknya...

Edd
Brosur pelancongan? Haha. Ye la kot. Betui la apa hg tulih tu. Anyway, Aloq Staq dan Kedah tetap best Edd. Relax...

N a d i a said...

hmmm..lepas ni ke mana agaknye kite akan berhijrah lagi?...ipoh kot? heheh..

Anonymous said...

yeahhhh..... same gak le macam aku!

since 1991 stat dok KL/Shah Alam sampey le Mac 2007. 16 taun tu beb. kalo le taim tu aku dah kawin, anak aku yang tue tu sekaghang udah form 5. alangkan die yang stendet 5 pon aku dah ghase lame bebeno

sekali bile pindah ke Tanjong Malim ni memang satu macam je aku ghase. abeh ilang segale 'nikmat' dok kat Shah Alam dulu. ye le... mane nak caghi lagi dah Amcorp Mall, Summit USJ tu semue. kat sini dapat ade Giant sebijik pon udah nikmat benor aku ghase..... alahaii Tanjong Malim. dok bangge ngan pau Yik Mun aje le....ekekekeke!

camanepon aku tetap besyukor sebab dapat balek ke 'tanahayor' aku walopun TM ni tak seglamer KL/Shah Alam. kot nak balek Kuale tu jimat le dah sejam driving

zairi said...

aku x suka KL.kelam kabut hidup kat sana.jiwa manjang kacau je.tu sebab aku bikin hidup kat seremban.