Thursday, August 23, 2007

BODYGUARD FROM BEIJING

ALHAMDULILLAH... Baru-baru ni aku dan teman-teman seperjuangan sekali lagi ditaja untuk pergi bercuti.

Destinasinya, Beijing. Ibu kota Republik Rakyat China yang selama ni aku tak pernah terfikir pun nak jejakkan ke bumi yang sudah bertamadun sejak ribuan tahun itu.

Terus aku teringat kat Puteri Hang Li Po, Laksamana Cheng Ho, Mao Tze Tong, The Last Emperor, Jet Li dan Zhang Zi Yi.

Punya la luas ya amat Beijing ni. Kata tourist guide kami, 20 kali ganda KL. Penduduknya pulak lebih 14 juta umat. So, bayangkan la.

Terus terang aku cakap, Beijing ni takda la apa sangat. Mungkin sejarah yang sudah berusia lebih 3,000 tahun selain keunikan budaya dan lifestyle penduduknya menjadikan Beijing lebih menarik.

Aku cuma kagum dan paling kagum dengan Great Wall dan Forbidden City. Macam bermimpi pulak dapat jejakkan kaki kat antara tempat bersejarah paling menarik dalam dunia tu. Heheh. Aku kagum kerana kedua-duanya adalah lambang kerja gila makhluk bernama manusia. Entah sel otak apa yang Tuhan masukkan dalam kepala maharaja Dinasti Qin dan Ming untuk bina kedua-dua benda alah tu!

Diorang tu memang gila!

Selain tu aku pening kepala dengan Beijing pasal 80 percent penduduknya tak tau sepatah haram pun cakap orang putih! Thank you pun tak paham! Sebab tak paham punya pasal, aku kena kencing 9 Yuan (lebih kurang RM4.50) semata-mata nak beli sepotong buah honey dew yang harga sebenarnya cuma lima posen duit Malaysia je. Cibai punya apek tua penjual buah!

Toilet? Heheh. Semua jamban public memang tak ada air dan sanggupkan anda melepaskan hajat ditemani dengan bakul yang dipenuhi dengan bekas toilet paper yang sudah digunakan? Macam-macam color ada! Argggg...

Selain tu, traffic jamnya juga mengingatkan aku kepada Plaza Phoenix, Cheras, Highway Connaught, MRR2 Pandan Indah, Federal Highway, Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak. Tobatt!!

Kesimpulannya Beijing bukanlah pilihan aku kalau nak pergi bercuti sendiri. Apapun, aku tetap enjoy sebab kalau diorang tak ajak aku, memang aku tak merasa nak ke sana!

Terima kasih daun keladi Datuk!!


Great Wall - Tak sanggup aku nak menapaknya. Aku naik sikit je, tapi itu pun dah cukup puas!


Tasik Kunming, Summer Palace


Brader ni relax di atas basikal roda tiganya yang sempoi


Kapal terbang yang korang tak akan dapat tengok kat mana-mana airport di Malaysia


Post office diorang. Macam klinik je.


Apa nama tempat ni tah yang aku ambil kira-kira jam 6.45pm


Great Wall lagi - aku naik sampai takat ni je. Tak larat sebab tangganya curam 90 darjah selain terik mentari musim panas yang mencecah 35 darjah Celcius.


Forbidden City - Rasanya scene awal filem Jackie Chan, Shanghai Noon tu buat kat area ni lah


Dalam Forbidden City - ada 9,999 bilik beb! Gila kepala hotak orang yang buat ni!


Ingatkan The Mall tadi...

11 comments:

Edd Vedder said...

Ko tak menapak Great Wall?? Bukan senang beb. Kalau aku, bior sampai merangkak.. cita2 aku nak jalan seluruh Tembok Besar tu.

anyway 1hb korang turun sini ek. Kalau nak lepak ngan Zack 2hb tu contact la aku. Kita gi breakfast ke apa ke.. Tu pun kalau aku dh balik dari Loq Staq (rujuk komen di blog bini kau).

Yatt said...

Aku naik la Great Wall. Tapi sikit je la. Aku panjat lebih kurang dekat satu km la jugak. Itu pun dah cukup ok.

Ko nak jalan seluruh Great Wall tu? Errr... panjangnya 6,700 km. Setahu aku dlm dunia ni ada satu mamat dari US je yg berjaya jalan dari mula sampai penhujung Great Wall tu. Itupun dia ambik masa dua tahun nak abiskan!

2hb tu sure ke hg ada kt KL? Kata nak pi ukuq baju kawin. @hb ari ahad bro, Zack tu bukannya buleh kuar.Pepehal roger aku ok.

N a d i a said...

ahhh..merasa gak aku jade dari china...yeayyyy!!...;-)

zan said...

1hb turun KL? 9 hb ko tak tengok Search ke Yatt? Meh la turun lagi skali..Tengok Joe berentap ngan Hillary..


p/s: 1 hb ni Lefthanded turun fully line up ke? Man Dayak ader skali? Nash? Samad n Keedal?

Yatt said...

Nana
Itu mmg org beli utk awak la. Hihi.

Zan
1hb mmg kitorang turun KL. Memula igt nk layan Napalm Death. Pastu pikir2 baik layan rock kapak tu. Lagipun kami ada keja sikit kt sana.

1hb dah turun, 9 hb nak turun lagi mampus la! Kopak la aku bai! Bukannya dekat. Aku mmg tak pi Search. Lgpun kalau show kt planet tak best. Sempit, penuh dgn asap rokok, sound hancus...

carvedijan said...

6700km? Patut le boleh nampak dari bulan. Dengan kaki yang terkehel macam ni, kalau aku yang berjalan mau dekat 67oo tahun baru abis.

Yatt, kalau nak lepak 1hb tu pon cantik gak. Call aku ye. Rasa2 time tu aku off duty.

N a d i a said...

heh..ramainye nak ajak encik yatt lepak ye?..ngalahkan artis! heheheh..;-)

Yatt said...

Zan
Lefthanded rasanya Samad je yg takde. Yg lain line-up biasa la.

Ijan
Ko ni dah la kaki terkehel, bole ke nak lepak? Hehehe... takpe. Nanti pepehal aku cal.

Nana
Saya memang artis pun. Dulu pernah jadi extra dlm drama Melayu & pelakon iklan. Hahaha

fara[the]bugbuster said...

aku rasa kalau ko katam jalan kat great wlal tuh sure ko berjaya bakar lemak tepu ko tuh... anyway aku JELES!

Yatt said...

Fara,

Tak pun aku pengsan sekerat jalan. Mmg patut ko jeles sbb tmpt tu cantik sangat. Best buat photography...

gayour said...

whoaa.... best la lu!tahniah kerana berpeluang melihat negeri orang dan segala kehebatan yang ada. ni yang dikata... jauh berjalan, luas pandangan, betambah pengetahuan dan moga betambah keimanan!