Gambar takde kena-mengena dengan cerita di bawah
Cuma azam aku untuk berhenti merokok setakat ini berjaya nampaknya (ketika entry ini ditulis aku dah 63 hari tak hisap rokok). Itupun dibuat pada 11 November 2006, bukannya pada tahun baru 2007.
Kalau aku nak berazam apa-apa, tak semestinya pada tahun baru. Bila-bila pun boleh, tapi kena usaha le.
Oh ya! Bermula 1 Januari lalu aku perlu membayar tol sebanyak RM3 setiap kali ulang alik nak pergi kerja berbanding RM2.40 sebelum itu. Tahniah! Aku amat hargai kenaikan yang diumumkan kerajaan kerana aku difahamkan tidak ada jalan lain untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan dan mengurangkan defisit perbelanjaan. Bagus la tu...
Cuma yang paling menarik pada 2007 ialah umur aku meningkat 33 tahun, Nadia 30 tahun dan Deena 3 tahun. Hmm... 333003... 033033... 303303... Heheh...
RASANYA tak pernah pun aku ucapkan Selamat Tahun Baru atau Happy New Year kepada sesiapa pun. Malah, aku juga tak pernah menyuarakan azam baru setiap kali menjelang tahun baru. Bagi aku segala azam tahun baru adalah klise.
Cuma azam aku untuk berhenti merokok setakat ini berjaya nampaknya (ketika entry ini ditulis aku dah 63 hari tak hisap rokok). Itupun dibuat pada 11 November 2006, bukannya pada tahun baru 2007.
Kalau aku nak berazam apa-apa, tak semestinya pada tahun baru. Bila-bila pun boleh, tapi kena usaha le.
Oh ya! Bermula 1 Januari lalu aku perlu membayar tol sebanyak RM3 setiap kali ulang alik nak pergi kerja berbanding RM2.40 sebelum itu. Tahniah! Aku amat hargai kenaikan yang diumumkan kerajaan kerana aku difahamkan tidak ada jalan lain untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan dan mengurangkan defisit perbelanjaan. Bagus la tu...
Cuma yang paling menarik pada 2007 ialah umur aku meningkat 33 tahun, Nadia 30 tahun dan Deena 3 tahun. Hmm... 333003... 033033... 303303... Heheh...
7 comments:
Umur tu hanya angka. Yg penting KOJO KUEK!
SELAMAT TAHUN BARU DUA RIBU TUJUH!
"Saya ni bukanlah tua, cuma saya dilahirkan lebih dahulu daripada orang lain." - Allahyarham Tun Ghafar Baba
Selamat Menyambut Tahun Baru Yatt sekeluarga!
Terima kasih Pyan dan Puan Zack.
epi niu year weh..
harap semuanya OK.
selamat tahun baru
Thanks cik Lindosh. Senang2 dtg la rumah ni lagi
Post a Comment