Tuesday, January 23, 2007

HEPI BESDAY DEENA!

MACAM tak percaya 20 Januari 2007 baru-baru ni, Deena dah pun 3 TAHUN. Wah! Empat tahun lagi dah sekolah! Memandangkan first dan second birthday tak celebrate sangat, so tahun ni aku dan Nadia plan buat la sikit-sikit. Sori la kawan-kawan yang terbaca ni sebab tak jemput pun ke party tu. Alaaa... bajet ciput. Kitorang buat makan sikit-sikit dan jemput famili kakak aku dan adik ipar aku je.

Malas nak buat kat rumah atau fast food restaurant, jadi kitorang buat stail piknik je. Beli KFC, pizza, kek dan tikar, kitorang anak-beranak dan adik-beradik bersantai kat Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Alaaa, tempat yang Erra dan Yusry buat garden wedding tu la!

Memang best port kat situ! Awalnya dah dapat port baik iaitu atas rumput dan tepi tasik, tapi tetiba hujan dan terpaksa la berpindah kat dalam wakaf.

Apa-apa pun, layan gambar ni :






Wajah kek sebelum ia menjadi mangsa kebrutalan Deena




Sesi fotografi bersama pihak media sebelum acara dimulakan. Jurugambar hanya diperuntukkan masa sebanyak tiga minit saja.


Bersama sepupu ( L-R) : Iman, Deena, Adam & Muaz.

Iman : Yay! Kek ini ana yang punya!

Deena : Woi! Kek ni mama kita beli la!

Adam : Cepat le potong tu! Teman dah lapo ni!

Muaz : Pedulik hapa aku! Maleh nak joint!


Saya ingin menujukan lagu ini kepada Sin Chan, she-gu, abam-abam, kumpulan Slank dan Mawi

Ok! Press semua boleh balik. Hari ni takde PC sebab saya nak main belon ni.

2 comments:

N a d i a said...

lawak betui tengok dia posing tergedik kat pokok tu! heh..the very 70-an betui...heheheh...;-)
hai deena..deena...kejap je dah beso!

Yatt said...

Semlm nengok balik dlm bideo yg brader azahari amik lagi le ngulen! Ade-ade aje peranganye! Kui kui kui! Ate, udoh pandey nok meghajok pun sekaghang ni... Ekekeke