Tuesday, January 23, 2007

SAMPAI JUGA AKU KE PHUKET

“TAKDE tsunami ke? Bangkok dengan Selatan Thai selalu ada bom, Phuket okay ke?”
Itu antara pertanyaan yang kerap kali keluar dari mulut orang Malaysia jika nak ke Pulau Phuket, Thailand. Tak kurang juga yang tersenyum sinis sebab kononnya tujuan orang ke Phuket tak lain dan tak bukan adalah nak buat maksiat dan nak tengok awek Mat Saleh berbogel. Hahaha... come on la wei!
Dan, baru-baru ni aku bersama 10 media tempatan berlepas ke pulau peranginan yang pernah terjejas teruk akibat bencana tsunami pada 26 Disember 2004 itu. Hmm, kalau bukan sebab kerja aku sendiri pun tak tau bila aku ada peluang nak ke sana.
Apa yang aku nampak, Phuket memang port Mat Saleh especially dari Europe. Phuket yang sektor pelancongannya kantoi teruk akibat tsunami kini kembali pulih seperti sediakala. Balak mat saleh & awek saleh kembali memenuhi Phuket terutama di sekitar pantai Patong, Karon dan Kata.
Rombongan kami menginap di Hotel Phuket Graceland berhadapan dengan pantai Patong. Entah macamana malam pertama aku masuk tidur di Phuket, tiba-tiba aku boleh teringat cerita yang lepas tsunami tourist takut nak ke Phuket konon-kononnya tempat tu berhantu! Ceh!
Kalau setakat pantai, semua yang ada di Phuket ada di Malaysia. Malah, ada sesetengahnya lebih cantik lagi. Pantai Patong yang dikatakan tumpuan segala umat pelancong ke Phuket tu pada aku lebih kurang pantai Teluk Batik, Lumut atau Batu Feringgi di Penang saja. Tapi tak tau la kat pulau-pulau lain keliling Phuket tu, rasanya memang banyak yang cantik terutama James Bond Island dan Fanta Sea Island. Lagipun, aku bukannya suka sangat dengan laut. Bagi aku, entertainment dan night life adalah kelebihan Phuket. Heheh... macam-macam ada. Hmm... patut le kena tsunami.
Aksi bapuk-bapuk yang seksi maut dalam persembahan di Simon Cabaret. Ramai siot orang tengok! Siap bawak anak-anak lagi! Wakakaka! Abis show sapa nak bergambor dengan diorang bayar la dalam 100 baht atau 200 baht ( RM10 - RM20).

Pantai Patong - biasa aje aku tengok. Gambar ni aku ambik dalam pukul 8.30 am. Start tengahari tempat ni memang penuh ngan orang putih! Macam-macam stail ada!


Antara bukti Phuket dah bersedia jika terjadi tsunami lagi.


Huyoo... birunya air laut. Sapa yang gila dengan laut boleh jadi 'gila' ni.

1 comment:

zairi said...

alaa..paste kan je la gambar awek mat saleh yang dok bogel tu.ko sajee je nak simpan2 kan..