Wednesday, December 27, 2006

CERITA MENGARUT AKU


SORRY kalau gambar di atas mengganggu konsenstrasi korang semua. Yang pompuan mungkin menyampah, tetapi aku yakin golongan pria sukakannya... Haha! Takpelah, sapa-sapa yang tak suka, sila abaikannya.

Bukan apa, cuma nak kongsi cerita kelakar yang aku alami bersama dengan orang rumah, Nadia dan adik ipar aku, Dedek (lelaki) dalam tahun 2003 tak salah aku. Tapi bila pikir-pikir balik, rasa malu pun ada. Tapi dalam masa yang sama seronok dan 'beruntung'! Haha!

Kisahnya bermula apabila kawan baik Nadia dari sekolah rendah, Puan P nak bagi sekor kucing Persian bernama Mario kepada Nadia. Ibarat nyiru tapak tangan, King Studio Nadia tadahkan sebab orang rumah aku tu suka gila kat kucing! Kucing Persian pulak tu, kalau nak beli mau beribu RM!

So, kami set time nak jumpa di PJ. Di sana, puan P dah tunggu bersama emak dan kakaknya, N yang tak kahwin lagi. Aku agak umurnya dalam lingkungan awal 30-an dan dia, errr... lawa, seksi pulak tu! Ishhh!

N kemudian bagi briefing sikit pasal kucing tu. Dia makan apa, macamana nak mandikan, jangan buat camtu, camni bla bla bla... Maklum la, bela kucing Persian ni susah sikit. Banyak songeh!

Then, si N keluarkan cage kucing tu dan buat demo macamana nak bukak, tutup dan pasang cage tu. Untuk buat demo tu dia terpaksa mencangkung, bertinggung dan sambil berdiri, kitorang termasuk la P dan maknya concentrate betul-betul.

Bila dah position begitu, malangnya (atau beruntungnya?) si N memakai baju berkolar luas! Tanpa dia sedari, 'dua gunung' putih melepak di dalam baju tu hampir terkeluar! Bila dia bergerak, benda tu ikut 'bergegar' dan hampir-hampir nak menampakkan p***ing!

Sebagai lelaki normal, tipulah aku kalau aku katakan situasi tu tak seronok. Tapi , dalam masa yang sama aku jadi segan dan malu sebab adik dia, P, emak dia dan Nadia pun sama-sama kusyuk perhatikan dia. Aku toleh ke Dedek, nampak macam mamat tu kontrol je... Heheh. Tapi aku sure sangat, mak N, adik N dan Nadia memang nampak apa yang aku nampak!!

Kalau korang dalam situasi aku ni, macamana ye?

Bila dah dalam kereta nak balik, kami masing-masing diam sehinggalah Nadia bersuara :

Nadia : Woi! Korang tengok apa tadi aaa?

Dedek : VAAAAAAAAAAAPPPPPP!! ( ekspresi yang menggambarkan betapa besornya 'benda' tu! Hahaha!)

Kami semua gelak besar dalam kereta. Hampeh Dedek! Dia pun sama-sama kontrol cool macam aku!

Agaknya dalam masa yang sama di dalam kereta N, emak dia mesti tengah membebel kat dia yang dia baru saja menayangkan 'aset'nya secara percuma kat aku dan Dedek. Hahahahaha! Sampai hari ni, cerita tu masih lagi jadi bahan ketawa aku, Nadia dan Dedek.

Sekian cerita mengarut aku. Err... kalau tak suka, jangan baca.

3 comments:

zan said...

Hahaha.
Betul Yat, Ko memang beruntung. Lagipun, sapa suruh dia pakai camtu. Tapi aku tahu betapa "serba-salahnya" ko masa tu. Ye la, kalo nak berpaling kat tempat lain, nampak cam kurang hajo lak. Orang tengah bagi briefing, ko lak pandang tempat lain. Nak pandang, eii..Tapi, terpaksa la pandang gak kan? Hahaha

...$weE+ 666... said...

kucing kalau sakit gigi pun nampak ikan sure tak bagi can punyer... camtu la lebih kurang kan... hehe...

Yatt said...

Kui kui kui... tau takper