Pegi pulak kena naik van! Hmmm… ingat diorang nak kasik naik flight. Apa nak buat, selepas lapan jam bontot rasa nak kematu, pusing kiri kanan tapi stil tak bleh tidur, empat kali pegi toilet termasuk terpaksa dengar brader drebar tu menyanyi (aku rasa dia nak hilangkan mengantuk), maka sampai la kitorang ke jeti Kuala Besut tepat jam 7.15 pagi.
Gedebuk gedebak gedebuk gedebak naik bot sume dalam setengah jam sampai la ke Pulau Perhentian Kecik tu. Fuh! Pasir pantai putih, air jernih bak kristal, ikan berwarna-warni bernang-renang, pohon nyiur melambai-lambai dan awek mat saleh berbikini berlambak-lambak! Ewahhh!! Heheh… Walaupun aku rakyat Malaysia, jakun pulak rasanya bila sampai tempat camtu. Rasa macam kat negara lain pulak, dan mat saleh kat situ pulak yang rasa tempat tu macam tempat dia.
Anyway, pulau tu memang sesuai kalau pegi dengan kengkawan atau nak enjoy dan berhappening. Lagi satu, kalau baru kahwin, memang digalak-galakkan sangat pegi. Heheh… Aku yang seumur hidup tak pernah snorkeling, rock climbing dan abseiling, aku belasah buat kat situ (Huh! Memang tak adventure aku ni!). Diorang offer suruh aku buat scuba diving… Errr.. aku tak nak pasal aku menggelabah sikit dalam air.. heheh.. fobia! Diorang semua cakap rugi sebab benda tu mahal kalau bayar. Tapi bagi aku takpe la, daripada terjadi apa-apa kat aku, baik tak payah! Hehehe…
Hmmm… bila la nak pegi situ lagi ye?
Kucing hensem yang kehidupannya hanya dipulau. Mungkin dia ni tak pernah pun tengok kete seumur hidup dia.
Kalynn, awek mat saleh dari Seattle, US. Umur baru 20 tahun, tapi selamba travel satu dunia sorang-sorang. Masa tu dia dah sebulan lebih kat Malaysia dan dua minggu kat Perhentian. Kat Perhentian selamba je dia keje kat gerai sorang pakcik tu. Memandangkan dia dari Seattle, aku tanya la pasal band grunge Seattle macam Pearl Jam, Soundgarden, Mudhoney dan Nirvana, tapi dia tak minta pun band tu! Ciss!!
Kalau salah langkah masa buat rock climbing atau abseiling tu, jatuh kat sini la. Hishh!
Sunset kat pantai Teluk Aur, sebelah Barat Perhentian Kecik.
View semasa on the way untuk jungle tracking ke pantai Teluk Aur
Gambar pertama aku snap dari atas bot sebelum nak sampai pantai. Masa ni dah teruja ni!
Susah nak jumpa orang Malaysia kat sini, 80 persen orang putih dan kebanyakannya European.
5 comments:
"Susah nak jumpa orang Malaysia kat sini, 80 persen orang putih dan kebanyakannya European".
haa...gamoknye ni le punce awok sakit mate!! hehehehehhehe...tapi kucin tu mmg hensem, kalo nana pegi, sure nana dah seludp bwk balik! gebu!!!
p/s: jom le pegi bercanda ke sinun..uhuk..uhukk...
pasni, cite la pulok interview2 awak ngan jaafar taib ke, gayour ke, apa ke..bleh??
Yo sis! Lu mmg kena 'paksa' husband lu bawak gi Perhentian gak sbb best gilak!
Alaaa... naik bot tu 1/2 jam je. Rasanya lu tak mabuk kot kalau naik speed boat. Tak terasa pun gelombang laut. Tapi kalau naik slow boat cam bot nelayan tu mungkin lu bleh mabuk kot... heheh
Wakakaka... ape daa.. fobia ngan laut sbb takut dgn jaws. Ni la buktinya pengaruh Spielberg yg berjaya membuatkan org satu dunia takut nak mandi laut...
cite JAWS tu mmg buatkan teman pun fobia gak sesikit ngan laut. sama le mcm toyol yg memanggil-manggil "bachok" dlm filem 'toyol' tu (kalo tak silap la)..husyy...dlm satu scene tu, toyol gigit ibu jari kaki tuan dia time tuan dia tu tgh tido kot. so, sampai skang ni, teman agak ngeri kalo tido tak pakei selimut sampei tutup kaki. mcm terase-rase je...hahahahah...
ahaha citer bachok tuh time aku muda2 lu..igt2 lupe tapi yg part pgl bachok bachok tuh mmg ingat sgt le
Post a Comment