Tuesday, April 25, 2006

AHMAD DHANI YANG CUKUP 'DEWA'

AKU memang suka tulis blog. Tapi kadang-kadang aku ni malas dan takde masa, mungkin sebab kerja. Selalu balik lambat dan bila sampai rumah dah letih. Kadang-kadang masa tidurkan anak, aku pun tertidur sekali. Tu yang selalu lambat update tu. Heheh…

Teringin jugak nak komen pasal satu-satu isu, tapi disebabkan masalah di atas isu tu akhirnya basi dan tak syok untuk diulas lagi.

Seperti yang semua orang tahu, hari tu Dewa 19 turun ke sini untuk konsert Pesta Malam Indon dan showcase kat Planet Hollywood. Ramai yang kata best dan ramai jugak yang kata tak best! Aku, susah nak cakap pasal aku pun tak pegi!

Ni bukan nak cerita pasal show diorang, cuma pasal band Dewa 19 yang dikatakan genius oleh banyak pihak ni. Tak dinafikan Dewa 19 adalah antara band seberang yang aku suka selain Gigi dan Slank. Sejak zaman Ari Lasso, then Once masuk, tukar nama Dewa, Erwin keluar, Yuke pulak masuk sampai la sekarang dan Ahmad Dhani guna nama Dewa 19 balik.

Muzik dan lagu diorang mudah menarik perhatian aku. Mungkin arrangement dan sound yang dibikin Ahmad Dhani itu kena dengan jiwa aku. Sori la, nak cerita bab teknikal pasal muzik aku tak tau.

Tapi entah kenapa tiba-tiba keterujaan aku terhadap band Dewa 19 (baca : Ahmad Dhani) macam dah kurang sikit. Entah la, aku ada sikit skeptikal pada mamat yang diwar-warkan orang sebagai ‘music genius’ tu selepas membaca jawapan dia dalam interview dengan reporter Hafidah Samat (NST) dan Zainuri Misfar ( BiPop / Berita Minggu), baru-baru ni. Ni antara petikannya :

HAFIDAH : Laskar Cinta has successfully sold 25,000 copies in Malaysia, which is rare for current local bands. What were your expectations when the album was released in Malaysia?

DHANI : To be honest, the band has never really followed the progress of our album sales here (Malaysia). We're glad to know that we have a huge following here. Of course, we hope the popularity will stay.

HAFIDAH : Don't you feel intimidated having to share the stage with other big acts from Indonesia like Gigi, Radja, Padi etc.?

DHANI : Frankly, you will not see Dewa 19 sharing the stage with other bands back home. It's just not us. Since this is a big concert to showcase Indonesia, I guess it's fine.

ZAINURI : Adakah Dewa 19 tergolong dalam aliran muzik rock?

DHANI: Tidak. Muzik Dewa dihasilkan mengikut suasana hati. Betul jiwanya rock, tetapi sebenarnya tiada yang rock. Di Indonesia, muzik rock tidak ada tempat. Peter Pan, Sheila On 7 bukan rock. Kalau rock jadi pilihan, tidak akan capai jutaan salinan di Indonesia seperti yang diperolehi Peter Pan. Radio di sini (Indonesia) pun tidak gemar muzik rock.

Aku tak tau la sama ada reporter tu salah tulis atau Dhani memang jawab macam tu. Tapi dari jawapan yang diberi tu memang jelas la keegoan dan keangkuhan si Dhani tu. Di Indonesia, Duta Sheila On 7 mengatakan dia manusia paling kurang ajar.

Cuma aku nak tau apa definisi ROCK pada Dhani. Betul ke kat Indon rock dah tak popular? Kalau betul kenapa Slank cakap konsert diorang rata-rata dihadiri tidak kurang 20,000 penonton? Padahal diorang memang betul main rock & roll!

So, ok ke si Dhani ni? Muahahahahahahaaa!!

25 comments:

Yatt said...

Pulut Bako, tq sudi singgah. Entah le, dia sombong sebab kalau nak jd rockstar kena perangai camtu kot? Tp kata Dhani dewa bukannya rock, so dia bukan le rock star...

Ape kehey nye blog hang tu. Udah ghope jampi serapah je 1st entry tuh!! Heheh

N a d i a said...

bini dhani kata laki dia tu punya self-confident yg terlalu tinggi. tapi pada gua la kan, tu mcm arrogant jek bunyinye! ntah la..suka hati la labuuuuuuu...

Yatt said...

Swan... aku pun memang suka Dewa, tp jawapan Dhani yg psl jualan album diorang kat Msia tu mcm angkuh sangat...

N a d i a said...
This comment has been removed by a blog administrator.
N a d i a said...

ahhhhh...bile la aku nak nengok boxer bob span berseluar kotak ni secara live??!...hehehehehe...;-)

p/s: sis swan, i agree wit you. dhani sendiri kata, dia tak pedulik apa org nak kata pasal konsert tu, janji dia dpt paymentnya! cesss...

...$weE+ 666... said...

dengan memberi nama band yg begitu 'tinggi' tempatnya dari band-band yg lain, sudah cukup jelas menggambarkan betapa 'tinggi' dia merasakan dirinya. tak 'DEWA'lah kalau dia tak camtu. ye tak?

hehehe... anyway, aku bukanlah seorang baladewa. aku juga tidak membenci manusia dhani ini. cuma aku tak brp gemar akan tahap 'ketaksuban' sebilangan besar yg meminati dhani kerana 'kegeniusan' dia yg kononnya tidak dimiliki oleh org lain selain dari dia. kalau duta ckp dia manusia paling kurang ajar. pay (ex-ahmad band, ex-slank, now-BIP) pernah cakap "kesombongan ahmad dhani itu sudah diketahui oleh seluruh warga indonesia" aku cakap, "aku tak heran pun kat kau!"

kpd yg memuja 'DEWA' sorang ni, bangunlah dari tido...

sori, emo sket. ;p

MagnusCaleb said...

hehe aku tak minat ahmad dhani...tapi dia seakan cuba mencari ruang ke pasaran di luar asia maka dia perlu lakukan perlakuan begitu

kerana di dunia seni (secara global/mainstream) hanya 10% sahaja artis yang humble itu berjaya...

N a d i a said...

zizie,
aku pun setuju gak ngan ko. sampai skang ni aku tak faham apa yg 'genius'nya pasal mamat tu...hehehehe...

MagnusCaleb said...

"genius" nya ahmad dahni hanyalah berjaya meniru (photostate) "sound dan kemantapan" queen dan band2 besar yang lain dengan tepat yang mana ianya tak mampu di buat oleh orang2 malaysia...

dari segi oraginality? maaf, dia tak ada...

N a d i a said...
This comment has been removed by a blog administrator.
N a d i a said...

..bob, yaaaaa..betullll!!!...i really think that some of the critics went a little bit 'overboard' when they described him as 'genius'. or was it all, a band-wagon thingy? sorang ckp 'genius' habis sume ckp 'genius? hehehehehhe...whatever it is, one must be damn original to be dubbed as genius.

p/s: tapi tak dinafikan la..si mamat ni agak ganteng..hahahaha...

Anonymous said...

setuju dgn semua. dia bagus tapi terlalu arrogant utk ckp tak tahu psl penjualan album sdgkan dia mmg tahu byk fans kat m'sia. kalau tak, dia tak akn dtg lg. dan ya, dia pencopy muzik yg sungguh berjaya

N a d i a said...

sis swan,
tyo tu paling mantap dlm videoclip 'laskar cinta'..mcm bersungguh-sungguh betul dia pukui drum tu! haha..

tak kesah la..janji armand maulana & thomas ramdhan tetap sempoi!!..heheheheh...(*heh, takde kena-mengena langsung nih!...)

Yatt said...

Heheh... aku memang setuju dgn korang semua. Tapi apa-apa hal pun aku tetap la layan Dewa tu. Dhani tu nak belagak ke, hapa ke lantak dia la... Dia bukannya org penting dlm famili aku pun.. kui kui kui!

N a d i a said...

ala..music is harmlesss..layan je. pedulik apa ngan attitude musisinya!!....

...$weE+ 666... said...

yatt,
kau kena tulis apa2 tak utk isu rottw yg ke-10 tahun? aku kena tulis plak dah... tarak idea arrrr....

Yatt said...

Zizie...

Ada. Ape ke nama mamat tu, Hazrul ke. Ada kol aku, dah lama dah. Tapi aku malas ah...

Abg Rom duit artikel pun tak nak bayo, maleh le aku nak support!

Mohd Asnol Lob said...

aiyaa...apa aku dah missed ni. lama tak singgah blog kome, tau2 ada perbahasan lak.

pedulikan segala "genius", "dewa", "arrogant" semua. yg penting, bak kata Armand Maulana... PEACE,LOVE, and RESPECT.

p/s: satu je aku tak paham2 sampai sekarang. apa itu Originality?

...$weE+ 666... said...

originality = keaslian; sifat atau tabiat lain daripada biasa.

Yatt said...

Yob Greect!

Kalo sebut originality dlm muzik, especially kat msia ni aku rasa takde sorang pun yg original.

M nasir? Bukan
Ramli Sarip? Pun bukan
Search? Bukan jugak
Mawi? Lagi le bukan!

Errr... sape yg betul2 ori yek?
Mungkin bukan ori, tp sekadar pencetus fenomena hasil campuran drpd pengaruh dan ide sendiri. Ye kot?

Mohd Asnol Lob said...

haa...kan susah tu.
pd aku la kan, kot nak kata original tu, dah cam tak wujud lagi dah sekarang ni. semua mesti ada ambik situ sikit, sini sikit. payah beb...

N a d i a said...

greect,
but still, that doesn't justify some of the reporters to label that guy as a genius, ain't it? 'innovative', maybe that's the write word.

siti rosman said...

ya betui kak nadia, to call Dhani genius is quite overboard, but I do think he's quite creative, and he knows what he likes.

(bob don't u think "photostat" terma paling sesuai utk KRU - sbb almost 100% music bubblegum pop diorg didasarkan kpd what was commercial at that particular time - all their songs are very formulaic, and they make money!)

Dari dulu zaman dia memuda dulu kan dia mmg very straight forward, as I like it guy maa -just like Swan said. I see him as Indon's M. Nasir, if comparison's required.

Nak debate on originality mmg subjective la - nak kata takde, rasanya ada juga, nak kata ada, tak la sepenuhnya. in fact kalu kaji technically, music sesiapa pun (letakla Bjork ke Kitaro ke Idris Sardi & Eka Sapta ke on the same cell), there's bound to be influences here and there. Nama pun manusia, semua hidup antara manusia yang lain, tak gitu?

Jadi point paling aku sokong dalam ini forum - jangan terlalu taksub dgn mana2 or apa2. Like $weet666 said, kepada yang memuja, bangunlah dari tidur..

N a d i a said...

betui tu cik siti...:-)
anyway, pe pun, gambo dhani ngan zip seluonye terbukak ada kat ghomah kitorang...hehehehehehehe...

p/s: dengo cite bini si dhani ni pun perangai sepesen mcm laki dia. manyak sombong...heh..no wonder la diorang bleh jadi laki bini..

zairi said...

huh..dia ni memang poyo.indon x sedar diri!!