Hmmm… Kelakar la kalau nak bandingkan pantai kat PD dengan Perhentian. Jauh sangat bezanya – macam team Barcelona dengan Selangor! Hahaha!! Pantai PD memang buat nafsu aku nak bercanda di pasiran pantai hilang terus! Nama je Pantai Peranginan Teluk Kemang, tapi dengan sampah, kayu, tunggul semua cukup! Kaler air pun aku tengok dah macam paya kat belakang rumah kat kampung aku jek! Pasir pun kematu semacam je.
PD walaupun jadi destinasi pilihan kebanyakan warga Lembah Klang (sebab paling dekat), tapi memang dah dikenali seantero Malaya sebagai pantai yang tak berapa cantik dan bersih. Mungkin sebab dia dekat Selat Melaka iaitu laluan kapal paling sibuk dalam dunia dan banyak sangat construction kat situ.
Tapi kalau setakat nak lari dari hiruk pikuk atau ketensenan tahap melampau dok kat KL, tapi malas nak pegi jauh, PD kira okay la.
Aku, Nadia dan Deena lepak kat Ancasa Resort belah Teluk Kemang. Resort apartment tu dah cantik dah. Cukup selesa dengan konsep Balinya tu, tapi heheh… biasa la pantainya memang hampeh sikit la.
Nak cari pantai yang okay sikit, kitorang pegi ke pantai Blue Lagoon, boleh tahan la tapi still takde selera langsung nak mandi. Tapi aku rasa pantai kat depan Hotel Seri Malaysia ( on the way nak ke town PD) tu okay sikit. Nampak bersih dan pasirnya halus. Seronok la Deena yang tak pernah tengok laut tu main ombak dan pasir.
Err… Nak pegi lagi ok kot rasanya, tapi tak payah mandi laut la. Lepak-lepak boleh la.
Pantai kat depan Hotel Seri Malaysia yang okay la sikit. Saja ambik gambor couple ni... heheh.
Heheh... mamat bertuala tu pun hilang nafsu nak mandi.
1 comment:
PD...sungguh ngeri bile teringatkan bijik dadu yg deena jumpe kat pantai tu. ghasenye kalo kite mandi kat situ, mau kena gatey2 satu badan kot?!..arghhhhh!! tidakkkkkkkkkkkkk!!!
tapi ok la..lari kejap dari KL yg sesak nih!lgpun mana ada lagi tpt best nak pegi kat KL nih?..boring dah oiii...
p/s: nape le gomen situ luluihkan byk bebeno projek kat tepi laut PD?..hancusss..hancusss...
Post a Comment