Sunday, April 12, 2009

BUDAK KELANTAN

Gambar pinjam dari Berita Harian

AKU ingat gambar di atas ini dekat luar stadium di Mexico, Argentina, Paraguay atau Honduras, tetapi rupa-rupanya di luar Stadium Sultan Mohamed ke-IV di Kota Bharu, Kelantan selepas pertemuan separuh akhir Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan, baru-baru ini yang berkesudahan Kelantan kalah 1-0.

Itu rusuhan yang dilakukan segelintir penyokong Kelantan yang tidak berpuas hari apabila pasukan mereka tewas. Frust punya pasal, mereka turut menterbalik dan membakar sebuah trak polis dan motosikal serta merosakkan beberapa buah kereta.

Hmm... sejak mengikuti perkembangan bola sepak tempatan sejak awal 80-an, aku dapati segelintir penyokong dan pemain Kelantan ni agak sinonim dengan 'keganasan' bola sepak. Penyokong dan orang Kelantan jangan la marah, ini cuma berdasarkan pemerhatian aku dan aku rasakan ramai yang akan bersetuju.

Tentu ada yang masih ingat, tak salah dalam tahun 80-an penyokong Kelantan juga mencetuskan rusuhan di Stadium Larkin, JB masa pasukan mereka menentang Johor. Apa yang aku ingat dalam laporan akhbar masa tu, penyokong Kelantan dikatakan menyerang penyokong Johor di dalam stadium ketika perlawanan sedang berlangsung menyebabkan ramai yang cedera termasuk parah. Ada jugak dikatakan penyokong Kelantan membawa kapak kecil untuk menyerang penyokong Johor.

Agaknya sebab tu ramai orang Johor tak suka orang Kelantan kot? Hehehe.

Selain tu, ada beberapa insiden yang turut membabitkan pemain Kelantan bergaduh di dalam padang sekitar era 80-an dan 90-an dulu. Kemunculan pemain bintang seperti Hashim Mustapha, Salim Mahmud, Mohd Noor Yaakub, Zulkifli Hussein, Yasin Mohd Noor, Zahasmi Ismail, Wan Ezila Daud dan ramai lagi pada era 80-an dan 90-an membuktikan Kelantan tidak ketandungan player yang hebat-hebat.

Malangnya, ada di kalangan pemain mereka juga baran satu macam. Mungkin didorong faktor tertentu seperti kefanatikan penyokongnya atau pun semangat kenegerian yang kuat. Entahlah... Rasanya aku pernah tengok dalam tv Hashim Mustapha dan Wan Ezila Daun buat flying kick atau tendangan ala kung fu kat player lain...

Sudah lama Kelantan 'senyap' dalam Liga Malaysia kerana pencapaian yang tidak memberangsangkan menyebabkan penyokong mereka berkurangan. Bagaimanapun, tahun ini Kelantan dilihat menjadi pasukan pilihan apabila mula menunjukkan taring dalam Liga Super selepas membariskan nama-nama besar dalam line-upsnya.

Ini menyebabkan penyokong kembali bersama Kelantan dan memenuhi stadium. Justeru, penyokong Kelantan yang terkenal dengan sikap fanatik dan semangat kenegerian yang kuat, maka jadilah rusuhan itu.

Apa yang pasti, itu tak seharusnya berlaku di saat bola sepak kita merudum jatuh dan Kelantan mula nak naik. Penyokong punya pasal, pasukan korang yang jadi mangsa!




Gambar pinjam dari Berita Harian

INI Halim Napi, 37, penjaga gol Kelantan yang dikatakan menjadi punca kepada kejadian rusuhan itu. Sebaik tamat perlawanan, Halim dikatakan meluru ke arah pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak lalu menumbuk dan memijaknya dan kekecohan itu terbawa-bawa kepada penyokong Kelantan yang menterbalikkan dan membakar kenderaan polis dan merosakkan beberapa kereta lain.

Halim mendakwa dia dihina dengan kata-kata kesat oleh Aidil yang turut membuat isyarat tangan berunsir penghinaan dan provokasi kepadanya. Mamat ni jugak cakap perbuatan Aidil itu mencabar maruah dan harga dirinya dan dia takkan meminta maaf dan memaafkan Aidil.

Dah macam kes Zidane dengan Materazzi la pulak!

Aku tak tau la apa masalah Halim ni. Walaupun dah ada pengalaman selama 15 tahun dan pernah bermain dengan Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, tapi dia ni baran satu macam. Bergaduh macam dah sinonim sangat dengan dia. Tak percaya, tengok ni...

23 Jun 1994 - Halim dan rakan sepasukannya, Zahasmi Ismail dikenakan penggantungan sehingga akhir musim selepas didapati bersalah menyerang pemain tengah Selangor, Zsolt Bucs, ketika pertemuan Selangor dan Kelantan dalam perlawanan Liga Perdaa di Stadium Merdeka pada 18 Jun 1994.

8 Ogos 1997
- Digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menyerang pengadil, S Selaarajan pada pertemuan Kelantan dan Perak di Stadium Perak, Ipoh pada 5 Ogos 1997.


28 Ogos 1997
- Jawatankuasa Rayuan FAM mengurangkan hukuman terhadap Halim kepada penggantungan setahun selain denda RM3,000.


23 Februari 1998 - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengemukakan rayuan pada Mesyuarat Kongres FAM untuk Halim menerima pembebasan awal dan rayuan itu berjaya apabila dia kembali beraksi pada 1 Jun 1998.

10 Mei 1999
- Halim dikatakan menumbuk seorang penyokong yang mencemuhnya selepas perlawanan antara Kelantan dan Melaka dalam Liga Perdana Dua di Stadium Kubu, Melaka.


12 Mac 2009
- Halim dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM1,000 kerana mengasari pemain lawan pada pertemuan Liga Super dengan Selangor di Stadium Shah Alam pada 28 Februari lalu.


7 April 2009
- Halim menyerang pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Radzak selepas pertemuan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu.


Kalau macam ni punya resume, aku tak tau la kalau Malaysia betul-betul perlukan pemain macam ni. Aku tak tau kes dia dengan Aidil tu siapa yang betul, tetapi sebagai pemain senior dan berpengalaman lebih 15 tahun dalam Liga Malaysia serta dah banyak kali kena hukum, dia sepatutnya lebih cool.

Sumber : Berita Harian, Harian Metro

5 comments:

kirana nakia said...

Yatt..deme tu samseng tak bertempat..tu pasei orang dok bagi bad impression kat kelantanese even tough bukan semua deme tu gedebe..

N a d i a said...

player yg experienced (dan penah digantung seumo hidup dr main bola)sepatutnya lebih profesional dan bleh kawal emosi walo mcm mana teruk pun diprovokasi. tp ye la..zidane pun ngamuk kan?

but then again, skang ni nasik dah jadi bubur. disbbkan segelintir player dan penyokong emo ala hooliganism, sorg fan dah tentu buta, dan ada yg kena naik court. dah la tu, tak psl2 kena main kat stadium sendiri.dah la team tgh terer. dan dissbkan ni jugak la, org akan terus melabel atau generalize org kelantan (padahal org negeri lain pun ada gak mcm hooligans). sapa yg rugi, brader??...sad but true.

Anonymous said...

kelantan memang negeri celaka..dibenci 1 malaysia

eddie dewanaga said...

player mcm ni yg buat bola malaysia ni makin membusuk...

statement budak johor tak sebulu dgn budak kelantan ni dari dulu lagi...

tapi bkn semua budak2 kelantan yg mcm tu, sebab 3-4 kerat yg buat, abis semua kena.

REMY said...

Anonymous CELAKA!!
OK x ayat gua..??