Saturday, December 20, 2008

DATUK LAT


AKU yakin ramai di antara kita tak kira umur, bangsa atau kerja apa, kenal dengan Datuk Lat dan tahu dengan apa yang dia buat. Buku di atas ini adalah salah satu koleksi kartunnya yang paling top dan patut ada dalam simpanan kita - a must have item. Tak salah aku The Kampung Boy diterbitkan pada 1977 dan dah terlalu banyak kali diulang cetak.

Seperti yang kita tahu, The Kampung Boy mengisahkan kehidupan kanak-kanak Lat di kampung kelahirannya di Kota Bahru, Perak (bukan kat Kelantan tau) pada tahun 50-an. Sebagai anak jati Perak, gambaran Lat seperti lombong bijih timah, kapal korek, mendulang bijih, ladang getah, mandi lombong, pancing ikan kat sungai cukup dekat dengan aku sebab masa aku kecik-kecik dulu, suasana macam tu still ada lagi kat Perak, atau lebih tepat lagi Lembah Kinta.

Walaupun aku lahir, membesar dan sekolah kat Perak, tapi aku sebenarnya tak pernah langsung pegi ke Kota Bahru walaupun jaraknya lebih kurang 30 km je dari kampung aku kat Batu Gajah.

Cuma Raya Haji hari tu bila aku balik kampung, aku berjaya jugak jejak kaki aku ke Kota Bahru. Bukan ada apa pun kat situ, cuma kampung dan pekan koboi je (rasanya lagi kecik dari pekan koboi). Tapi aku ke sana sebab teringin nak tengok bekas-bekas tempat Lat lukis dalam The Kampung Boy tu.


Aku rasa ini kedai yang Lat cerita dia dengan arwah bapaknya pegi beli barang dapur tu. Bangunan tu memang dah buruk, tapi kedainya still ada lagi.





Ini sekolah rendah Lat. Bangunannya tak banyak berubah dan masih sama macam lukisan kat bawah ni.


Okay la, posting ni aku buat selepas terinspired dengan Majalah 3, baru-baru ni yang cover cerita pasal Lat. Dalam program tu, Lat turut bawak reporter tu ke kampung asal dia kat Kota Bahru dan tunjukkan bekas tapak rumah dia, sekolah dan kawasan permainan dia masa kecik-kecik.

Wa caya lu Datuk!

7 comments:

Anonymous said...

Yat! kamu ghajin ke ngumpoi koleksi katun Lat ni? isyy...kome kat NST takkan le susah benor nak dapat? aku baghu ade 12 koleksi yang Berita Publishing keluorkan tu.

ni aku tengah mencaghi lagi dalam 10 koleksi yang lain pulak. dah jenuh aku caghi temasuk kat MPH mid valley, takde gak.

dalam banyak² tu yang paling aku suke budak kampong/kampong boy ngan kampong boy yesterday & today. ade certain² katun dia yang buat aku gelak besor dan buat ayor mate aku ghase nak menitik

zairi said...

ha'ah. kecik2 dulu buku ni penah aku belek2 kat kampung nenek aku dulu.pak cik aku rajin beli komek dato'lat ni. tapi kalo nak dibanding kan dengan tonton siri animasi tu,x berapa best jika di banding kan dengan baca komek dia. komek dia memang ada ideniti nya sendiri. memang kagum sangat.

Yatt said...

Jam aka Nazari
Kamu ni kalau kalu comment kt blog aku mcm2 name digunenye.

Mane ade juey koleksyen Lat kt NST ni. Berita Publishing yg published buku Lat tu & sekaghang deme bukan under NSTP Group lagi. Aku ghase MPH ade le, tak pun Kinokuniya kt KLCC nun. Tak pun kamu pegi je opeh Berita Publishing kt Desa Business Park, Tmn Desa tu.

Aku setuju. Kg Boy buat aku teringat zaman dulu-dulu kt kg2 di Lembah Kinta sbb aku asey belah2 situ. Yesterday n Today tu semua permainan budak2 yg dia lukis tu semuanya aku peronah main masa kecik2 dulu. Nostalgia betoi...


Zairi
Komik punya lagi best sbb nampak lebih original. Yg animation Kg Boy tu aku tak penah tgk pun, anak aku yg suka. Ekekeke...

ceri masam said...

nak cakap, "wa caya lu jugaklah..."

abg nazari tg malim ke yg komen atas sekali ni?
haih... menyebuk je ke mana2 aku pegi!

cer pegi main jauh2 abang nazari wo!
stalker tunang le tu! hahahahhahha

Yatt said...

Hangit,

Haaa... kau kawan la dgn abang nazari tu. Dia tu dah la dh tua, lepas tu asyik nk rock je memanjang. Eeee... teruk dia tu!!

Anonymous said...

Menarik gak tulisan lu ni... ada gambaran sebenar...
Thanx bro...

http://siamanggagapns.multiply.com/journal/item/49/SETEM_-_KARTUN_MALAYSIA_-_LAT

http://siamanggagapns.multiply.com/journal/item/51/SETEM_-_MAJLIS_PELANCARAN_KARTUN_MALAYSIA_-_LAT

Yatt said...

Sgns,
Tq kembali. Sbnr nya aku x sangka bangunan sekolah yg dia lukis dlm Kg Boy tu ada lg sbnrnya. Tak salah aku skrg jadi tadika.