Friday, October 31, 2008

LA LA LA KERJA LAH!

AKU ni kerja dengan surat khabar. Yang pasti kerja aku hari-hari ialah menulis, menulis dan menulis. Wartawan la tu. Reporter. Journalist. Sebenarnya ramai lagi yang tak faham dengan kerja aku, kata diorang kerja aku senang.

Ada juga yang kata aku suka jaga tepi kain orang dan selalu jugak orang kata aku dan rakan-rakan seperjuangan ni suka reka cerita. Suka buat cerita tak betul.

Entahlah. Tak berani aku nak reka-reka cerita yang tak ada. Apa yang aku tau keja aku ni fun dan gila mencabar!

Kat bawah ni antara beberapa pengalaman aku yang agak kelakar la jugak.

* * * *

AKU ke open house Aidilfitri bersama penyanyi, Mawi dan Stacy AF anjuran sebuah syarikat telekomunikasi di Jitra, baru-baru ni. Disebabkan syarikat itu antara pengiklan utama kami, so kenalah cover. Sambil jamah biskut cornflakes dan rendang ayam dan tengok si Mawi menyanyi, aku berborak dengan salah seorang orang kuat syarikat itu. Pompuan berusia pertengahan dan agak vogue jugak.

Oh ya, jawatannya Marketing & Communication Manager (MCM).

AKU: Kat Kedah sekarang dah susah kalau nak buat show-show macam ni, tapi kalau indoor macam ni boleh lagi (majlis itu dalam sebuah dewan). Cuma outdoor concert susah la sikit. Ye la, sejak Pas take over ni.

MCM: Oh! Kedah under Pas government ke sekarang? Sejak bila ya?

AKU: ?

* Pas memerintah Kedah lepas menang Pilihan Raya Umum ke-12, Mac lalu. Takkan dah level manager ini pun tak tau kot?


* * * *





SEKALI lagi aku ke open house Aidilfitri baru-baru ni. Kali ni bersama Ahli Parlimen Jerlun pulak, Datuk Mukhriz Mahathir di Sungai Korok, Jitra. Mukhriz yang hangat sebagai calon Ketua Pemuda Umno serta menolak debat terbuka yang dicadangkan encik KJ kita, sudah tentulah sering menjadi tumpuan media di mana-mana saja.

Semasa PC, aku dengan muka selamba meletakkan tape recorder seperti yang di atas ni di depan Mukhriz.

MUKHRIZ : Uii! Ni lama punya ni! Pakai lagi ya?

AKU: Err... saya sukakan yang klasik Datuk...

Baru aku perasan, akulah satu-satunya yang menggunakan tape recorder old-school tu, sedangkan reporter lain kat situ kebanyakannya sudah menggunakan digital voice recorder yang canggih-canggih!


* * * *


TERUS-terang aku bangga dengan karier aku. Tapi bangga melampau sampai rasa dialah yang paling pandai pun tak boleh la jugak kan.

Satu hari aku diberitahu, pernah seorang wartawan baru sebumbung dengan aku yang bertugas di HQ kami di KL dikatakan amat sombong. Kononnya dia tahu segalanya sehingga tak mahu belajar atau terima teguran daripada wartawan-wartawan senior.

Khabarnya, satu hari dia diberikan tugasan untuk cover majlis yang dihadiri seorang menteri. Dalam majlis itu dia kemudian bertemu dengan seorang wanita dan dengan niat untuk menambahkan contact, dia meminta kad daripada wanita tu.

"Err...puan, boleh mintak kad tak? Puan siapa ya?" tanyanya kepada Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan yang juga VVIP untuk majlis yang dicovernya itu.

Tak lama lepas tu, aku dengar wartawan tu letak jawatan.

Friday, October 24, 2008

IMPIAN NAK JADI STEVEN GERRARD, XABI ALONSO & JAVIER MASCHERANO TAK KESAMPAIAN DI UUM, SINTOK





"YATT, hang nak main bola lawan UUM malam ni?" kata S, photographer aku pada satu pagi baru-baru ini.

Dengan selamba aku bagi persetujuan walaupun dalam hati ada sikit tak confident pasal kali terakhir aku main bola di padang besar ialah pada 2006. Tapi sebab aku aktif main futsal, aku confident sikit walaupun senario dan keadaannya berbeza.

Kelab Media Kedah (KMK) ada team bola sepak yang terdiri daripada staff organisasi akhbar yang beroperasi di Kedah ini. Disebabkan kerja yang tak tentu masa, kitorang memang tak pernah la training dan sebagainya. Kalau ada game, pemilihan pemain selalunya melalui phone call saja.

"Petang ni hang free tak? Jom turun kita lawan bola dengan polis."

Itu antara contoh kitorang nak mencukupkan korum sekurang-kurangnya 11 orang. Takde training apa semua. Menang tak penting, yang penting keharmonian dan keakraban yang terhasil selepas sesuatu game itu.

Senang cerita, setiap game itu bukanlah terlalu serius dan bermain sekadar untuk seronok-seronok saja.

Sejak ditukarkan ke Kedah, Mac tahun sudah, aku tak pernah lagi joint team ini untuk bermain di padang besar atau stadium. Selalunya aku main futsal seminggu sekali ataupun sebulan sekali.

Main padang besar sebenarnya aku tak confident sangat sebab aku dah tak larat nak lari jauh-jauh dan laju-laju. Keadaan fizikal dan faktor umur membuatkan aku tak mampu lagi nak mengejar bola di bahagian sayap kiri seperti Cristiano Ronaldo sebagaimana aku lakukan kira-kira 17 tahun dulu.

Atau paling busuk macam P Ravindran aka Kinta Express, ex-player Perak paling laju awal 90-an dulu.

Jadi, aku difahamkan team UUM itu terdiri di kalangan kakitangan mereka. Okaylah, aku ingat kalau diorang turunkan team bola UUM yang rata-rata dibarisi player atau student berusia 21 tahun ke bawah, masaklah aku! Aku bayangkan team diorang malam itu akan dibarisi player-player yang rata-ratanya berusia 3o tahun ke atas atau majoritinya memiliki ukur lilit pinggang 36 inci.

Jadi aku mula berangan untuk bermain posisi midfield dan beraksi laksana Steven Gerrard, Xabi Alonso ataupun Javier Mascherano versi aku sendiri. Heheh. Alaaa... tak yah lari-lari sangat. Tolak je bola kat striker atau flanker.

Aku balik awal petang itu semata-mata nak main bola dan sebaik tiba di rumah, aku terus capai but aku yang dah agak bersawang di celah-celah rak kasut dan terus masukkan dalam beg. Lepas Maghrib, dalam keadaan hujan agak lebat, aku terus ke UUM, Sintok yang juga tempat jin bertendang! Hahah!

Tiba di UUM, dari jauh aku dah nampak lampu stadium diorang dinyalakan menandakan ada game malam itu. Sampai di stadium, aku nampak player UUM sedang buat streching di tengah padang. Player KMK pulak aku cuma kenal tiga orang saja, yang lain-lain sekor pun aku tak kenal. Sapa pulak diorang ni? Rupa-rupanya semua player import sebab geng-geng media tak ramai yang dapat turun. Hampeh!

Sangkaan aku UUM akan turunkan team yang playernya sama kualiti dengan aku salah sama sekali. Sebaliknya diorang turunkan kakitangan pusat sukan UUM yang semuanya fit dan muda-muda belaka! Tugas harian diorang antaranya ialah training bola! Hah! Gila! Lagi syok, empat daripada diorang ialah ex-player Piala Presiden Kedah! Peh...

First half aku tengok diorang main laju nak mampus! Ni kalau aku masuk mati aku nak mengejar diorang ni. Aku setakat main suka-suka boleh la.

Last-last aku buat keputusan... tak yah la aku main. Kang silap-silap boleh memudaratkan aku (kes injured dan pancit). So, tanpa disedari sapa-sapa, aku senyap-senyap berjalan ke kereta dan terus balik rumah. Hehehe.

Nak kutuk, kutuk lah, tapi aku tau setakat mana kemampuan aku dan aku takkan buat kalau aku rasa tak boleh dan boleh memudaratkan aku.

Besoknya di ofis aku tanya kepada S keputusan game itu.

"Kena titik 12-0!" kata S tanpa memandang langsung kat aku. Bengang la tu...

Wednesday, October 22, 2008

SAD BUT TRUE

Pix by Yatt


SUKAR nak percaya, antara Julai hingga Oktober ini, EMPAT saudara terdekat aku meninggal dunia. Nak jadi cerita semuanya di sebelah arwah abah dari Penang dan Kedah. Tak pernah aku terfikir akan jadi macam tu, tapi itulah hakikatnnya.

Julai 2008 - Sepupu aku, ZAIDI ABOO HASSAN, 40-an, meninggal di Kulim, Kedah. Arwah adalah sepupu paling tua sebelah arwah abah.

Ogos 2008 - Ketika orang Permatang Pauh sibuk mengundi, Mak tok (nenek) aku, CHE TOM SALLEH, 90-an, pulak meninggal di rumahnya kat Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Arwah adalah mak kepada arwah abah.

16 Oktober 2008 - Bapak sedara aku, AHMAD HASHIM, 60-an, pulak meninggal di Hospital Selayang, Selangor. Arwah adalah adik kepada arwah abah dan anak keempat arwah Mak Tok.

21 Oktober 2008 - Kakak ipar aku, CHE NORLIA MD NOOR, 37, meninggal kat rumahnya di Kulim, Kedah. Arwah sebenarnya memang dah terlantar sejak 13 tahun dulu lepas melahirkan anak kedua.

Apa yang pasti, aku redha. Ajal dan maut adalah di tangan Allah swt.

Al fatihah.

Thursday, October 16, 2008

ERR...


SITUASI di sebuah kedai makan di Pumpong, Alor Star, baru-baru ini.

Aku bersama rakan sekerja, M, sejak sibuk mencedok lauk sambil diperhatikan sorang brader, pekerja kedai makan tu.

Aku berdiri di sebelah kanan M masa tu. M yang nak mengambil lauk lala (tau tak apa benda ni?) bertanya pada brader tu :

M : Dik, ada mangkuk tak? (sebab nak isi lala tu dalam mangkuk)

BRADER : Kat sebelah abang.

M : Yatt, brader ni kata hang mangkuk.

AKU : ?

Sekian. Tah hapa-hapa. Heheh.

JI FAT? ALAM PERWIRA? UII... NOSTALGIA TU.





AKU rasa ramai di antara kita yang suka baca komik kenal dengan komik di atas ni. Komik Alam Perwira karya pelukis Hong Kong, Tony Wong ni cukup popular tak salah aku dalam pertengahan hingga akhir tahun 90-an dulu.

Selain Alam Perwira, karya Tony Wong lain yang turut popular ialah Jejak Wira, Anak-Anak Wira dan Dewata Raya. Ini termasuk Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing yang gempak dengan karakter Penjejak Awan, Penjejak Badai dan Pendekar Tanpa Nama.

Pedang Setiawan pernah difilemkan di Hong Kong iaitu Storm Rider lakonan Aaron Kwok dan Ekin Cheng.

Ketika komik ni mencetus fenomena dulu, aku masih lagi kat ITM Shah Alam. Tak salah aku daripada beribu-ribu student lelaki yang duduk di hostel Kolej Perindu tu, hampir 90 peratus gilakan komik ni!

Tapi tukang belinya tak ramai, tukang baca dan tukang pinjam paling ramai. Biasa la tu...

Errr... aku tak pernah berada dalam kategori tukang beli masa tu, tapi aku cukup arif dengan komik-komik tu. Heheh.

Secara kebetulan, aku berkongsi bilik dengan dua orang budak Sarawak bernama Pian dan Kenon yang memang gila komik. Pian lebih kepada komik Barat daripada Marvel, DC dan sebagainya dan si Kenon pulak lebih kepada komik-komik Hong Kong ni.

Jadi bilik aku tu penuhlah dengan macam-macam komik dan tentulah menjadi port budak-budak untuk lepak sambil baca/pinjam komik tu hampir setiap masa dan setiap hari!

Aku ingat lagi kalau si Kenon tu balik bawak komik Hong Kong issue terbaru setiap minggu, kitorang yang ada dalam bilik masing-masing berebut nak ambil turn selepas dia!

"Aku nombor dua!"

"Aku nombor tiga!"

...Dan seterusnya. Sapa cepat dia dapat.

Bukan budak-budak bilik aku je (kat Perindu kitorang diletakkan lapan orang dalam satu bilik, tapi kadang-kadang boleh jadi 14 orang termasuk yang 'diharamkan'), tapi jugak bilik lain yang sibuk tumpang baca komik-komik tu. Ada yang sementara nak ke bilik air, singgah kat bilik aku dulu baca komik. Syaratnya baca kat situ je, bawak balik jangan!

Fenomena komik Hong Kong ni buat kitorang betul-betul terpengaruh dengan karakter-karakternya. Alam Perwira dengan watak seperti Ji Fat, Ji Kao, Tok Jiang, Maharaja Zhao, Rahib Esa, Tok Harimau Bintang, Ifrit Utama, Biduanda Layang, Nenek Merbuk, Budak Petir Tunggal dan macam-macam le lagi memang cukup popular.

Walaupun popular, tapi bagi aku komik ni sebenarnya kelakar. Bukan kelakar apa, tapi sebab apabila ia ditranslate ke Bahasa Melayu, susunan ayatnya yang kadang-kadang skema dan over buatkan ia jadi kelakar!

Paling popular ialah nama-nama hikmat yang digunakan watak-watak tu semasa bergasak. Antaranya Hikmat Alam Semesta, Lima Guntur Membelah Neraka, Api Syurga Meragut Lalang, Seribu Bayang Syaitan, Hikmat Laut Biru Nila dan macam-macam la lagi. Aku tak tau la sapa punya idea ni tapi kadang-kadang macam entah hapa-hapa! Hahah!

Ia juga banyak menggunakan perkataan aura dalam hikmat-hikmat pendekar tu. Aura Biru Nila la, aura itu dan aura ini. Tak salah aku komik ni lah yang mempopularkan perkataan aura kat sini. Sebelum tu rasanya jarang orang guna perkataan tu.

Selain tu dialog-dialog yang digunakan agak skema dan tak natural. Ye la, sebab translate kan. Antara dialog yang paling aku ingat :

"Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata!" Macam pelik kalau dalam bahasa Melayu, mungkin ia direct translation dari bahasa Kantonis.

Selain tu, bunyi effect tumbukan, penerajang, apa semua tu pun kelakar. Bukannya ditulis Dush! Kaboom! Prak! Debush! Dusyum! atau Crash!... Tapi Hong! Po! Hu! Wah! Chu! Yak! Peng! Sha! Zi! dan entah apa-apa la lagi!

Apapun, bagi aku apa yang membuatkan komik-komik ni menjadi tarikan ialah lukisannya yang detail, jalan cerita menarik dan karakter-karakter yang kuat.

Ok. Tamat imbas kembali.

Sebenarnya masa bercuti raya kat Ipoh baru-baru ni, aku terjumpa balik komik Alam Perwira dan Anak-Anak Wira di kedai buku second hand, Novel Hut di Ipoh Parade. Walaupun tak complete, tapi aku dapat Alam Perwira dari issue 89 hingga 125. Anak-Anak Wira pulak dari issue 15 sampai 35. Semua tu dia jual RM17 je dan tanpa pikir panjang aku rembat je.

Puas aku baca balik dan sampai hari ni pun tak habis lagi. Sayang sekali, aku tak jumpa Pedang Setiawan. Mana nak cari ya?

I'M BACK!

LEBIH tiga bulan aku tak update blog ni langsung! Fuh! Habih sawang! Silap haribulan ada penunggu!

Aku pun tak tau kenapa. Boring, takde idea, bengang? Ntah lah, aku malas kot. Tak pun aku addicted dengan Facebook. Hahah!

Tapi bila merayau-rayau ke blog orang lain yang aktif, rasa syok pulak tulis blog. Tapi bila duduk depan PC, aku cuma merenung kosong pada skrin. Takde idea langsung. Penyudahnya aku akan ke Facebook.

Hmm... macam-macam berlaku kat Malaysia sekarang ye. Pak Lah nak resign, Najib bertanding Presiden Umno, Anwar nak take over kerajaan, minyak turun, Hindraf buat kecoh kat open house Aidilfitri, Teresa Kok saman Utusan (dah macam budak-budak bergaduh pun ada!) dan yang paling kelakar sudah tentulah si bintang Bollywood, Shah Rukh Khan tiba-tiba dianugerahkan Datuk!

Tak paham aku! Aku nak bersuara pun aku sapa. Jadi, biarlah mereka. Harap semua orang akan membuat pilihan dan keputusan yang betul supaya aku boleh hidup dengan aman damai, selesa dan cukup makan serta pakai.

Alrite, mulai hari ni aku nak aktif jadi blogger balik!

Oh ya! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.