'PENGORBANAN' berjaga malam aku tak sia-sia lagi. Itali kali ini senang-senang kena titik 3-0 dengan Holland. 3-0 beb! Kesian tengok muka Cannavarro yang duduk di
bench. Jauh di sudut hatinya, dia memang berkobar-kobar untuk masuk padang mengetuai barisan pertahanan Azzuri yang goyah, tapi apa nak buat,
ankle baru kena
operate beb...
Ada orang bengang rasanya Azzuri kena belasah ni. Heheh.
Walaupun Holland bukanlah
team dengan sejarah terhebat seperti Brazil, Itali atau Jerman, tapi Holland tetap menjadi pilihan aku selepas kali pertama mengenali diorang 20 tahun dulu. Yup! Sapa boleh lupa dengan
trio Ruud Gullit, Marco Van Basten dan Frank Rijkaard serta Ronald Koeman, Erwin Koeman dan Hans Vans Breukelen yang membantu Holland menjuarai Euro 1988.
Terus terang masa diorang bersama Johan Cruyff dan jadi Naib Juara Piala Dunia 1974 dan 1978, aku memang tak
follow langsung.
Selepas menang Euro 1988, Holland tak pernah menang apa-apa, tapi tetap dalam senarai
team favourite setiap kali masuk apa-apa
tournament.
Oklah. Cakap banyak tak guna. Berdasarkan pengamatan aku tengok
game lawan Itali, Holland memang boleh pergi jauh kali ni walaupun dalam
group maut. Hail Oranje!!
First goal Ruud van Nistelrooy memang nampak sangat
offside. Seluruh Stade de Suisse di Bern memang tahu. Malangnya
referee dari Sweden, Peter Frodfeldt dan penjaga garisan saja yang tak nampak.
Second goal daripada Wesley Sneijder memang
superb. Hampir menyamai gol Van Basten masa
final Euro 1988 dulu yang diiktiraf gol paling cantik dalam sejarah Euro.
Anyway, second half Itali agak mengancam dan Holland banyak diselamatkan oleh
goalie veteran yang cukup mantap, Edwin van der Sar.
Holland, kamu rock!
3 comments:
encik ahmad, sapekah yg bengang ituuuu? heheh
anyway, menengokkan prestasi awal grup C, nampak gayanya saingan masih terbuka luas! n me still pilih itali & holland to go to the next round.
FIFA dah kuar statement Yatt. Gol Nistelroy tu memang tak offside mengikut Perkara 11 Peraturan Offside FIFA. Panuchi masih dalam permainan walaupun dia berada di luar padang pasal referee tak tiup apa2 wisel kasi dia kuar padang..hahaha
Tapi kalau Italy masih dikepalai Nesta & Maldini di bahagian pertahanan, mungkin cerita lain..
Nadia
Siapa yg bengang? Sendiri mau ingat la... hahaha!
Zan
Tau... mmg tak offside. Hmm... kalau ada Nesta & Maldini pun tak guna sbb diorang dah tua. Bole ke Maldini tu nk sekat Sneijder, Nistelrooy, Van Bronckhorst. Tu belum lagi Van Persie ngan Robben...
Post a Comment