Thursday, March 27, 2008

NASIONALIS

"KALAU dihalusi-halusi atau dianalisa sedalam-dalamnya, ternyata tafsiran Perikatan Umno tentang berbaik sangka di antara semua bangsa yang ada di Tanah Melayu dengan tafsiran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dulu sangat jauh berbeza, seperti bumi dan langit.

Baik sangka antara semua bangsa yang ditujukan oleh Perikatan dan Umno ialah baik sangka di antara golongan-golongan atasan, khasnya golongan kapitalis. Sedang baik sangka antara semua bangsa yang ditujukan oleh PKMM adalah sebaliknya.

PKMM mengingini baik sangka di antara golongan rakyat - golongan buruh dan tani - bukan golongan atasan, golongan kapitalis."


- Datuk Ahmad Boestamam -

3 comments:

zan said...

Er..Ahmad Boestamam memang dapat "Datuk" ke? Kenapa dalam surat khabar tak pernah @ jarang nampak orang tulis nama dia dengan panggilan ni?

Aku pun dah jadi skeptikal dengan UMNO bila aku tengok "10 tahun sebelum Merdeka". Kalau perlembagaan rakyat diterima, dah tentu sekarang ni kita semua dikenali dengan bangsa "melayu" je kan? Takde cina atau india..hm..

N a d i a said...

zan,
bak sini aku jawabkan.

ahmad boestamam ni dianugerahkan pingat Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran "Datuk" dari Tuan Yang Terutama Tun Datuk Tuanku Hj Bujang b.Tuanku Hj Othman selaku Yang Dipertua Sarawak pada 1976.

sekian.

p/s: arwah tok sedara aku adalah antara mereka yang pernah ditangkap bersama-sama ahmad boestamam dulu. tp aku xtau sgt citenye, n mcm mana dia buleh involve. maybe masa ahmad boestamam ni keje in one of the newspapers masa kat ipoh dulu kot? wallahualam.

Yatt said...

Gelaran datuk drpd sarawak tak berapa glamer berbanding Sultan atau Agong bagi. Sebab tu paper tak pakai...