Friday, March 14, 2008

AKU, KEDAH & PAS... SATU KEJUTAN!

Pakcik ini salah seorang pengundi di Sekolah Kebangsaan Lengkuas, Bukit Pinang, Alor Star. Umurnya kira-kira 115 tahun dan menjadi ahli Umno selepas 15 hari parti itu ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar pada 1946.



ORANG masih sibuk dengan cerita keputusan pilihan raya. Jadi, aku pun sama.

Hmm... Seperti semua sedia maklum, negeri Kedah Jelapang Padi tempat aku mencari rezeki ini jugak jatuh ke tangan pembangkang iaitu Pas. Satu keputusan yang mengejutkan terutama bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) nya iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Besar (kini bekas).

Bukan saja orang-orang BN, tetapi orang-orang Pas turut terkejut.

"Kami memang jangka akan tambah banyak kerusi, tapi tak sangka pulak boleh ambil alih kerajaan," kata seorang petugas parti Pas yang aku temui semasa pengiraan undi bagi kerusi Parlimen Sik di Dewan IKM, Sik, tempoh hari.

Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) tempoh hari menyaksikan Pas memenangi 16 DUN manakala BN memperoleh 12 DUN. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menang 4 DUN dan masing-masing satu bagi DAP dan Bebas ( Pun menang jugak! Calonnya, V Arumugam menewaskan calon BN, P Krishnan. Arumugam kini memasuki PKR dan dilantik sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan).

Kedah pada PRU 2004 menang satu kerusi Parlimen dan lima DUN.

Pas yang menang majoriti mudah berjaya membentuk kerajaan sekali gus menumbangkan kerajaan BN pimpinan Mahdzir Khalid aka Tok Det yang hanya sempat berkuasa tak sampai satu penggal.

Tidak seperti di Perak, Selangor, Perlis dan Terengganu yang agak kecoh dengan perlantikan Menteri Besar (MB) barunya, tetapi di Kedah keadaannya berjalan lancar. Selepas keputusan PRU diumumkan di Kedah awal pagi Isnin, 9 Mac lalu, jam 3 petang kemudiannya Ustaz Azizan Abdul Razak, 68, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah dipilih sebagai MB yang baru dengan penyerahan watikah oleh Sultan Kedah serta majlis mengangkat sumpah di Wisma Darulaman, Alor Star.

Dua hari kemudian, Azizan mengumumkan perlantikan 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang mana tujuh dari parti Pas dan selebihnya PKR. Dalam majlis yang sama, Azizan turut memperkenalkan Setiausaha Politiknya iaitu Sanusi Md Noor, 34. Dalam PRU 2008, Sanusi adalah calon Pas di DUN Belantek, tetapi tewas kepada Ketua Pemuda Umno Sik, Mohd Tajudin Abdullah, 44, , yang juga calon BN.

Err... Kira-kira 18 tahun lalu, Sanusi pernah bekerja sebagai tukang goreng ayam di gerai menjual ayam goreng milik Tajudin.

Apa yang pasti, landskap politik Kedah kini berubah. Impian Pas sejak era arwah Fadzil Noor untuk menawan Kedah akhirnya menjadi kenyataan. Kedah juga adalah negeri terbaru ditawan Pas selepas menawan Kelantan sejak 1990 selain pernah merampas Terengganu pada PRU 1999.

Azizan yang juga bekas Pensyarah di UKM kini menggalas beban dan menjadi harapan rakyat Kedah yang sudah menolak BN. Azizan juga nampaknya awal-awal lagi sudah menolak untuk menjadikan kerajaan Pas Kelantan sebagai role modelnya.

"Kelantan ada suasananya sendiri dan kita di Kedah ada cara kita sendiri. Apa yang elok di Kelantan tidak semestinya sesuai di Kedah, begitu juga sebaliknya," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis angkat sumpah sebagai MB, baru-baru ini.

Secara peribadi aku merasakan kerajaan Pas Kedah bukanlah ekstrim seperti yang kebanyakan orang sangka terhadap parti Pas. Melihat barisan Exco yang sebahagian besar terdiri daripada golongan profesional, aku dapat merasakan mereka ini lebih moderate.

Ramai (terutama bukan Islam dan jugak Islam!) takut dengan Pas konon-kononnya mereka ini terlampau ekstrim terhadap agama. Bak kata rakan sepejabat aku yang berbangsa Cina :

"Aiya! Lepas ini saya mai ofis kena pakai tudung ka?"

Hehe... aiya amoi! Lu tarak kena itu macam la. Pakai la apa-apa pun asal lu jangan bogel sudah!

Ada yang takut sebab Pas akan tutup semua pusat hiburan, kedai ekor, arak dan karaoke di seluruh Kedah.

Hmm... elok la tu sebab aku bukannya kaki ekor dan kaki arak. Lagipun kat Alor Star ni night lifenya... alahai...

Sebenarnya aku dapat rasakan, Azizan masih terkejut dan tidak percaya Pas boleh menubuhkan kerajaan di Kedah. Daripada raut wajahnya, Azizan seolah-olah tidak bersedia dan yang pasti, tugas yang perlu dilaksanakan cukup banyak!

"Saya pening ni! Saya kena study balik. Tengok macamana," ini kata Azizan kepada pemberita ketika diasak dengan pertanyaan mengenai mana satu daripada 15 manifesto Pas Kedah yang akan laksanakan dulu.

Relax ustaz. Saya tahu uztaz boleh buat.

Kata kawan aku pulak, Azizan saling tak tumpah seperti ustaz-ustaz yang mengajar al-Quran di kampung-kampung dulu. Okay la, dia memang pendidik pun.

Ketika ditanya perasaannya selepas hampir seminggu memegang jawatan MB, Azizan berkata :

"Memang saya sibuk sekarang. Nak jumpa family pun dah susah. Nak pegi kenduri pun dah tak sempat," katanya yang memang terkenal di kalangan rakyat sebagai pemimpin yang prihatin dengan masyarakat terutama dalam menziarah kematian, orang sakit dan majlis kenduri. Itu memang pendekatannya supaya dilihat setaraf dengan masyarakat kampung. Dan, kesannya memang orang kampung suka kepadanya.

Anyway, good luck untuk Kedah. Aku tak kisah, selagi aku boleh cari makan dengan aman, tenteram dan happy.

3 comments:

Anonymous said...

yat! aku dok teghingat satu stetmen daghi ex MB Kedah sanusi junid, lama dah. dia habaq lagu ni la lebih koghang;

"kat kedah ni banyak bendang. tang mana ada bendang ada la pondok (skolah pondok). tang mana ada pondok tang situ jugak mesti ada PAS" heh heh!!!

hang nampak dak maksud sanusi ni?? makna kata PAS kat kedah ni bukan benda baghu. silap² depa ni lagi kuat daghi PAS Kelantan nun. gelombang tolak BN kat kedah ni depa canang lama dah. paling hebat lepaih peristiwa 19 November 1985. sapa tak tau peristiwa tu, pakat² la hangpa caghi balek kat arkib... ekekeke!!!

N a d i a said...

kdg2 bile tengok 'tsunami politik' (cewaahhh..pinjam kata2 org politik la) skang ni, teman ghase mcm ghamey bebeno yg underestimate pas. hmmm..

Yatt said...

Jam
Tu peristiwa Kg Memali kat Baling la tu. Ekekeke! Kedah ni memang negeri yg menjadi cita-cita Pas utk ditawan sejak dulu tapi selalu kantoi! So,skrg diorang dah dapat dan aku rasa diorang tau apa diorang nak buat.

Nana
Ghasenye Pas sekarang bukan zaman Pas ekstrim lagi. Cuba perati manifesto deme taun ni, mana peginya impian nak tubuhkan negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud?