SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1428H
Ramadan yang berbeza buat aku kerana pertama kali dalam hidup, aku berpuasa di Kedah. Sebelum ni tak pernah sehari pun aku berpuasa kat negeri Jelapang Padi yang baru menang Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA ini.
Tahun ni jugak aku berpuasa tanpa mak dan abah. Ramadan 2005 dan 2006 tanpa abah sebelum mak turut 'menemani' abah pada 27 Jun lalu. Tentunya aku rindukan juadah special mak kalau aku balik kampung di bulan puasa... ikan merah masak cili, ayam masak kicap, kari ikan, tepung talam, karipap, kuih cara... ishh... banyak le lagi! Dan, jugak kejutkan aku untuk bangun sahur.
Selain tu, tahun ni aku gerenti tak akan berbuka kat tepi plaza tol lagi. Dulu Plaza Tol Batu 9, Cheras dan Plaza Tol Sunway, Highway Kesas adalah spot favourite aku pasal selalunya belum sempat nak sampai rumah udah Maghrib.
P/s : Aku baru lepas sahur makan nasik goreng. Simple je bini aku masak, tapi sedap ya amat sampai dua pinggan aku balun! Hahah!
The King and U
9 hours ago
12 comments:
Sedih gua baca pasal orang tua lu tu...
harap bersabar dengan dugaan ini...
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak,
Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna biarpun tanpa orang yang disayangi disisi...
:)
Yatt!! Salam Ramadhan, selamat berpuasa untuk ko and the family.
-Ijan sekeluarga-
Sgns
Terima kasih. Aku redha semua tu.
Ijan
Salam Ramadan utk ko dan famili jugak. Senang2 turun la Alor Star berbuka sekali. Hahah
Tepung talam, kuih chara, kuih keria, limas, puteri sebilik, badak berendam, suji (ke sugi??), puding telur ( org kl panggil cream caramel. cess tak klasik langsung), buah melaka, buah pahang, buah perak, buah johor, bu.....
greect,
aku suka kuih chara tu...sekali masuk mulut, dia punye feel masa gula tu melt dlm mulut..fuhhh..! lelehh!
chara berlauk & limeh pun best gak. btw, aku terer buat cream caramel (itu je la aku terer pun..haha), nak?..;-)
p.s: suji daa..
selamat berpuasa buat kamu dan nadia...
wahhh
bestnya ada bini
how i wish!
hehehe
Greect
Wui! Tu koi tradisi tu. Byk jugak yg teman tak peghonah jumpa dan rase...
Nadia
Cream caramel awk pun memang sedap pun. Errr, takde plan nak buat ke masa bulan pose ni... hihi
Fara
Selamat berposa buat kamu juga dan err... sapa-sapalah.
Joe
Heheh... ada bini memang best joe. Errr... bila nak kawin?
eiseymen...tu la pasei. susah nak jumpa dah kuih2 tu la ni.
aku pun merasa tu semua masa arwah opah aku ada lagi je. sejak dia dah takde ni, 3 4 kali je kot aku merasa gamoknya. ish..tak ingat pulok aku.
port yg ada kuih gini rasanya, kat kuala kangsor je still boleh. situ udah le boleh jumpa kuih lama2 ni, murah pun murah.
ahh..weekend ni balik kg singgah pasar ramadhan kuala la. dpt buah kantor pun sedap gak ni, buat bubur. ke puteri sebilik ke...
wei...meleleh lak ayor lior ni...
ada mcm2 perasaan aku baca entry ni... memula sedih, tapi ko (dan aku jugak) kena redha kan... pastu tersengih2 baca ko dok puji bini ko... kalau ler laki aku dok puji aku masak sahut best, aku lah wanita paling hepi di bulan ramadhan ni... ;p
di kesempatan ini, kami mengucapkan salam ramadhan buat semua... jauh mana pun jarak kita, lama mana pun kita tak jumpa... kita tetap pandang anak bulan yg sama... smoga ramadhan kali ini memberi lebih keberkatan dan lebih bermakna. insya Allah! *muahz muahz muahz* ~ sam, zizie & fenriz
Greect
Ha ah! Aku pun ghase kt Kuala byk lg koi-koi otai tu. Mughah pulak tu. Yop, kt kedah ni koi deme still juey 4 RM1, kalau kt kolumpo tak dapat dah empat ketui seringgit.
Zizie
Tq. Err... ala.. Sam tak puji tak bermakna ko masak tak sedap. Msg salam ramadan tu ko msg kt aku ari tu kan. Sempoi msg tu. Salam ramadan utk ko & famili jugak.
nezjoe,
ntah ok ke tak si yatt ni dpt bini yg rock mcm aku ni?..heheheh..
greect,
buah kantor? aiseyman, ko ni betui2 la buat aku blues...teringat arwah opah aku yg mmg suka sgt hidang buah kantor bile raye. you know what i missed most about her? time sesame pukui telo nak buat bahulu, & time dia puji2 tahap kerajinan cucu dia yg brutal ni tolong dia buat kuih @ puji kuih2 yg cucu dia buat sedap (walopun tak sedap)...ehekkk222..
yatt,
nanti nana buat k? ;-)
Post a Comment