Thursday, September 20, 2007

GIANT


BERSAMA antara orang paling tinggi di dunia, Ijaz Ahmed, 26, dari Pakistan.

Tinggi aku takat pusat dia aje...

Bayangkan kalau saiz badan kita ditakdirkan seperti Ijaz? Huii... tak sanggup!

Tinggi mamat ni 8 kaki 4 inci dengan berat 130 kg dan dia er... terus membesar! Terpaksa pakai kasut special pada kaki kanan sebab tumbesaran tak sama. Kaki kiri membesar tapi kaki kanan statik.

Aku kesian dengan dia. Susah dia nak hidup dengan saiz yang macam tu. Tapi takpelah, itu takdir dia.

Wednesday, September 12, 2007

RAMADAN DAN AKU...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1428H

Ramadan yang berbeza buat aku kerana pertama kali dalam hidup, aku berpuasa di Kedah. Sebelum ni tak pernah sehari pun aku berpuasa kat negeri Jelapang Padi yang baru menang Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA ini.

Tahun ni jugak aku berpuasa tanpa mak dan abah. Ramadan 2005 dan 2006 tanpa abah sebelum mak turut 'menemani' abah pada 27 Jun lalu. Tentunya aku rindukan juadah special mak kalau aku balik kampung di bulan puasa... ikan merah masak cili, ayam masak kicap, kari ikan, tepung talam, karipap, kuih cara... ishh... banyak le lagi! Dan, jugak kejutkan aku untuk bangun sahur.

Selain tu, tahun ni aku gerenti tak akan berbuka kat tepi plaza tol lagi. Dulu Plaza Tol Batu 9, Cheras dan Plaza Tol Sunway, Highway Kesas adalah spot favourite aku pasal selalunya belum sempat nak sampai rumah udah Maghrib.

P/s : Aku baru lepas sahur makan nasik goreng. Simple je bini aku masak, tapi sedap ya amat sampai dua pinggan aku balun! Hahah!

Sunday, September 09, 2007

TUA?

SITUASI ini berlaku di sebuah kedai CD di salah sebuah shopping complex kat Alor Star baru-baru ni.

Aku yang tengah sibuk membelek CD yang tersusun rapi di atas rak tiba-tiba ditegur seorang jurujual kedai tu. Budak lelaki yang umurnya aku agak dekat 10 tahun muda daripada aku.

"Caghi lagu apa bang," dia tegur aku dalam loghat Kedah.

"Tak. Saja je tangok-tengok." Aku memang tak de niat nak beli pun. Saja je belek-belek.

"Kalau abang nak lagu-lagu lama, kat situ banyak," katanya sambil menunjuk kepada satu laguirak yang dipenuhi CD di belakang aku.

Dia jugak menambah. "Kalau nak lagu Modern Talking pun ada."

Lagu lama? Modern Talking? Dia suruh aku beli CD Modern Talking?

Cis!!

Wednesday, September 05, 2007

YOB FOREVER!

"AH! Menyampah aku nak layan bola kat Malaysia ni. Main tah hapa hapa. Buat penat dan rugi duit pegi stadium je."

Itu kata-kata biasa daripada sebahagian besar kaki bola di Malaysia yang begitu taksub dengan EPL dan liga bola sepak lain di Eropah dan Amerika Selatan.

Tak kisah lah kalau diorang nak cakap Liga Malaysia ni tak ada kelas atau tak cool. Tapi aku tetap nak jadi penyokong team local kat bawah ni.

Bukan apa, selain pasukan negeri kelahiran aku, aku rasa team ni paling konsisten dalam Malaysia sejak Liga Semi Pro diperkenalkan pada 1989.


Photo Credit : Sham Y4E

Photo Credit : Sham Y4E


TAHNIAH Perak! Mengkome memang rock & cool!

Final Piala Malaysia dengan Kedah nanti gerenti gempak. Buktikan la Malaysia sebenarnya tidak ketandusan player berkualiti selain aksi menghiburkan.

Err... selalunya bila team negeri masing-masing masuk final Piala Malaysia, maka ramai la mengaku die hard pasukan itu. Semuanya sibuk bertanyakan mana nak beli tiket final, kecoh nak turun stadium dan sebagainya.

Padahal sebelum tu tak ambil peduli langsung pasal team itu dan turun stadium pun tak pernah. Cuma nak tengok bila team masuk final je. Heheh

Err... kalau macam tu korang semua poseur! Hahah!