KHABARNYA filem terbaru arahan Michael Bay ini bakal pecah panggung dan menjadi 'kotak pejabat' apabila ia mula ditayangkan pada 4 Julai ini. Aku anak-beranak sudah mula berkira-kira untuk menyesakkan panggung. Tapi kami terpaksa ke Queensbay Mall di Bayan Lepas atau Prangin Mall di sebelah Komtar Penang, kira-kira satu jam perjalanan dari Alor Star untuk menontonnya.
Er, bandar raya Alor Star cuma ada satu panggung wayang saja, di City Point sebelah Hotel Holiday Villa. Itupun milik Metrowealth Movies, bukannya GSC atau TGV. So, tak berbaloi kalau nak tengok filem macam Transformers.
Ya, Transformers. Kalau sesiapa yang sebaya aku atau bersekolah rendah pada era 80-an, kartun Transformers pasti cukup diminati. Aku sukakan bunyi semasa robot-robot tu nak 'mentransformkan' diri mereka menjadi kenderaan atau sebaliknya.
Transformers! Kik kurgh kurgh kergh kek kergh!
Gitulah bunyinya lebih kurang. Tak reti kalau aku nak kasi expression dalam perkataan. Heheh.
Dulu, aku pernah berdebat dengan kawan-kawan satu sekolah bagaimana si watak utama, Optimus Prime bertukar menjadi truck color merah dan biru tu. Apa yang kami tahu Optimus Prime cuma bertukar menjadi kepala truck itu saja. Mana datangnya kontena atau trailer kat belakang tu?
Oo... rupa-rupanya trailer tu datang secara tiba-tiba entah dari mana dan terus bersambung dengan Optimus Prime. Dalam filem nanti tak taulah macamana diorang buat.
AKU sebenarnya paling minat dengan filem yang diadaptasi daripada kartun atau komik. So, Spiderman, Superman, Batman, X-Men, Fantastic Four, trilogy Pirates of the Carribean, Spawn, dan yang lain-lain tu selalunya aku takkan miss.
Thundercats adalah siri kartun / komik yang paling aku tunggu-tunggu untuk difilemkan. Ini jugak antara kartun yang menjadi fenomena di kalangan kanak-kanak era 80-an satu ketika dulu. Waktu petang ketika siri Thundercats ditayangkan, wajib semuanya dah ternganga depan TV.
Karakter seperti Lion-O, Tygra, Panthro, Cheetara, Jaga, WilyKat, WilyKit dan Snarf memang cukup dikagumi. Ini termasuk la karakter villain seperti Mumm-Ra, Jackalman, Slithe, Monkian, Vultureman dan Ratar-O.
Tak salah aku ia sudah difilemkan dengan judul Thundercats : The Movie arahan Jay Tudor dan sepatutnya ditayangkan pada 2000. Pelakonnya boleh tahan (walaupun aku rasa ada yang tak sesuai) iaitu Mathew McConnaughey (Lion-O), Tea Leoni (Cheetara), Wesley Snipes (Panthro), David Carradine (Tygra) dan Ed Harris (Mumm-Ra).
Entah kenapa filem ni tak ditayangkan. Rasanya sebab masalah rights ataupun jalan cerita yang kurang sesuai. Tapi, tak sure pulak sama ada kat sini aje yang tak ada. Mungkin ada kawan-kawan yang lebih arif boleh terangkan pasal ni.
Aku nak buat dream team akulah untuk filem ni.
PENGARAH : George Lucas
LION-O : Mel Gibson (Er.. Ok ke? Sebab aku terbayangkan dia dalam Braveheart dan The Patriot)
CHEETARA : Angelina Jolie
TYGRA : Hugh Jackman
PANTHRO : Michael Clarke Duncan (The Green Mile)
JAGA : Ian McKellen
WILYKAT : Tak tau sapa nak taruh.
WILYKIT : Pun tak tau sapa nak taruh.
SNARF : Mario ( mendiang kucing Persian aku. Hahaha!)
MUMM-RA : Kevin Spacey
Ini cuma imaginasi aku saja, ok.
Rasanya satu Malaysia tahu ada satu lirik lagu (lagu asal lagu tema Thundercats) yang budak-budak dulu reka pasal Thundercats ni. Tapi lucah la sikit.
"Lion-O ada pedang
K**enya tegang
Cheetara lari laju
Tak pakai baju"
Hahaha!
Eye of Thundera
4 comments:
haillll..children of the 80s!! heheheh...kalo la kite kat kl, sure dah pegi konvensyen transformers tu kan? uhuk..uhukkk...
on thundercats - tea leoni mane buleh jadik cheetara! watak tu kena cargas & brutal sket. angelina jolie tu ok! ;-) takpun jessica alba. wilykat & wilykit??...hmmm..kena carik pelakon yg comel2 mcm elijah wood ke, toby mcguire ke,...plus, salah sorang dari kembo olsen tu..amacam?
skang ni kalo tak silap hollywood tgh nak pelemkan 'smurfs'. hmmm..kartun ok la. pelem? hmmm..baik pelemkan jem & the holograms!
kahkahkah..buat aku tergelak besar pagi2 ni tringat lagu thundercats tuh..tapi lirik dia ader sikit lain
'cheetara kuat lari, tak pakai coli..'
Ni lagu ni abang aku la ajor ni masa kecik2 dulu...huhuhu...best aa katun dolu2...
Clinaku,
Hahaa... baru aku tau ada lirik camtu plak. Coli tu takda plak kitorang sebut. Hahaha
Anyway, thanks sbb jenguk sini.
hahaha...citara lari laju,x pakai baju tu memang famous masa aku skolah rendah dulu.best ar lu..
Post a Comment