Monday, June 25, 2007

KISAH TRAGIK SEORANG 'WARTAWAN HEBAT'

PETANG tadi aku hangin satu badan kejap. Semuanya gara-gara sms yang aku terima seperti di bawah ini...

"Nk hbaq ni. Org tua pi jhor bini tkt dk sorang, dh 2 dk ada kt giant kluaq sat, ajak lma dah, bli perkakas."

Kepada sesiapa yang tak berapa paham loghat Kedah, ni aku translatekan ke Bahasa Malaysia :

"Nak bagitau ni. Orang tua pergi Johor, bini takut tinggal sorang. Sekarang saya kat Giant, keluar kejap sebab dah janji dengan bini nak pegi beli barang."

Sms ni daripada seorang stringer (pemberita @ wartawan sambilan) di akhbar tempat aku bekerja untuk cawangan Alor Star. Sebagai satu-satunya kakitangan tetap di akhbar tempat aku bekerja di sini, maka secara tidak langsung aku bertanggungjawab terhadap beberapa stringer di sini.

Dan, salah seorangnya adalah mamat poyo yang hantar sms ni kepada aku. Seorang 'wartawan hebat' yang tidak ada inisiatif untuk memajukan diri dan memiliki attitude dan komitmen yang haprak!

Bayangkan datang ofis pukul 3 pm, dan balik pukul 6pm. Fuh! Heavennya! Kalau ada artikel, dia akan buat. Kalau tak ada, akan duduk melopong. Suruh pegi assignment yang jauh sikit tak nak. Alasannya - jauh la, dah petang la, hujan la, kena naik motor la, takde kereta la... bla..bla..bla...

Dia juga dengan selamba meminta artikel wartawan lain dan hanya menukar byline saja. Konon-konon artikel itu dia yang tulis!

Hello... lu kalau dah keja reporter, alasan macam tu layak dijawab dengan penampar dan maki hamun je tau!

Ok, sms tadi tu aku dapat selepas aku menghantar sms bertanyakan kenapa dia tak datang kerja hari ini.

Bayangkan la alasannya tak boleh pergi ofis sebab bini takut tinggal sorang kat rumah! WTF?

Mamat ni sebenarnya baru kahwin. Sepatutnya kalau baru kahwin lu kena la pulun kerja. Ini makin malas. Bini dia setahu aku tak kerja. Pendapatan stringer pulak bergantung kepada berapa banyak artikel yang dibuat. Takde artikel, maka takde la duit. Takpalah, dia ni anak orang kaya kot.

Jangan tak percaya, mamat ni degree holder Mass Comm UUM. Anak jati Alor Star dan umur dalam pertengahan 20-an. Pada pandangan aku dia ni masih kolot dan hanya terdedah dalam dunianya sendiri serta kawan-kawan di sekitar kampungnya.

Aku pernah tanya dia :

AKU : Awat hang tak mau apply jadi staff? Gaji ok sikit. Kalau degree holder macam hang ni baru-baru masuk keja busuk-busuk boleh dapat RM3,000 plus OT dan claim mileage? Kalau stringer hang boleh dapat takat seribu lebih ja?

BUDAK TU : Hmm... tak tau nak kata. Tak besa (biasa) lah dok KL. Tak berani. Sewa, makan kat sana suma mahai. (Kalau nak jadi staff, kenalah start di HQ kami di KL).

Hmm... So, terperuklah kau dikelilingi pemandangan indah sawah padi di kampung kau! Penakut!

15 comments:

N a d i a said...

yatt sayang,
nana takut la tinggal kat rumah..awak takyah pegi keje la kot? kite pegi giant kat souq nak? hehehhehe..;-)

p/s: eloknya mike bagi penampo je kat budak tu! bior sampei telen kepala dia!..hehehe..

carvedijan said...

Yatt, dulu masa aku keje kat satu hypermarket(?) pon macam tu gak. Staff aku mcm2 alasan tak nak datang keje, asma le, kat umah takde oghang le, badan gatal2 le. Tahap aku nak menampor oghang time tu pun dah sampai tahap max. Dah le aku penat nak susun schedule dorang. Tapi lepas dah pindah keje ni lega sikit. Takyah nak pikir lagi masalah bebudak ni.

Hypermarket tu dkat ngan umah korang kat BTHO. Depan Jusco Cheras Selatan tu yang lebih layak dipanggil tong sampah kerana kebersihan yang terlampau. Dah le takde CF. Hari2 aku doa bangunana tu terbakar. hehehehe (Geram aku tak abis lagi ghupenye) Nanti aku free aku post citer pasal hypermarket tu.

Yatt said...

Ijan, Ko keje Econsave kat Balakong tu ke? Ai? Tak pernah tau pun?

carvedijan said...

Aik....puas aku sorokkan identiti supermarket tu (hehe) Tak aku keje kat HQ Econsave. Balakong tu satu daripada branch dorang. Jangan tak caya. Premis sebesor tu takde CF lagi. Itu hari kena saman pasal takde CF, senang aje dorang jolok PBT.

Yatt said...

Masa dk kt BTHO, selalu gak kitorang beli barang kt situ. Siott je, takde CF rupanya building tu. Tp mmg ramai org pegi situ sbb lokasi dia strategik.

Anonymous said...

Aku dah bnyk kali dah alami hal2 camni. Kot mana pun, mesti ada sorg yg suka buat taik. Ada saja alasan dia. Keja dia member2 lain kena cover. Kalu dtg keja pun, sibuk nak balik awai - bini x sihat la, anak demam la, mak mentua mai rumah la... Cukup bulan dpt gaji penuh mcm kita, dpt bonus pun sama banyak mcm kita jugak - tu yg boleh membengangkan kepala! Sampai skrg aku masih alami situasi camni lagik!

Lain kali, hang pun buat la jugak cam mamat tu... Bagi la alasan yg konkrit termasuk yg x munasabah. Duduk rumah berkepit ngan bini lagi syiook! Heheh!

Yatt said...

Betui tu Pyan.

Woi! Update la hg punya blog tu. Dah bersawang aku tgk!

Yatt said...

Betui tu Pyan.

Woi! Update la hg punya blog tu. Dah bersawang aku tgk!

Anonymous said...

abg yatt,
I just read the sad news at KZack's blog
takziah yer
stay strong

- org sekampung

Anonymous said...

Yatt & Nadia;

Takziah (kalu betul apa sha shinizzle tu tulis).

Banyak2 le bersabor. Macamana sayangnya kita kat sesorg tu, Allah Taala lebih menyayanginya.

Aku pun baru kehilangan bapak mertua 31 Mei lepas...
Innalillahiwainnailaihirajiun...

pjoe said...

Susah juga kalau orang tu dah stuck dalam satu comfort zone dia sendiri. Bukan cakap dia, aku pun kadang2 terfikir sama ada aku dalam zon yang sama.

Comfort zon ni bahaya, sebab bila dah selesa seseorang tu rasa secure dengan diri dia.

Dalam kes mamat yang hang cerita ni... hhmm... kelulusan ada..tak mahu guna..
Malas la tu kot
hahaha

carvedijan said...

Yatt & Nadia,

Takziah atas pemergian ibu tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah untuk arwah.

AL-FATIHAH

viruspadu said...

en. yatt,

org itu bikin malu UUM sajer...
kalu gitu alasan nye... mmg seswaiii banget dibalas ngan penampor x hengat punya...

x suka ada staff yg mcm gitu... dan pernah ada rakan yg mcm gitu... mmg hangen... asek kene cover kerja dia ajer...

Yatt said...

Pyan, sha & Ijan

Thanks dgn ucapan takziah & sedekahkan fatihah. Sebelum meninggal on 27 Jun tu mak aku dah koma 2 minggu. Kena attack stroke & ada pendarahan kt otak. Arwah dikebumikan lepas asar pada hari yg sama.

Joe,
Mungkin jugak dia rasa dia dlm comfort zone. Tp nak comfort apekemendanya. Dia baru kahwin, bini tak keja. Keja pulak consider part time. Ada keja ada duit, tak mai keja takde le duit. Sepatutnya dalam masa2 camni dia kena fikir la utk future dia kan sbb baru start nak bina family.

Virus,
Hang ex-UUM ka? Heheh... Takkan semua spesis camtu kot. Ekekeke... Btw, thanks sbb singgah sini.

fara[the]bugbuster said...

'Jotos' jek kepala mamat tuh... heheheh...