Saturday, March 10, 2007

AKU, ALOR STAR & RAWK N ROLL

Mesjid Zahir, Aloq Staq


ALOR STAR, 1.30 PAGI, 5 MAC 2007... First time kereta aku menjejakkan tayarnya kat sini.

Tak terfikir pun yang satu hari nanti aku akan bekerja dan tinggal kat bandar raya ni. Bukan sebab out station, tapi aku ditransferkan termasuk la dengan anak bini sekali! Untuk berapa tahun aku tak pasti, tapi rasanya memang bertahun-tahun!

Kalau kerja dengan surat khabar memang macam ni la. 'Risiko' nak kena transfer tu memang ada, macam askar dengan polis jugak la. Tapi aku tak kisah la. Walaupun banyak jugak yang perlu 'disacrificekan', tapi aku ambik positif dalam semua perkara.

"Kita kalau nak jadi reporter ni better keluar pegi state. Kat sana baru la kau punya talent teruji. Kalau asyik terperap je kat KL pun buat apa. Kau jadi tepu nanti. Kat state kau akan belajar banyak benda nanti. Mula-mula tu memang berat la sikit, tapi lama-lama gerenti okay punya," ini antara kata-kata semangat yang aku dapat daripada beberapa boss kat KL.

Memang pun. Kat sini aku kena buat macam-macam cerita dan jumpa macam-macam orang. Assignment pulak bukan setakat area Alor Star saja, tapi seluruh negeri Kedah termasuk la Pulau Langkawi dan Perlis. Silap-silap selatan Siam pun kena cover sekali!

Masa entry ni ditulis, aku dah tiga minggu kat bandar raya yang dah berusia lebih 250 tahun ni. Tapi aku tak tinggal kat town, tapi menyewa kat Bandar Darul Aman, Jitra. Tak jauh, cuma 15 minit drive kalau dari town.

Lebih kurang 12 tahun merantau kat KL, Alor Star membuatkan aku lebih rileks. Aku tak lagi terkejar-kejar atau maki hamun sorang-sorang dalam kereta pasal traffic jam atau ada kutu potong q sebab kat Alor Star ni tak ada benda tu! Kalau ada pun boleh dibilang. Kalau kat KL, kita terlambat tiga saat nak jalan masa traffic light hijau, orang belakang dah hon kaw-kaw punya. Tapi kat Alor Star takde.

Kat sini paling best sebab tak ada traffic jam. Aku tak kisah kalau rumah jauh dari ofis, yang penting jalan tak jem. Makanan pun murah dan banyak benda yang murah. Rumah yang aku sewa tu ada tiga bilik dan dua bilik air. Kira luas jugak la dan sewanya cuma RM300. Kalau kat KL rumah camtu mau dekat RM700! Hari tu aku gunting rambut RM5 je... heheh.

Kampung aku kat Batu Gajah dan Ipoh takde bendang kecuali bekas tapak lombong bijih dan lombong tinggal. Kat sini best sebab banyak bendang. Entah kenapa, aku suka sangat tengok bendang sejak kecik lagi. Aku teringin nak tangkap ikan haruan, keli, puyu atau sepat dalam bendang. Ish... dah lama tak buat camtu. Heheh...

Lagi satu aku suka nama-nama tempat kat sini. Antaranya Mentaloon, Hutan Kampung, Kebun 500, Alor Punti, Kubur Panjang, Gajah Mati, Kanchut, Tobiar, Tokai, Jenun, Kampung Klut, Tongkang Yard, Sungai Korok, Alor Dudur, Ladang Bukit Perak Tengah Selatan dan banyak le lagi. Heheh...

8 comments:

N a d i a said...

haiyaaa...manyak lama la lu mau update lu punye blog aa kawan...anyway, wa manyak suke itu "mentaloon" punya nama..so punk rawk! haha...

Mohd Asnol Lob said...

ahaa...BENDANG...
lama wei aku tak dengo org sebut bendang. sedap sungguh bunyi nye.

syok woo tangkap ikan haruan n puyu kat bendang. aku peronah kena sengat dgn inche ikan keli masa dlm percobaan nak tangkap beliau kat parit beso tepi bendang. mujo ada atok sorg tu berdekatan cepat memeberi pertolongan cemas. tidak mau nazak aku dimasa tersebut.

Yatt said...

Greect... ha ah, sedap beno nyebut perkataan bendang tu. Nyaman je bunyinya. Rumah nenek aku kt Seberang Perai, so dari kecik aku mmg familiar dgn bendang dan selalu jugak le harung bendang. Setakat lintah panjat kt kaki tu besa le. Hehehe...

Ooo... mike panggey sengat keli tu inche ye? Kalo kt kg aku kt belah-belah batu gajah deme panggey sondak. Aku tak pernah le kena sondak keli tu. Fuh! Kalo sena sondak beliau tu memang bisa yob. Bukan setakat teroyak, pengsan pun mau!!

Yatt said...

Greect... ha ah, sedap beno nyebut perkataan bendang tu. Nyaman je bunyinya. Rumah nenek aku kt Seberang Perai, so dari kecik aku mmg familiar dgn bendang dan selalu jugak le harung bendang. Setakat lintah panjat kt kaki tu besa le. Hehehe...

Ooo... mike panggey sengat keli tu inche ye? Kalo kt kg aku kt belah-belah batu gajah deme panggey sondak. Aku tak pernah le kena sondak keli tu. Fuh! Kalo sena sondak beliau tu memang bisa yob. Bukan setakat teroyak, pengsan pun mau!!

Mohd Asnol Lob said...

errr...ada masalah komunikasi sikit la yatt.

"inche" tu aku refer kepada 'encik'. aku nak kata encik ikan keli. muahaha...(bahasa klasik kunun. kan org dah tak paham)

sengat keli tu aku pun panggil sondak gak.

N a d i a said...

hehehehe...lawak..lawakk..tu pasey teman heran bebeno ngan apa yg kome labunkan tu...yatt ku sayang, nana faham. awak sangat blank sbb nana takde kat situ ye?..;-)..

Yatt said...

Greect
Wakakakakakak!! Gampang betoi! Lurus bendui betui le aku ni. Mane le aku perasankan yg inche tu encik. Aku mati2 igt oghang Grik panggil sondak ikan keli tu inche. Ekekekeke!

Nana
Sila dengar lagu Duff McKagan - Lonely Tonite.

zairi said...

kedah memang banyak nostalgia buat aku.aku belajar kat ikm alor setar 1thn 6bln.tiap2 minggu jalan kaki dari tongkang yard tu ke town reramai utk melepak.best nye zaman sekolah.