Wednesday, January 24, 2007

REDHA...

SEPERTI SUNGAI... Bandar Kota Tinggi kini hanya boleh dilalui dengan menggunakan bot.

KARAM DI HATI... Wan Sakiah Wan Hassan tidak dapat menahan sedih apabila barang bagi kegunaan memasak makanan kantin Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau musnah ditengelami banjir.

Foto : NSTP










KERUGIAN akibat dua banjir besar di Johor dalam tempoh sebulan sejak pertengahan bulan lalu, dianggar mencecah lebih RM500 juta,kata Pengarah Direktorat Pengurusan Krisis dan Bencana BahagianKeselamatan Negara (BKN), Che Moin Umar.


Beliau berkata, kerugian RM500 juta itu adalah anggaran awal dan angkaberkenaan dijangka lebih tinggi selepas kerosakan sebenar dinilai, minggu ini.


"Penilaian kerugian dilakukan secara menyeluruh, bukan saja membabitkan mangsa banjir, malah kesan bencana itu terhadap ekonomi Johor berikutan kemusnahan ladang, ternakan, perniagaan, kemudahan asas dan infrastruktur," katanya.


- Berita Harian, 22 Januari 2007




Mungkin lirik di bawah ini sesuai untuk dihayati :




Berita Kepada Kawan
Perjalanan ini rasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan
Tubuhku tergoncang dihempas batu di jalanan
Hati bergetar menampak kering runtuhan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggallah ku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang...

- Ebiet G Ade -

3 comments:

Edd Vedder said...

Ya Allah.. baru tahun lepas aku outstation ke Kota Tinggi. Gambar bandar KT yg kau letak tu, aku masih ingat kat mana tempatnya. Aku masih ingat makanan yg sedap, orang2 yg peramah dan bandar yg bersih.

Semoga org KT tabah hadapi dugaan.

Yatt said...

Tu la. AKu tak pernah sampai pun KT tu. Tapi kalau tgk air yg naik sampai nak sampai bumbung kedai, mmg ngeri beb.

Harap mrk sume redha dan pasti setiap dugaan itu ada hikmahnya.

zairi said...

area rumah mak+ayah aku kat belakang stesen ketapi gemas yg x patut kena banjir pun kena gak akhir nya.paras2 bumbung je tinggal.sedih nya...