Tuesday, April 25, 2006

AHMAD DHANI YANG CUKUP 'DEWA'

AKU memang suka tulis blog. Tapi kadang-kadang aku ni malas dan takde masa, mungkin sebab kerja. Selalu balik lambat dan bila sampai rumah dah letih. Kadang-kadang masa tidurkan anak, aku pun tertidur sekali. Tu yang selalu lambat update tu. Heheh…

Teringin jugak nak komen pasal satu-satu isu, tapi disebabkan masalah di atas isu tu akhirnya basi dan tak syok untuk diulas lagi.

Seperti yang semua orang tahu, hari tu Dewa 19 turun ke sini untuk konsert Pesta Malam Indon dan showcase kat Planet Hollywood. Ramai yang kata best dan ramai jugak yang kata tak best! Aku, susah nak cakap pasal aku pun tak pegi!

Ni bukan nak cerita pasal show diorang, cuma pasal band Dewa 19 yang dikatakan genius oleh banyak pihak ni. Tak dinafikan Dewa 19 adalah antara band seberang yang aku suka selain Gigi dan Slank. Sejak zaman Ari Lasso, then Once masuk, tukar nama Dewa, Erwin keluar, Yuke pulak masuk sampai la sekarang dan Ahmad Dhani guna nama Dewa 19 balik.

Muzik dan lagu diorang mudah menarik perhatian aku. Mungkin arrangement dan sound yang dibikin Ahmad Dhani itu kena dengan jiwa aku. Sori la, nak cerita bab teknikal pasal muzik aku tak tau.

Tapi entah kenapa tiba-tiba keterujaan aku terhadap band Dewa 19 (baca : Ahmad Dhani) macam dah kurang sikit. Entah la, aku ada sikit skeptikal pada mamat yang diwar-warkan orang sebagai ‘music genius’ tu selepas membaca jawapan dia dalam interview dengan reporter Hafidah Samat (NST) dan Zainuri Misfar ( BiPop / Berita Minggu), baru-baru ni. Ni antara petikannya :

HAFIDAH : Laskar Cinta has successfully sold 25,000 copies in Malaysia, which is rare for current local bands. What were your expectations when the album was released in Malaysia?

DHANI : To be honest, the band has never really followed the progress of our album sales here (Malaysia). We're glad to know that we have a huge following here. Of course, we hope the popularity will stay.

HAFIDAH : Don't you feel intimidated having to share the stage with other big acts from Indonesia like Gigi, Radja, Padi etc.?

DHANI : Frankly, you will not see Dewa 19 sharing the stage with other bands back home. It's just not us. Since this is a big concert to showcase Indonesia, I guess it's fine.

ZAINURI : Adakah Dewa 19 tergolong dalam aliran muzik rock?

DHANI: Tidak. Muzik Dewa dihasilkan mengikut suasana hati. Betul jiwanya rock, tetapi sebenarnya tiada yang rock. Di Indonesia, muzik rock tidak ada tempat. Peter Pan, Sheila On 7 bukan rock. Kalau rock jadi pilihan, tidak akan capai jutaan salinan di Indonesia seperti yang diperolehi Peter Pan. Radio di sini (Indonesia) pun tidak gemar muzik rock.

Aku tak tau la sama ada reporter tu salah tulis atau Dhani memang jawab macam tu. Tapi dari jawapan yang diberi tu memang jelas la keegoan dan keangkuhan si Dhani tu. Di Indonesia, Duta Sheila On 7 mengatakan dia manusia paling kurang ajar.

Cuma aku nak tau apa definisi ROCK pada Dhani. Betul ke kat Indon rock dah tak popular? Kalau betul kenapa Slank cakap konsert diorang rata-rata dihadiri tidak kurang 20,000 penonton? Padahal diorang memang betul main rock & roll!

So, ok ke si Dhani ni? Muahahahahahahaaa!!

Tuesday, April 11, 2006

SEKSA DUA MINGGU!

AGAKNYA tarikh 26 Mac sampai 8 April hari tu adalah jangkamasa yang paling boring buat aku tahun ni. Sebabnya dalam jangkamasa tu aku terpaksa ambik MC – Tak pernah-pernah aku MC sampai dua minggu! Lima kali pegi klinik, penglihatan kabur, tak boleh menulis, melukis, membaca hatta nak baca SMS sekalipun! Semuanya kabur, blur…pedih!!

Semuanya gara-gara SAKIT MATA… heheh!

Paling boring sebab 31 Mac, birthday wife aku dan 5 April anniversary wedding kitorang. Haha… terpaksa la celebrate dalam keadaan mata bengkak, mata merah menyala, taik mata asyik nak meleleh dan mata asyik terkedip-kedip sebab pedih… Erghhhhh! Kesian Nadia...

Last aku kena sakit mata masa Darjah Lima. Tapi dua tiga hari lepas tu dah baik. Ingat sekarang macam tu jugak, rupa-rupanya terlajak sampai dua minggu! Tak kisah la, doktor pun cakap itu normal. Ada orang yang lagi lama daripada aku dan mata sampai merah macam bijik saga.

Tapi takpe, itu semua ujian Tuhan. Cinonit je dugaan tu, tapi aku dah menggelabah! Sekurang-kurangnya dugaan kecik tapi menyusahkan tu boleh sedarkan aku sikit. Insya Allah. Dua minggu Tuhan tarik sikit keselesaan aku dan aku pasti itu ada hikmahnya.

Ok la, alhamdulillah sekarang aku dah sihat. Dah pegi keje balik, tapi ramai kat opis cakap aku sakit mata sebab skodeng. Hahahaha! Cis!

DAN KALAU KORANG NAK TAU, HAMBA ALLAH KAT BAWAH NI ADALAH SPESIS YANG DIPERCAYAI MEMBAWA VIRUS BERKENAAN. IA DIDAKWA BERMULA DI TASKA HALAMAN KASIH SEHINGGA MENJANGKITI MATA AKU YANG SEKIAN LAMA TERPELIHARA NI…

Sunday, April 09, 2006

BERCANDA DI PASIRAN PANTAI 2

LEPAS Pulau Perhentian Kecik, pegi PD la pulak! Heheh…

Hmmm… Kelakar la kalau nak bandingkan pantai kat PD dengan Perhentian. Jauh sangat bezanya – macam team Barcelona dengan Selangor! Hahaha!! Pantai PD memang buat nafsu aku nak bercanda di pasiran pantai hilang terus! Nama je Pantai Peranginan Teluk Kemang, tapi dengan sampah, kayu, tunggul semua cukup! Kaler air pun aku tengok dah macam paya kat belakang rumah kat kampung aku jek! Pasir pun kematu semacam je.

PD walaupun jadi destinasi pilihan kebanyakan warga Lembah Klang (sebab paling dekat), tapi memang dah dikenali seantero Malaya sebagai pantai yang tak berapa cantik dan bersih. Mungkin sebab dia dekat Selat Melaka iaitu laluan kapal paling sibuk dalam dunia dan banyak sangat construction kat situ.

Tapi kalau setakat nak lari dari hiruk pikuk atau ketensenan tahap melampau dok kat KL, tapi malas nak pegi jauh, PD kira okay la.

Aku, Nadia dan Deena lepak kat Ancasa Resort belah Teluk Kemang. Resort apartment tu dah cantik dah. Cukup selesa dengan konsep Balinya tu, tapi heheh… biasa la pantainya memang hampeh sikit la.

Nak cari pantai yang okay sikit, kitorang pegi ke pantai Blue Lagoon, boleh tahan la tapi still takde selera langsung nak mandi. Tapi aku rasa pantai kat depan Hotel Seri Malaysia ( on the way nak ke town PD) tu okay sikit. Nampak bersih dan pasirnya halus. Seronok la Deena yang tak pernah tengok laut tu main ombak dan pasir.

Err… Nak pegi lagi ok kot rasanya, tapi tak payah mandi laut la. Lepak-lepak boleh la.



Gelagat seorang Hamba Allah yang tak pernah jumpa laut dan main pasir tepi pantai.



Pantai kat depan Hotel Seri Malaysia yang okay la sikit. Saja ambik gambor couple ni... heheh.


Heheh... mamat bertuala tu pun hilang nafsu nak mandi.


Alahai...

Thursday, April 06, 2006

BERCANDA DI PASIRAN PANTAI!

KALAU tak disebabkan keje, entah bila le gamaknya aku boleh sampai ke Pulau Perhentian Kecik kat Terengganu ni. Tapi dengan segala kos makan tanggung berak cangkung, aku ‘dipaksa’ ke antara pulau tercantik Malaya tu baru-baru ni.

Pegi pulak kena naik van! Hmmm… ingat diorang nak kasik naik flight. Apa nak buat, selepas lapan jam bontot rasa nak kematu, pusing kiri kanan tapi stil tak bleh tidur, empat kali pegi toilet termasuk terpaksa dengar brader drebar tu menyanyi (aku rasa dia nak hilangkan mengantuk), maka sampai la kitorang ke jeti Kuala Besut tepat jam 7.15 pagi.

Gedebuk gedebak gedebuk gedebak naik bot sume dalam setengah jam sampai la ke Pulau Perhentian Kecik tu. Fuh! Pasir pantai putih, air jernih bak kristal, ikan berwarna-warni bernang-renang, pohon nyiur melambai-lambai dan awek mat saleh berbikini berlambak-lambak! Ewahhh!! Heheh… Walaupun aku rakyat Malaysia, jakun pulak rasanya bila sampai tempat camtu. Rasa macam kat negara lain pulak, dan mat saleh kat situ pulak yang rasa tempat tu macam tempat dia.

Anyway, pulau tu memang sesuai kalau pegi dengan kengkawan atau nak enjoy dan berhappening. Lagi satu, kalau baru kahwin, memang digalak-galakkan sangat pegi. Heheh… Aku yang seumur hidup tak pernah snorkeling, rock climbing dan abseiling, aku belasah buat kat situ (Huh! Memang tak adventure aku ni!). Diorang offer suruh aku buat scuba diving… Errr.. aku tak nak pasal aku menggelabah sikit dalam air.. heheh.. fobia! Diorang semua cakap rugi sebab benda tu mahal kalau bayar. Tapi bagi aku takpe la, daripada terjadi apa-apa kat aku, baik tak payah! Hehehe…

Hmmm… bila la nak pegi situ lagi ye?




Memula gayat jugak nak buat abseiling dengan ketinggian lebih 50 meter ni. Hieee... kat bawah ada jurang dan laut lak tu, tapi belasah jek! Jangan tengok bawah...



Kucing hensem yang kehidupannya hanya dipulau. Mungkin dia ni tak pernah pun tengok kete seumur hidup dia.


Kalynn, awek mat saleh dari Seattle, US. Umur baru 20 tahun, tapi selamba travel satu dunia sorang-sorang. Masa tu dia dah sebulan lebih kat Malaysia dan dua minggu kat Perhentian. Kat Perhentian selamba je dia keje kat gerai sorang pakcik tu. Memandangkan dia dari Seattle, aku tanya la pasal band grunge Seattle macam Pearl Jam, Soundgarden, Mudhoney dan Nirvana, tapi dia tak minta pun band tu! Ciss!!

Kalau salah langkah masa buat rock climbing atau abseiling tu, jatuh kat sini la. Hishh!


Sunset kat pantai Teluk Aur, sebelah Barat Perhentian Kecik.


View semasa on the way untuk jungle tracking ke pantai Teluk Aur


Gambar pertama aku snap dari atas bot sebelum nak sampai pantai. Masa ni dah teruja ni!


Susah nak jumpa orang Malaysia kat sini, 80 persen orang putih dan kebanyakannya European.


Tengok tu ayor lautnye biru beb! Tak yah snorkeling jauh-jauh, cukup 10 meter dari pantai je korang dah boleh tengok coral dan ikan yang kalerful. Ikan pari pun ada! Woii!! Cepat, pegi le Perhentian Kecik sekarang!