INI abang-abang dan adik-adik polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dikerah bertugas dan dibekukan cutinya untuk menjaga ketenteraman orang ramai ketika hari penamaan calon dan kempen pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ni.
Macam jugak diorang, aku juga dibekukan cuti dan disuruh kerja
straight 12 hari siang malam untuk buat apa saja cerita menarik yang berlaku dalam pilihan raya tu. Gambar di atas ni diambil pada hari penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.
Tapi, aku bangga pasal terbabit secara langsung dalam pilihan raya yang tercatat dalam sejarah negara sebagai calon yang paling ramai bertanding, 15 orang dan 13 daripadanya calon Bebas! Sejak pilihan raya umum 1955, jumlah calon yang bertanding dalam setiap DUN atau Parlimen tak penah lebih dari lapan.
Semua orang sudah sedia maklum, brader S Manikumar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah pun menakluk kerusi DUN Bukit Selambau dengan majoriti 2,403 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan. Oh ya! Ganesan kata dia tak perlukan reporter untuk kempen sebab reporter tak penting. Hahah!!
Manikumar yang hanya ahli biasa PKR selepas diumumkan sebagai calon oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencetus kontroversi di kalangan PKR. Ahli PKR bahagian Merbok membuat protes mendakwa Manikumar tidak dikenali pengundi dan kroni Anwar.
"Itu Manikumar aaa, sapa pun tarak kenai sama dia. Saya sudah banyak taun duduk sama PKR sini (Sungai Petani / Merbok), tarak penah nampak dia punya muka. Ada orang cakap dia bukan dua taun masuk PKR, tapi baru dua bulan sudah! Lagi aaa, dia mana ada experience dalam politik, macamana mau jaga rakyat? Banyak orang lain, apa pasai Anwar pilih dia?" kata seorang pengundi di Taman Ria Jaya, Sungai Petani yang tak puas hati dengan Manikumar.
Hmmm... kalau dah namanya politik, macam-macam boleh berlaku. Beberapa hari selepas hari penamaan calon, Ketua Bahagian PKR Jerai, B Kalaivanar yang berambut afro dan ber'side-burn' ala Elvis Presley mengumumkan keluar PKR bersama 536 ahlinya kerana tak puas hati dengan kepimpinan tertinggi PKR terutama Anwar.
Kalaivanar yang bergerak bersama NGO Gerakan Efisiensi India Malaysia (GIM) beberapa hari selepas tu dakwa diugut dibelasah pula oleh orang PKR ketika mengadakan ceramah. Dalam PCnya waktu itu, aku tengok beberapa orang dari Umno turut berdiri di belakang-belakang... Hmmm... siapa yang atur PC itu sebenarnya?
Seperti biasa, setiap kali pilihan raya, mesti ada orang buat PC nak keluar parti. Contohnya seorang ahli PKR yang aku dah lupa namanya, pada satu malam buat PC umumkan dia bersama 1,000 orang dari PKR di beberapa bahagian bawah DUN Bukit Selambau keluar dari PKR. Bila ditanya apakah anda akan sertai BN, jawapan yang biasa ialah,
"Tidak, saya tidak akan menganggotai mana-mana parti. Saya Bebas".Bila ditanya kenapa buat keputusan pada masa dekat nak pilihan raya, kenapa tak hari lain, katanya itu masa yang paling sesuai. Dia kata sebenarnya memang dah lama nak keluar, tapi masa tu (dekat-dekat nak pilihan raya) baru boleh buat keputusan dan ia adalah masa yang sesuai. Pelik aku, lagipun dalam PC tu penuh dengan orang-orang Umno dan BN. Betul ke ada 1,000 orang nak keluar?
Besoknya pulak, satu lagi kumpulan buat pengumuman keluar PKR bersama enam bahagian lain yang ahlinya mencecah hampir 6,000 orang! Ishh... musykil sungguh!
Tapi, apa pun kata-kata yang dilemparkan atau beribu-ribu orang nak keluar parti, si Manikumar ni tetap jugak menang, dan si Ganesan menggigit jari... dan Anwar jadi makin berani.
Calon Bebas pun satu hal jugak.
Confident tak tentu hala. Contohnya T Chandrarajan yang menggunakan lambang kapal terbang. Dia ketika
diinterview confident bagai nak rak kata dia akan menang pilihan raya tu. Kempennya juga cukup hebat, poster, banner bagak-bagak, bunting habis digantung satu pekan Sungai Petani. Siap bagi T-shirt
free gambar muka dia lagi! Hahaha!!
"Saya confident menang. You tengok aa saya punya kempen macamana. Saya first calon yang tampal poster tau! Ganesan sama Manikumar belum gantung poster, saya punya sudah naik tau!" katanya yang akhirnya hanya memperoleh 73 undi saja sekali gus hilang wang deposit.
Begitu juga dengan L Sarala, calon Bebas dengan lambang basikal. Semasa hari pengundian, dia kata dia dapat rasakan mempunyai 80 peratus peluang untuk jadi Adun Bukit Selambau. Tinjauan aku di pondok panasnya di pusat mengundi SK Taman Bandar Baru hanya ada lima orang saja, itupun petugas dia.
Sarala akhirnya hanya mendapat 49 undi dan terus hilang wang deposit.
Apapun
to Manikumar, bro, lu sudah menang. Lu jaga la baik-baik lu punya kawasan. Itu hari lepas menang lu cakap mau jaga kebajikan penduduk-penduduk Bukit Selambau.
So, lu tunaikanlah janji-janji lu tu pasal rakyat tetap percayakan lu walaupun macam-macam orang kata pasal lu yang gua pun tak
sure sama ada betul atau tak.
To Mr Ganesan, Datuk,
you kena terima dengan hati yang terbuka.
You kena akur dengan kehendak rakyat (ayat lazim pemimpin yang kalah pilihan raya setiap kali keluar surat khabar).
Amboi...amboi... Kak Jat... (R-L) - Azmin Ali, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Alangkah bagusnya kalau hari-hari korang macam ni. Calon Bebas, Tan Hock Huat ketika ditemui reporter sebelum menyerahkan kertas undi hanya berkata, "Mau tau pasal saya, sila ke blog saya!" Dia juga berkata demikian tanpa memberitahu apa alamat blognya.