Sunday, January 18, 2009

PAGI YANG GELAP (ini bukan lagu Hujan tau!)

Pix : NSTP


AKU nak sangat tengok Meet Uncle Hussein dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 malam tadi, tapi hajat aku tak kesampaian.

Semuanya gara-gara seorang apek yang frust sehingga tergamak mencurah petrol ke atas badannya sebelum membakar diri hingga mati.

Semuanya juga gara-gara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Lim Kit Siang yang pada awalnya berjanji untuk mengadakan PC tetapi membatalkannya di saat-saat akhir selepas kami menunggu hampir dua jam.

... Dan pagi ini on the way nak pegi ofis, aku terhentam bontot satu Proton Saga. Arghhh!!

"Bonet kena tukaq, lampu belah kiri pun kena tukaq," kata mekanik aku.

Dugaan. Sabar. Alhamdulillah, aku tak apa-apa.

Saturday, January 17, 2009

AYAM BERKOKOK ATAS BATANG, MAI ROKOK SEBATANG 2

Gambar diambil di Masjid Abu Bakar as-Siddiq, Bangsar, KL. Tak jauh dari hq ofis aku.

NAK hisap rokok lagi ke?

Monday, January 12, 2009

AYAM BERKOKOK ATAS BATANG, MAI ROKOK SEBATANG.

RASANYA ramai kawan-kawan yang tak tahu aku sebenarnya dah berhenti merokok. Ini betul-betul punya quit! Serious!

Tolong jangan ada yang gelak ya?

Keputusan ini sebenarnya dah dibuat sejak November 2006, tapi tak constant. Kejap stop, kejap smoke balik. Rasanya aku dah tak hisap rokok sebatang pun lepas general election Mac tahun lepas.

Ada sapa-sapa nak ikut aku? Ada bran?

Thursday, January 08, 2009

DEMO SANA BOIKOT SINI KUTUK SANA HENTAM SINI!


SEJAK rejim Yahudi Israel menyerang Palestin, satu dunia mengutuk dan membantah tindakan mereka.

Termasuk kita di Malaysia. Hampir setiap hari ada saja parti politik, NGO, pelajar dan sapa-sapa saja melaungkan kutukan dan bantahan terhadap kekejaman Yahudi Laknatullah itu. Mereka berhimpun, bersesak-sesak, berpanas, berpeluh dan berteriak mengutuk kekejaman Israel dan simpati terhadap rakyat Palestin. Hampir setiap hari juga dianjurkan pelbagai perhimpunan dengan membawa sepanduk, bendera, poster dan macam-macam lagi melambangkan tanda kebencian terhadap Israel dan juga sekutunya tak lain tak bukan Amerika Syarikat.

...Dan panggil media buat coverage.

Selepas berhimpun begitu, mereka buat apa ya? Balik rumah? Pergi Mid Valley? Pergi Restoran Nashmir?

Cuma aku tertanya-tanya, adakah puak-puak Yahudi dan sekutunya itu peduli dengan kutukan dan bantahan itu?

Aku rasa mereka tak peduli pun.

Monday, January 05, 2009

MASSACRE IN BANDAR DARULAMAN


AKU benci kau! Kau buat aku penat dan tension! Tapi kau juga makhluk Allah yang perlu makan untuk hidup. Apa nak buat, dah memang itu rezeki kau.

Sorry lah kelmarin aku terpaksa bertindak ala-ala tentera Zionis menyerang Gaza dengan melakukan massacre terhadap koloni kau.