Tuesday, December 30, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009 KALENDAR ROMAN PULAK

CLICHE tiap-tiap tahun. Aku tak tau nak cakap apa, nak wish apa atau apa-apa.

Cuma harapnya apa saja yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Insya allah.

'Bandaraya' - aku mahukan kau!!

Sunday, December 28, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430H

AKU baru balik dari majlis sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat negeri Kedah tadi.

Majlisnya biasa saja, cuma aku seronok dengar ceramah khas Maal Hijrah daripada seorang penceramah bergelar doktor yang aku lupa pulak namanya.

Dia bercerita pelbagai peristiwa dalam Hijrah Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah. Antaranya termasuk la peristiwa semasa Rasulullah dan sahabat, Saidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di Gua Tsaur ketika dalam perjalanan ke Madinah.

Korang pun tau peristiwa labah-labah membuat sarang di pintu gua supaya musuh tidak tahu baginda dan sahabat berada di dalam gua itu sebelum seekor cicak berbunyi membuatkan rahsia itu diketahui Abu Lahab yang ketika itu berada di luar gua itu.

Aku petik kata-kata menarik daripada penceramah itu :

"Orang putih dok buat cerita Spiderman yang baik menentang jenayah. Kita kat sini pulak dok buat ceghita Cicakman! Apa punya 'al-bangangin' ni!"

Heheh...

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah. Semoga kita semua menerima keberkatan daripada-Nya.

Saturday, December 20, 2008

DATUK LAT


AKU yakin ramai di antara kita tak kira umur, bangsa atau kerja apa, kenal dengan Datuk Lat dan tahu dengan apa yang dia buat. Buku di atas ini adalah salah satu koleksi kartunnya yang paling top dan patut ada dalam simpanan kita - a must have item. Tak salah aku The Kampung Boy diterbitkan pada 1977 dan dah terlalu banyak kali diulang cetak.

Seperti yang kita tahu, The Kampung Boy mengisahkan kehidupan kanak-kanak Lat di kampung kelahirannya di Kota Bahru, Perak (bukan kat Kelantan tau) pada tahun 50-an. Sebagai anak jati Perak, gambaran Lat seperti lombong bijih timah, kapal korek, mendulang bijih, ladang getah, mandi lombong, pancing ikan kat sungai cukup dekat dengan aku sebab masa aku kecik-kecik dulu, suasana macam tu still ada lagi kat Perak, atau lebih tepat lagi Lembah Kinta.

Walaupun aku lahir, membesar dan sekolah kat Perak, tapi aku sebenarnya tak pernah langsung pegi ke Kota Bahru walaupun jaraknya lebih kurang 30 km je dari kampung aku kat Batu Gajah.

Cuma Raya Haji hari tu bila aku balik kampung, aku berjaya jugak jejak kaki aku ke Kota Bahru. Bukan ada apa pun kat situ, cuma kampung dan pekan koboi je (rasanya lagi kecik dari pekan koboi). Tapi aku ke sana sebab teringin nak tengok bekas-bekas tempat Lat lukis dalam The Kampung Boy tu.


Aku rasa ini kedai yang Lat cerita dia dengan arwah bapaknya pegi beli barang dapur tu. Bangunan tu memang dah buruk, tapi kedainya still ada lagi.





Ini sekolah rendah Lat. Bangunannya tak banyak berubah dan masih sama macam lukisan kat bawah ni.


Okay la, posting ni aku buat selepas terinspired dengan Majalah 3, baru-baru ni yang cover cerita pasal Lat. Dalam program tu, Lat turut bawak reporter tu ke kampung asal dia kat Kota Bahru dan tunjukkan bekas tapak rumah dia, sekolah dan kawasan permainan dia masa kecik-kecik.

Wa caya lu Datuk!

Friday, December 19, 2008

GARA-GARA FACEBOOK

OKAY... Nama aku Ahmad Riadz. Dalam facebook nama ini jugak aku gunakan. Aku tak nak menyamar sebab antara tujuan aku berfacebook nak cari kawan-kawan lama dan ikut trend. Hahaha!

Tapi baru-baru ni (dah lama jugak sebenarnya), tiba-tiba sorang pompuan yang aku tak kenal dalam facebook tu hantar mesej pada aku. Dialognya lebih kurang macam ni :

POMPUAN TU (PT) : You ni Ahmad Riadz yang dulu sekolah kat Sek Men **** kat Pahang tu ke? (mungkin dia ni ingat aku school mate dia dulu)

AKU : You salah orang kot. I tak penah sekolah kat Pahang. I sekolah kat Perak dan I memang orang Perak. Eh! Ada jugak orang lain nama Riadz ye? I ingat I sorang je! (saja nak buat konon2 nak kasi mesra sebab aku selalu rasa nama aku ni pelik).

PT : Ada. Nama kawan I tu sebijik nama you. Tapi bezanya kat depan nama dia tu ada DR.

AKU : Ceh!



P/S : Kalau ikut ejaan dan sebutan, nama aku ialah Ahmad Riyadh. Ikut capital city Arab Saudi tu. Dalam bahasa Arab maksudnya taman, kebun atau dusun. Tapi arwah mak n abah tukar ejaan jadi Riadz, tak tau la pulak kenapa dan aku pun tak penah tanya. Boleh tak? Haha! Aku rasa nama tu pelik dan unik sebab aku memang tak penah jumpa orang nama macam ni (tapi aku tau memang ada). Dulu lecturer, cikgu dan kawan-kawan susah nak pronounce nama aku sebab ejaannya la. Bunyi yang sepatutnya RIYADH, jadi RI-AZ, RI-AS, RA-IS, RI-DAIZ, RIDZ dan macam-macam la. Ada satu cikgu aku dulu sampai give up dan terus panggil aku Ahmad je.

Thursday, December 11, 2008

INDON...

The Changcuters


Slank


Naif


Gigi


Dewa 19


Bondan Prakoso


SAJA nak cerita pasal Indon. Pasal lagu-lagu Indon. Lebih spesifiknya lagu daripada band-band Indon.

Kat sini, ramai yang puji band-band Indon lebih berjaya dan sedap daripada band-band kita sampai ramai orang-orang kita melenting sehingga terkeluar pelbagai idea-idea bernas, dalam erti kata lain menyekat kemasukan lagu-lagu band Indon ke sini.

Tapi dalam masa yang sama ada jugak orang Malaysia yang dah mula cakap slang Indon dan menulis dengan gaya bahasa dipengaruhi bahasa Indon mungkin kerana terpengaruh dengan lifestyle dan band-band dari sana. Tak tau la aku betul atau tidak...

Tapi tak dinafikan banyak band-band Indon yang bagus dan aku suka. Antaranya Slank, Gigi, Dewa 19, Naif, The Changcuters dan artis rap, Bondan Prakoso. Ini yang aku paling suka, korang aku tak tau lah.

Oh ya, tak lupa jugak Benjamin S dan Bill & Brod. Heheh.

Tahun lepas dan baru-baru ni aku ke Indon. Kalau ke sana aku suka check out kedai-kedai CD dan kaset untuk tengok album-album band diorang yang tak dijual di sini.

Tahun lepas aku pegi, aku tanya cewek dan cowok Indon band apa yang top masa tu. Diorang cakap D'Masiv dan merata-rata aku dengar lagu diorang, "Cinta Itu Membunuhku" dipasang di merata-rata butik, kedai dan rumah.

Baru-baru ni aku pegi, diorang kata band paling top di sana sekarang ialah ST 12 yang popular dengan lagu "Puspa" dan "Cari Pacar Lagi". Korang cari la lagu-lagu ni dalam You Tube. Belambak! Ok la, sedap jugak sebab ada kombinasi dengan unsur-unsur dangdut sikit. Heheh.

Ada jugak band-band lain yang aku jumpa macam Wali, Plat Band, Tangga, Caramel Band, Java Jive, The Titans dan banyak lagi yang aku rasa albumnya tak dijual di Malaysia. Ini termasuk band-band yang kita dah tahu macam Peterpan, Ungu, Samsons, Kerispatih, KangenBand, Ada Band dan Jikustik (sekadar beberapa nama).

Ada aku try dengar lagu kebanyakan band-band tu termasuk yang dah dipasarkan di Malaysia. Aku dapat buat kesimpulan bahawa scene muzik Indon sekarang walaupun kaya dengan pelbagai band tetapi dah jadi makin statik dan stagnant. Kebanyakan band-band baru Indon semuanya lebih kurang sama dan tak ada kelainan.

Selain lirik jiwang karat, stail muzik dah mula agak melankolik termasuk tone vocal yang lebih kurang sama. Suara vokalisnya mesti macam husky sikit-sikit. Alahh... aku tak terror la term-term muzik ni, tapi aku rasa korang mesti perasan stail vocal kebanyakan band-band Indon sekarang.

Pada aku, apa yang berlaku di sana sekarang lebih kurang sama dengan apa yang berlaku kepada scene rock kita pada era 90-an dulu. Masa tu dah muncul band-band leleh dan tak rock langsung yang semuanya lebih kurang sama macam Spoon, Scoin, Scan, Eye, Umbrella, Spin, Zabarjad, Qiara, Finalist, Axls (ni ambik sempena nama W Axl Rose ke aku pun tak tau) dan banyak la lagi.

Band-band Indon yang aku suka tu sebab diorang lain berbanding dengan band Indon yang lain. Dewa 19? Mungkin ada yang cakap diorang copycat Queen. Ok la especially era Ari Lasso dan sekarang aku lebih prefer suara Ahmad Dhani berbanding Once. Naif memang mantap sebab ada stail tersendiri baik dari segi muzik dan imej. Gigi handal dari segi teknikalnya manakala Slank cukup jujur dan humble. The Changcuters agak nakal walaupun nampak macam The Strokes.

Setuju ke? Ini pendapat aku je. Terpulang la korang nak komen apa pun.

Apapun, aku salute dengan band-band kita seperti Search, Wings, Sweet Charity ( ni Singapore tapi kira Malaysia lah!), Rusty Blade ( ni pun Singapore, tapi kira Malaysia lah jugak!), Blues Gang, Rausyanfikir (ni pun Singapore jugak, ok la kira Malaysia!), Belantara, Cromok, Bloodshed, SYJ (era Battle of the Bands je sebab diorang berani dan 'jahat'), Spider, Pretty Ugly dan angkatan band-band independent generasi lama dan baru seperti Naked Butterfly, Sil Khannaz, Necrotic Chaos, Langsuyr, The Pilgrims, Butterfingers, Seven Collar T-Shirt, OAG, Republic of Brickfields, Blind Tribe, Revenge, Meet Uncle Hussin, Estraged dan Estrella. Sebenarnya banyak band-band baru yang aku tak tau dan tak dengar lagi... ye la, dah lama tak pegi gig ni.

P/s : Babi punya Mat Indon yang merampok rumah kakak aku kat Bukit Jalil baru-baru ni! Mintak-mintak mampus la kau sebelum sempat balik ke tanah tumpah darah korang tu!!