Saturday, November 08, 2008

WARTAWAN HIBURAN YANG MENGHIBURKAN


Entry ini terinspirasikan dari blog ini dan satu artikel dari keluaran terbaru majalah ini.

WARTAWAN hiburan. Entertainment journalist - Berbanding wartawan desk lain (jenayah, sukan, court, general, politik, rencana, penulis khas dan sebagainya), diorang dilihat yang paling glamour dan setiap hari kerjanya nampak macam fun dan happening sangat.

Mesti la kan. Sebab kalau dah hari-hari boleh lepak dengan artis, tempias glamour itu pasti terlekat juga. Ini anggapan sebahagian besar masyarakat...

Malangnya, geng-geng wartawan hiburan ini seringkali dipandang sebelah mata. Sebahagian masyarakat yang kononnya lebih intelek menganggap golongan wartawan hiburan ini hampeh dan tidak cerdik.

Bukan saja di kalangan orang ramai, tetapi di kalangan wartawan-wartawan desk lain pun meletakkan wartawan hiburan dalam hierarki paling bawah!

Seorang rakan dari kalangan wartawan senior pernah berkata pada aku :

"Aku kalau diorang transfer suruh buat entertainment, mampus aku! Aku sanggup resign! Gila apa nak buat hiburan! Kau tau, pull out hiburan dalam paper kita kau ingat aku pernah baca ke? Tak pernah ambik tau langsung! Aku selak tengok gambar je!"

Sampai macam tu sekali tak sanggup nak kena tukar ke entertainment desk.

Diorang kata wartawan hiburan hanya tahu tulis gossip, cipta kontroversi, cerita buruk orang dan cerita artis yang ditulis hanyalah mengenai kahwin, cerai, tangkap khalwat, siapa kekasih dia, dan macam-macam lagi yang remeh.

Sebagai masyarakat, aku sendiri mual dengan cerita-cerita macam tu. Kadang-kadang rasa malu bila baca artikel macam tu atau melihat mereka 'menerjah' artis dalam keadaan yang pada aku agak kurang etika.

Bagaimanapun, sebagai wartawan aku faham. Cerita-cerita sebegitu kadang-kadang perlu ada kerana ia ada news value atau nilai berita. Bila dah ada nilai berita, tentulah ada yang nak baca atau lihat. Sorry, bad news is good news.

Cuma kadang-kadang tu over sikit. Heheh.

Pada aku sapa-sapa pun, sedikit sebanyak tetap nak ambil tahu terhadap perkara-perkara sensasi dan kontroversi. Itu naluri manusia.

Katakanlah tiba-tiba satu artikel dalam surat khabar berbunyi begini, "Pelakon Popular Dalam Keadaan Bogel Ketika Dicekup Khalwat Bersama Teman Wanita."

Aku jamin ramai yang pandang rendah dengan story macam ni. Mesti ramai yang cakap, apa la cerita macam ni pun nak keluar ke?

Tapi aku percaya, dalam dok kutuk-kutuk tu, sekurang-kurangnya dalam hati pasti terdetik nak tahu juga siapa pelakon popular tu kan? Biasalah, naluri manusia memang begitu.

Aku tak anggap wartawan hiburan ni tak cerdik ka, second class ka. Pada aku diorang cuma jalankan tugas yang boleh tahan jugak cabarannya. Ya lah, bukan semua orang boleh provoke artis untuk korek cerita peribadi dia! Tak ramai yang sanggup. Malu kan? Tapi diorang boleh. So, aku hormat skill diorang tu.

Cuma pada aku, kalau nak buat tu, agak-agaklah sampai jangan kau punya kredibiliti hancur dan etika dibuang entah ke mana.

Kita kalau nak condemn pun, janganlah sampai kita anggap yang kita ini tahu segala-galanya. Jangan rasa bila kau dah dengar muzik itu, muzik ini, kau rasa diri kau tu intelektual, bagus, cool dan orang yang tak mendengar muzik yang kau suka tu kau anggap dia bodoh.





6 comments:

ceri masam said...

ada satu hari, kawan saya bukak melodi. pastu dia tengok ada satu wartawan hiburan (mestilah, dah nama rancangan melodi kan? hehe) dan tetiba dia angkat tangan dan membuat isyarat tangan sambil mencarut, "butuhlah"

saya terdiam. saya tanya, "apsal ha?"

dia jawab, "wartawan hiburan lagi celaka dari artis"

saya diam je... sbb tak tau nak komen apa!

dia sambung lagi, "nak buat berita, buat jelah... takyahlah lebih2"

itulah ceritanya... dan ramai yang kata benda yang sama.

saya? saya tak minat melodi! sebab itu saya diam je :)

Anonymous said...

entah!dua2 bidang tu (wartawan hiburan & artis) sama2 terpaksa terjun dalam bidang masing2. yg baik kena jadi jahat mulut,laser, yg artis pulak kena jadi penipu.hmmmm..sendiri tepuk dada ape bidang yg kita nak.

mizmaleya said...

giant, sebagai salah seorang bekas wartawan hiburan, apakah anda berasa bahawa wartawan hiburan memang menghiburkan?
pada gua, ini adalah soal mentaliti. mana pun dicampak dan apapun yang dihadap, ia berbalik pada mentaliti orang itu sendiri.
gua jumpa ada banyak wartawan desk lain yang maaf kata, sebenarnya lagi hampeh dari wartawan hiburan dan ada yang langsung tak tanya soalan pun, tapi amik press realese dan copy semula.
mereka, hanya berselindung pada title meja crime, politik, economy, tak pada hal hampeh.
sehingga satu ketika, gua pernah bertugas dengan seorang eksekutif gua yang duduk tepi tangga dan tergagap cakap : "Eh, saya tak boleh buat kerja tanpa komputer," hanya kerana nak hantar news segera berbanding kena balik opis dan taip semula press realese.
jadi siapa agaknya yang lebih menghiburkan ya? hehe

N a d i a said...

cliche as it seems, ni sume periuk nasik punye pasey.

ala..slalunye yg kutuk2 wartawan hiburan tu lah tergolong dlm kelompok yg paling ramai dan begitu prihatin pada gosip (kalu tak baca in the open, sure baca in the toilet). heheh. kalo tak suka, jgn baca. dah. tp kalo baca tu, jgn le lebih2 over plak. kot2 esok lusa terkena batang idung sendirik.

yg wartawan hiburan tu pulak rasenye boleh ubah stail cerita kpd yg lebih positif. jgn generalize apa yg readers nak ("gossip sells, but who're really buying em'"?). dlm kelompok yg prihatin pada gosip tu jugak sure ramai yg bijak dan bersedia utk terima something yg lebih berisi untuk 'dimamah' oleh otak mereka (agaknyelah..). mmg payah atau mustahil nak buat (esp sbb paper/mags bukan mak bapak kite yg punye), tp cuba dulu. tp sure kena bambu dgn boss lah. hehe. good luck anyway.

dan utk wartawan yg rasa hebat sgt sbb tak tulis gosip, walopun intinya masih hiburan, it's easy as this: look ahead. fight dgn mereka yg kome rasa lebih hebat dari kome. buat apa la fight dgn org2 yg kome rasa mmg tak terer? takde la stress tak pasal2. hehehe

untuk artis pulak, pandey2 le kome bawok diri. walo baik mcm mana pun, ceghite buruk kome jugak lebih senang dicanang. tak tahan kalu, jgn jadik artis. senang. tp patut kome bersyukur sbb wartawan hiburan kat mesia ni tak seteruk paparazzi hollywood. kome memeghut dlm jamban pun nak diteropong deme.

heh. habih keluo slang peghak teman...;-P

Yatt said...

One Luv, Dinie, Nana & Malia,

Ntahlah... mungkin itu minat diorg dan diorg selesa dgn kerja mcm tu... Nak educate masyarakat? Susah aku rasa...

Anonymous said...

keluar topik sikit...

Sekarang ni kalau gua berkesempatan (baca:mengular secara profesional) menghadiri acara2 pelancharan elbem baru, atau tayangan filem atau acara yang berkaitan hiboran, terkadang tuh gua menjadi konfius...
Mana satu artis, mana satu wartawan? kedua-duanya hampir sama dalam segala bentok...
Soalannya...wartawan hiboran ni nak jadi artis ke, atau nak jadi wartawan?Atau menjadikan bidang kewartawanan hiboran sebagai batu loncatan untok menjadi artis?

Tapi kalau tanya gua...jawapannya...Gua memang dah artis sejak sediakala hehe...

- Ghani Arafatz.