Monday, June 30, 2008

MACAM-MACAM...

SPAIN dah menang. Tak payah aku berjaga malam lagi. Tunggu 2010 World Cup kat South Africa pulak.

Hmm... Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dituduh 'menyodom'. Tak tau nak kata apa. Macam-macam dah jadi kat politik Malaysia negara yang dicintai ini.

Aku simpati dengan Nurul Izzah.

Eh! Dia bini orang la...

Friday, June 20, 2008

TAK PATUT... TAK PATUT!

LU TERLALOK LUPA... LU TERLUPA!

ASYIK cerita bola je. Bosan la pulak. Dah la Portugal kena balik awal. Ish!!

Malam tadi sementara nak tunggu game Portugal vs Germany (bola lagi!), saja aku layan album Wings - Bazooka Penaka. "Satelit Puaka" adalah antara lagu favourite aku dalam album yang dirakamkan di Australia ada awal 90-an dulu ni.

Tak salah aku Wings melepaskan geram mereka kepada RTM dalam album ini. Sebelum itu semua orang tahu semua lagu-lagu tak dibenarkan siaran di RTM gara-gara isu rambut panjang. Isu remeh itu akhirnya 'ditamatkan' dengan majlis memotong rambut Wings dan Search oleh Tok Mat (masa tu Menteri Penerangan paling glamour!).

Sebagai balasan, selepas itu lagu-lagu Wings boleh diputarkan di stesen radio RTM (masa tu RTM je ada radio, private radio takde lagi. So, diorang sesuka hati je la nak banned mana artis yang diorang tak suka).

Malangnya, janji hanya tinggal janji. Lagu Wings masih tidak diputarkan di radio RTM dan masih tidak dibenarkan muncul di TV RTM walaupun diorang dah potong rambut tinggal separuh.

Kalau korang ada album ni, cuba tengok lirik lagu seperti "Bazooka Penaka", "Satelit Puaka" dan "Bernafas Dalam Lumpur". Semuanya pasal ketidakpuasanhati diorang kat RTM - rasa akulah.

Dan, dengan senario politik negara kita sekarang ni pun relevan dengan lirik "Satelit Puaka" kat bawah ni.




Gantung sampai mati
Puaka semalam lu
Itu saja jawapannya
Atau dilontarkan

Mana nak kulontarkan
Puaka durjana ini
Gantungkan di langit pertama
Bagaikan satelit

Satelit puaka
Lu patut diibaratkan
Tergantung di angkasa
Bersaksikan desa

Satelit puaka lu diibaratkan
Lu saksikanlah lu punya dosa
Lu renung ke bumi sedar diri sendiri
Lu taburi pasir batu di rongga
Apakah salah dosa
Adakah terlalu berkuasa
Terlalok lupa
Lu terlupa

Lu taburi janji palsu temberang
Berjanji hancing dan kotor
Adakah kerna lu berkuasa
Lu terlalok lupa

Lu terlupa

-Nasir Jani-

Thursday, June 19, 2008

GAMPANG BETOI...



Pics Reuters

OK la. Kalah menang adat bertanding. Hmm, menjadi la pulak Ballack & co. ni!

Cis! Cis! Cis!

Wednesday, June 18, 2008

ALRITE!

HOLLAND, Portugal, Jerman, Croatia, Turkey, Russia, Spain & Italy. Tahniah korang semua yang berjaya mara ke quarter final Euro bermula 20 Jun ni.

Seperti diramal aku sendiri, Portugal dan Holland berjaya menempatkan dalam lapan terbaik dan tak mustahil boleh bertemu di final 30 Jun nanti. Malangnya, satu lagi team yang aku predict iaitu Czech Republic dah pun out. Apahal Peter Cech boleh buat silap macam tu masa lawan Turkey?

Oh ya, tak perasan pulak dalam satu dunia dok sibuk nak tengok quarter final Euro, rupa-rupanya dalam masa yang sama kat Stadium Shah Alam, ada final Piala FA antara Selangor dan Kedah. Kelakarnya. Sapa orang kat FAM yang buat jadual Piala FA tahun ini ye? Tak perasan ke tahun ni ada Euro.

Hahaha!! Kelakar beb! Kelakar!!

Friday, June 13, 2008

AKU DAH KATA DAH...






Photo AFP & Reuters



BELANDA... 4 PERANCIS... 1

DUA game - tujuh gol. Apa lagi nak kata. Dua team favourite sudah kena belasah dengan team negara di bawah paras laut ni.

Strategi Marco Van Basten memang superb, sesuperb zaman beliau jadi striker terbilang Holland 20 tahun dulu. Kemasukan Arjeen Robben dan Robin Van Persie memang menghuru-harakan barisan pertahanan Perancis.

Thursday, June 12, 2008

BENGGALI PUTIH, KAUM FERINGGI & PORTUGIS


PORTUGAL...3 REP CZECH...1


JIKA armada Alfonso de Albuquerque yang menawan Kota Melaka pada 24 Ogos 1511 itu pasukan bola sepak, ia mungkin sama kuat dengan pasukan Portugal di Euro 2008 sekarang.

Perlawanan dengan Republik Czech aku rasa yang paling menarik buat Portugal untuk jangka masa ini.

Jadi, tanpa segan silu aku dapat rasakan yang Portugal mungkin akan layak ke final.

Oh ya, aku sokong Portugal bukan sebab terikut-ikut atau terkena sindrom bandwagon orang yang menyokong team ini hanya kerana ada Cristiano Ronaldo, pemain kelab tersohor dari British, negara yang tidak layak ke Euro 2008 sebab tak kuat itu, tetapi sudah mengikuti pasukan ini sejak era Golden Generation si Figo, Rui Costa dan Fernando.

Sekian, terima kasih.

Monday, June 09, 2008

HAIL ORANJE!




'PENGORBANAN' berjaga malam aku tak sia-sia lagi. Itali kali ini senang-senang kena titik 3-0 dengan Holland. 3-0 beb! Kesian tengok muka Cannavarro yang duduk di bench. Jauh di sudut hatinya, dia memang berkobar-kobar untuk masuk padang mengetuai barisan pertahanan Azzuri yang goyah, tapi apa nak buat, ankle baru kena operate beb...

Ada orang bengang rasanya Azzuri kena belasah ni. Heheh.

Walaupun Holland bukanlah team dengan sejarah terhebat seperti Brazil, Itali atau Jerman, tapi Holland tetap menjadi pilihan aku selepas kali pertama mengenali diorang 20 tahun dulu. Yup! Sapa boleh lupa dengan trio Ruud Gullit, Marco Van Basten dan Frank Rijkaard serta Ronald Koeman, Erwin Koeman dan Hans Vans Breukelen yang membantu Holland menjuarai Euro 1988.

Terus terang masa diorang bersama Johan Cruyff dan jadi Naib Juara Piala Dunia 1974 dan 1978, aku memang tak follow langsung.

Selepas menang Euro 1988, Holland tak pernah menang apa-apa, tapi tetap dalam senarai team favourite setiap kali masuk apa-apa tournament.

Oklah. Cakap banyak tak guna. Berdasarkan pengamatan aku tengok game lawan Itali, Holland memang boleh pergi jauh kali ni walaupun dalam group maut. Hail Oranje!!

First goal Ruud van Nistelrooy memang nampak sangat offside. Seluruh Stade de Suisse di Bern memang tahu. Malangnya referee dari Sweden, Peter Frodfeldt dan penjaga garisan saja yang tak nampak.

Second goal daripada Wesley Sneijder memang superb. Hampir menyamai gol Van Basten masa final Euro 1988 dulu yang diiktiraf gol paling cantik dalam sejarah Euro.

Anyway, second half Itali agak mengancam dan Holland banyak diselamatkan oleh goalie veteran yang cukup mantap, Edwin van der Sar.

Holland, kamu rock!

Saturday, June 07, 2008

TAK SIA-SIA AKU BERJAGA MALAM, BERTEMANKAN EMBUN...




Gambar pinjam dari yahoo news


CZECH Republic menang 1-0 dgn Swiss, Portugal menang 2-0 dengan Turkey. Dua-dua team favourite aku menang dalam perlawanan pembukaan Euro 2008 awal pagi tadi.

Congrats la pada Vaclav Sverkos ( Czech Republic) yang jadi penjaring pertama dalam kejohanan kali ini. Dan jugak kepada Pepe dan Raul Meireles yang memusnahkan terus impian Turkey untuk menang ke atas Portugal. Err... rasanya Turkey tak menang dan score bila lawan Portugal.

Walaupun top scorer, Alexander Frei terkeluar, tapi Swiss tetap main dengan baik, cuma luck je takde. Czech lebih bernasib baik sebab Sverkos menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada. Terasa betul diorang bila Tomas Rosicky tak ada. Dan, terima kasih jugak pada Peter Cech yang banyak save bol-bola bahaya daripada Swiss.

Walaupun Cristiano Ronaldo tak la begitu menyerlah sangat, tapi nampaknya Turkey bukanlah lawan Portugal yang sebenar. Mungkin bila lawan Czech dan Swiss nanti baru kita nampak kehebatan sebenar negara Benggali Putih yang pernah menjajah Melaka dulu ni.

Ok lah, kita tunggu Holland pulak lepas ni.





Friday, June 06, 2008

EAT FOOTBALL...SLEEP FOOTBALL...


Jadual pun dah tampal kat 'studio' di rumah...

MASA untuk berjaga malam bermula lagi. Harapnya 16 team yang bertanding akan main habis-habisan dengan game yang cukup cantik.

Cakap banyak tak guna, team favourite aku kali ni ialah Holland, Portugal & Czech Republic.

Malangnya, kat ofis aku sorang je yang layan Euro ni. Aku sorang saja tau! Percaya?

MACAMANA YA?

MACAMANA nak naikkan jumlah pembaca kat blog ni ya? Oh, kena update hari-hari ya?

Nak tulis apa hah?

UP...UP... AND AWAY!


DULU RM1.92, sekarang tanpa sebarang amaran dan petanda, tiba-tiba jadi RM2.70! Takpelah, agaknya takdir dah memang begitu. Fikirlah apa hikmah di sebaliknya.

Orang-orang atas suruh ubah gaya hidup dan berjimat cermat. Macamana nak buat tu ya? Tapi masalahnya 'mereka' tak ubah pun gaya hidup 'mereka'. Masih guna kereta besar, beli rumah besar dan shopping sampai tak ingat dunia bila ke oversea.

Entahlah...