Thursday, March 27, 2008

NASIONALIS

"KALAU dihalusi-halusi atau dianalisa sedalam-dalamnya, ternyata tafsiran Perikatan Umno tentang berbaik sangka di antara semua bangsa yang ada di Tanah Melayu dengan tafsiran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dulu sangat jauh berbeza, seperti bumi dan langit.

Baik sangka antara semua bangsa yang ditujukan oleh Perikatan dan Umno ialah baik sangka di antara golongan-golongan atasan, khasnya golongan kapitalis. Sedang baik sangka antara semua bangsa yang ditujukan oleh PKMM adalah sebaliknya.

PKMM mengingini baik sangka di antara golongan rakyat - golongan buruh dan tani - bukan golongan atasan, golongan kapitalis."


- Datuk Ahmad Boestamam -

Monday, March 17, 2008

IKAN DUYUNG?

Situasi di lobi panggung wayang di Jitra,Kedah. Ada tiga filem ditayangkan serentak iaitu '10,000 B.C', 'The Spiderwick Chronicles' dan 'Duyung'.

Dialognya begini :

AKU : Deena, kita tengok cite ni nak? (sambil menunjuk kepada poster filem '10,000 B.C'. Gambar Hero sedang bertarung dengan seekor Smilodon - saber toothed tiger)

DEENA: Tak mau la babah. Deena takut la. Tengok cite lain lah.

AKU: Nak tengok cite apa?

DEENA: Deena nak tengok tu. Deena nak tengok cite fish. Jom laa.. (sambil menunjuk kepada poster filem 'Duyung' di mana Saiful Apek sedang mendukung Maya Karin yang menjadi seekor ikan duyung).

AKU: Jom balik. Cite tu takde hari ni. Besok baru ada.

Sorry. Aku tak pernah tertarik dengan kerja-kerja Profesor Abdul Razak Mohaideen walaupun dia adalah bekas lecturer aku. Sorry, prof. Taste filem kita tak sama la.

Besoknya Deena tanya aku lagi, bila nak pegi tengok filem 'Duyung'. Ciss!

Friday, March 14, 2008

PHOTO BY YATT (3)

BANGUN awal pagi dan naik basikal. Jam 7.10 pagi gambar diambil di tasik di pinggir Taman Tunku Sarina, Jitra,Kedah.

AKU, KEDAH & PAS... SATU KEJUTAN!

Pakcik ini salah seorang pengundi di Sekolah Kebangsaan Lengkuas, Bukit Pinang, Alor Star. Umurnya kira-kira 115 tahun dan menjadi ahli Umno selepas 15 hari parti itu ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar pada 1946.



ORANG masih sibuk dengan cerita keputusan pilihan raya. Jadi, aku pun sama.

Hmm... Seperti semua sedia maklum, negeri Kedah Jelapang Padi tempat aku mencari rezeki ini jugak jatuh ke tangan pembangkang iaitu Pas. Satu keputusan yang mengejutkan terutama bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) nya iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Besar (kini bekas).

Bukan saja orang-orang BN, tetapi orang-orang Pas turut terkejut.

"Kami memang jangka akan tambah banyak kerusi, tapi tak sangka pulak boleh ambil alih kerajaan," kata seorang petugas parti Pas yang aku temui semasa pengiraan undi bagi kerusi Parlimen Sik di Dewan IKM, Sik, tempoh hari.

Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) tempoh hari menyaksikan Pas memenangi 16 DUN manakala BN memperoleh 12 DUN. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menang 4 DUN dan masing-masing satu bagi DAP dan Bebas ( Pun menang jugak! Calonnya, V Arumugam menewaskan calon BN, P Krishnan. Arumugam kini memasuki PKR dan dilantik sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan).

Kedah pada PRU 2004 menang satu kerusi Parlimen dan lima DUN.

Pas yang menang majoriti mudah berjaya membentuk kerajaan sekali gus menumbangkan kerajaan BN pimpinan Mahdzir Khalid aka Tok Det yang hanya sempat berkuasa tak sampai satu penggal.

Tidak seperti di Perak, Selangor, Perlis dan Terengganu yang agak kecoh dengan perlantikan Menteri Besar (MB) barunya, tetapi di Kedah keadaannya berjalan lancar. Selepas keputusan PRU diumumkan di Kedah awal pagi Isnin, 9 Mac lalu, jam 3 petang kemudiannya Ustaz Azizan Abdul Razak, 68, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah dipilih sebagai MB yang baru dengan penyerahan watikah oleh Sultan Kedah serta majlis mengangkat sumpah di Wisma Darulaman, Alor Star.

Dua hari kemudian, Azizan mengumumkan perlantikan 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang mana tujuh dari parti Pas dan selebihnya PKR. Dalam majlis yang sama, Azizan turut memperkenalkan Setiausaha Politiknya iaitu Sanusi Md Noor, 34. Dalam PRU 2008, Sanusi adalah calon Pas di DUN Belantek, tetapi tewas kepada Ketua Pemuda Umno Sik, Mohd Tajudin Abdullah, 44, , yang juga calon BN.

Err... Kira-kira 18 tahun lalu, Sanusi pernah bekerja sebagai tukang goreng ayam di gerai menjual ayam goreng milik Tajudin.

Apa yang pasti, landskap politik Kedah kini berubah. Impian Pas sejak era arwah Fadzil Noor untuk menawan Kedah akhirnya menjadi kenyataan. Kedah juga adalah negeri terbaru ditawan Pas selepas menawan Kelantan sejak 1990 selain pernah merampas Terengganu pada PRU 1999.

Azizan yang juga bekas Pensyarah di UKM kini menggalas beban dan menjadi harapan rakyat Kedah yang sudah menolak BN. Azizan juga nampaknya awal-awal lagi sudah menolak untuk menjadikan kerajaan Pas Kelantan sebagai role modelnya.

"Kelantan ada suasananya sendiri dan kita di Kedah ada cara kita sendiri. Apa yang elok di Kelantan tidak semestinya sesuai di Kedah, begitu juga sebaliknya," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis angkat sumpah sebagai MB, baru-baru ini.

Secara peribadi aku merasakan kerajaan Pas Kedah bukanlah ekstrim seperti yang kebanyakan orang sangka terhadap parti Pas. Melihat barisan Exco yang sebahagian besar terdiri daripada golongan profesional, aku dapat merasakan mereka ini lebih moderate.

Ramai (terutama bukan Islam dan jugak Islam!) takut dengan Pas konon-kononnya mereka ini terlampau ekstrim terhadap agama. Bak kata rakan sepejabat aku yang berbangsa Cina :

"Aiya! Lepas ini saya mai ofis kena pakai tudung ka?"

Hehe... aiya amoi! Lu tarak kena itu macam la. Pakai la apa-apa pun asal lu jangan bogel sudah!

Ada yang takut sebab Pas akan tutup semua pusat hiburan, kedai ekor, arak dan karaoke di seluruh Kedah.

Hmm... elok la tu sebab aku bukannya kaki ekor dan kaki arak. Lagipun kat Alor Star ni night lifenya... alahai...

Sebenarnya aku dapat rasakan, Azizan masih terkejut dan tidak percaya Pas boleh menubuhkan kerajaan di Kedah. Daripada raut wajahnya, Azizan seolah-olah tidak bersedia dan yang pasti, tugas yang perlu dilaksanakan cukup banyak!

"Saya pening ni! Saya kena study balik. Tengok macamana," ini kata Azizan kepada pemberita ketika diasak dengan pertanyaan mengenai mana satu daripada 15 manifesto Pas Kedah yang akan laksanakan dulu.

Relax ustaz. Saya tahu uztaz boleh buat.

Kata kawan aku pulak, Azizan saling tak tumpah seperti ustaz-ustaz yang mengajar al-Quran di kampung-kampung dulu. Okay la, dia memang pendidik pun.

Ketika ditanya perasaannya selepas hampir seminggu memegang jawatan MB, Azizan berkata :

"Memang saya sibuk sekarang. Nak jumpa family pun dah susah. Nak pegi kenduri pun dah tak sempat," katanya yang memang terkenal di kalangan rakyat sebagai pemimpin yang prihatin dengan masyarakat terutama dalam menziarah kematian, orang sakit dan majlis kenduri. Itu memang pendekatannya supaya dilihat setaraf dengan masyarakat kampung. Dan, kesannya memang orang kampung suka kepadanya.

Anyway, good luck untuk Kedah. Aku tak kisah, selagi aku boleh cari makan dengan aman, tenteram dan happy.

Tuesday, March 11, 2008

NOSTALGIA...

TIBA-tiba aku teringat kembali suasana kira-kira 18 tahun dulu. Waktu aku masih ditanggung keluarga di Kampung Ara Payung, Batu Gajah, Perak dan bersekolah dalam Tingkatan Tiga, baru nak ambik SRP.

Masa itu tak ada problem. Problem yang ada cuma malas nak belajar dan tak tau nak lepak kat mana dengan kawan-kawan. Macam budak-budak lain yang sebaya, aku jugak ambik kelas tusyen Bahasa Inggeris dan Matematik konon-konon nak score dalam SRP. Tapi aku pegi tusyen tu sebab nak lepak dengan kawan-kawan dan usya awek. Errr... tapi awek tak usya aku pun.

Naik basikal ramai-ramai pegi pekan tengah-tengah hari buta ( tak penat pun), lepak kat panggung wayang Waldorf pekena air kelapa sambil layan lagu "Here I Go Again" (Whitesnake) dari jukebox (satu lagu 20 sen).

Habis jahat pun pegi layan 'video lucah' beramai-ramai! Hahah! Salah seorang sahabat kami, Boy selalu menjadi supplier video biru itu yang dicilok dari koleksi bapaknya! Hahaha!

Petang-petang pulak main bola kat padang Sekolah Menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah. Sekolah paling happening kat tempat aku. Heheh. Tak ramai di antara kami yang mampu beli but bola, so kaki ayam je. Paling handal pun pakai but kain Made In China tu.

Entry ini tribute untuk geng-geng aku waktu itu. Aku tak tau kebanyakan daripada korang kat mana sekarang. Aku teringin nak jumpa korang balik. Malangnya, komitmen terhadap benda lain selalu menghalang kita.

Kamal, Bob, Jali, Zaidy, Alun, Fareed, Malik, Boy, Naie, Nuar Cine dan Halisham.

Entah bila la boleh lepak balik dengan korang...

Errr... korang ni takde facebook ka?

Sunday, March 09, 2008

MAKKAL SHAKTI!

Makkal Shakti!
Kuasa Rakyat!

"People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people" - V For Vendetta

MAHU tidak mahu, aku sekarang bekerja di negeri yang kerajaannya adalah pembangkang. Negeri tanah tumpah darah aku juga di bawah pembangkang. Malah, kampung halaman arwah abah dan nenek aku juga di bawah pembangkang.

Inilah kuasa rakyat.

Kepada pihak yang menang, tunaikanlah janji-janji anda. Janganlah janji hanya tinggal janji. Jangan taksub dengan kuasa dan wang. Jika tidak, rakyat akan tunjukkan lagi kuasanya lima tahun lagi.